Aktiviti
Bercuti
Johor
Kelab Blogger Ben Ashaari
Travel York
SERONOK SANGAT Ke LEGOLAND, JOHOR?
26 September
Salam semua, Bella baru berkesempatan menceritakan detik - detik dan saat Bella bercuti ke Legoland Malaysia 2 hari 1 malam. Fuhh! Macam detik cemas pula. Bella sentiasa terfikir, SERONOK SANGAT Ke LEGOLAND, JOHOR? Nasib baik lah Bella dapat jemputan untuk menyaksikan sendiri keunikkan Legoland ini. Haruslah Bella kongsikan dengan korang semua kan? Bella tak pandai nak sorok - sorok benda yang best ini. Jadi? SERONOK SANGAT Ke LEGOLAND, JOHOR ni? Korang tentukan lepas baca semua pandangan Bella mengenai Legoland ini ok?
BERTOLAK KE LEGOLAND JOHOR
LEGOLAND!! KAMI SAMPAI!!
Alhamdullilah, akhirnya kami tiba ke Legoland! Nampak saja Legoland, dari jauh Bella dah menjerit keriangan. Adus. Kalah budak - budak. Kami terus menuju ke parking bawah tanah.
TEMPAT MELETAKKAN KERETA DI LEGOLAND JOHOR
Tempat parking ada ditanah lapang yang luas. Masa Bella sampai, tempat ini masih banyak yang kosong. Tapi, bila makin lama makin penuh orang parking kereta, sampai ke hujung - hujung jalan sana. Masa Bella sampai, cuaca amat panas dan terik. Jadi, Bella cadangkan bagi yang bawa kanak - kanak atau bayi, eloklah bawa payung atau pakaikan topi. Elak lebih baik dari mengubati. Kan? Bella macam biasa, akan sapukan losyen pelindung cahaya dari Cosmoderm.
LEGOⓇ MERATA - RATA!!
Happy me!! Dah sampai. Memang cantik seni lego dekat sini. Hampir setiap benda di buat daripada LEGOⓇ . Cantik. Tersusun dan kemas. Bella yang dah tua ni pun seronok sangat. Apa ntah lagi anak - anak korang kan? Mai la ke Legoland.
LEGOⓇ ! Main dekat depan penyambut tetamu ini pun boleh lalai berjam - jam. Bella jalan - jalan melawat kawasan dulu. Lukisan pun susunan dari LEGOⓇ tau. Alangkah indahnya kalau Bella turut diberi peluang tidur didalam hotelnya kan? Tapi, Bella hanya dapat hotel yang jauh sedikit. Nanti Bella cerita.
LEGOLAND BERBAGAI JENIS DAN SIZE
Bila Bella masuk ke ruangan yang dalam sikit, LEGOⓇ masih juga merata - rata, tapi kali ini pelbagai bentuk dan size. Memang unik. Sebesar meja pun ada. Bella tak berkesempatan ambil gambar LEGOⓇ dengan lebih dekat sebab disini ramai kanak - kanak bermain. Bila Bella snap gambar, semua ibu bapa pandang tak puas hati dengan Bella. Takut Bella ambil gambar anak dorang agaknya. Faham. Sekarang kan macam - macam. Jadi, cukuplah sekeping ini.
LENGKAP DENGAN KEDAI CENDERAHATI DAN KEDAI MAKAN
Bila berada Di Legoland ini, korang janganlah risau pasal kemudahan. Bella berani bagi A! Tandas bersih, kedai makan banyak dan comel, penginapan cantik, dan kedai beli barang pun ada. Korang tertinggal baju ke, tuala ke, apa sajalah. Bolehlah beli di kedai cenderahati di Sekitar Legoland.
APA ADA DALAM LEGOLAND?
Jangan terkejut tau, tadi semua baru dekat ruangan penyambut tetamu saja. Cantik ya amat kan? Cakap banyak pun tak guna, jom kita masuk ke alam LEGO!!
WATAK LUCU LEGOLAND
Masuk saja ke dalam Legoland, Bella disambut dengan watak - watak lucu yang di bentuk khas menggunakan LEGOⓇ . Depan restoran, dalam air, dekat kerusi rehat dan banyak lagi. Comel - comel belaka. Korang kena mulakan keriangan macam Bella. Baru korang boleh cover semua tempat. InshaAllah. Bila korang melangkah masuk, Legoland ini besar ya. Korang mulakan dengan menikmati ciptaan kecil bandar - bandar yang popular di Asia yang dicipta dari 30 million Lego.
MINILAND ASIA IN LEGOⓇ BRICKS
Taman Mini ini, adalah yang terbesar dan mengambil masa selama 3 tahun untuk disiapkan sepenuhnya. Menara berkembar adalah model mini yang paling tinggi dibina iaitu mencapai ketinggiaan 10 meter dan menggunakan lebih 500,000 LEGOⓇ . Malangnya, gambarnya Bella tak snap sebab Bella mengejar tayangan 3D. Pembinaan taman mini ini, disertai oleh lebih daripada 100 orang yang datang dari seluruh dunia.
Bella betul - betul kagum dengan taman kerdil ini. Daripada kanak - kanak, orang dewasa, taman, pasar raya dan semuanya lengkap bagaikan semua bandar yang sebenar. Ia adalah pembinaan yang dibina mengikut 17 bandar diseluruh Asia yang berbeza termasuklah Kuala Lumpur, Johor Bharu dan Singapura. Korang juga boleh nampak mercu tanda seperti Taj Mahal, Menara Berkembar Petronas dan Angkor Wat. Memang mengagumkan.
MOVIE 4D DI LEGOLAND
Bella tergesa - gesa sebab hendak kejar tayangan 4D inilah. Bella dah cerita dekat Movie 4D Korang boleh klik tengok. Kalau tayangan lambat atau ada masalah, korang bolehlah baw anak - anak bermain di taman permainan yang hanya terletak di hadapan tempat tayangan 4D ini.
IMAGINATION WHERE LEGOⓇ KNOWS NO LIMIT
Keluar saja dari tayangan 4D, Bella terus ke menara untuk melihat Legoland. Keseluruhan Legoland! Ia adalah menara yang dibina setinggi 60m. Selain dari menara tinjau ini, dikawasan ini turut terdapat :-
- The Build & Test Center
- Duplo Express
- Duplo Playtown Kids Power Tower
- LEGOⓇ Studio
LAND OF ADVENTURE
LAND OF ADVENTURE ini menyeronokkan dengan adanya Dino Island! Korang mesti masuk dan cuba naik permainan Dino Island ini. Tidak seram pun. Betul.
Sebelum nak main permainan ini, kenalah beratur dulu. Tengok, siap ada tempat duduk buat korang menunggu. Boleh main Lego lagi sambil tunggu. Masa Bella pergi, takda orang sangat! Jadi memang terus masuk sajalah.
Korang akan menaiki satu sampan kecil yang akan berjalan dan menuruni curam!! Bella seram sangat!Menjerit sampai keluar anak tekak. Tapi sebenarnya masih ok lagi. Tidaklah terlalu extrem. Tapi abis basah separuh badan.
Bila main permainan Dino Land memang akan basah. Jadi Legoland menyediakan mesin pengering baju. Korang masukkan duit dan duduk dalam tu. Jangan buka baju buat macam mesin basuh plak ya.
LOST KINGDOM ADVENTURE
Lost Kingdom Adventure ini macam main permainan tembak - tembak. Kita akan diberikan senapang dan peluru untuk menembak hantu. Rasa macam tak cukup jer main sekali. Tapi, banyak lagi permainan Bella nak cuba, jadi kita gerak ke tempat seterusnya.
PERMAINAN KANAK - KANAK
Terdapat juga BEETLE BOUNCE dan PHARAOH'S REVENGE yang sesuai untuk kanak - kanak. Tapi mana yang muat untuk Bella, belasah je Bella main. Seronok sangat.
LEGO CITY
Lego City adalah tempat dimana kanak - kanak boleh mencuba pelbagai permainan dewasa. Memang teruja abis. Bella hanya masuk jalan - jalan tengok apa yang dorang main. Kalau beratur sama nak main, kang kena marah pula dengan bebudak bijak sekarang ni. Disini, anak - anak korang boleh cuba :-
- Driving School (Sekolah Memandu)
- Junior Driving School (Sekolah Memandu Junior)
- Boating School
- LEGO City Airport
- LEGOLAND Express
- The Shipyard
Sekolah memandu ini adalah istimewa daripada kereta mainan yang anak korang main dekat pasarraya tu. Disini, anak korang boleh main dilitar sebenar. Siap ada polis trafik dan lampu isyarat lagi. Kiranya disini anak korang bukan saja boleh main dan cuba membawa kereta sendiri, tapi turut belajar undang - undang jalan raya sekali. Siap dapat lesen lagi kalau berjaya tau. Junior Driving School pun sama juga. Cuma ia lebih kepada kanak - kanak yang kecil lagi. Pedalnya pun satu saja. Tempat ini penuh dengan budak - budak dan mak ayah yang bagi arahan kepada anak mereka. Takut- takut berlanggar dengan kereta lain. Tapi sangat selamat. Bella memerhati dari jauh saja.
BOATING SCHOOL
Boating Boat ini Bella cuba. Dibenarkan mak ayah naik sekali bot ini. Bella bawa pun terpusing - pusing entah ke mana. Tapi tidak akan lari jauh sebab ada laluan tersendiri yang telah disediakan. Kita cuma perlu kawal supaya bot ini tidak terpusing atau melanggar kawan kat sebelah. Bella naik masa petang. Jadi cuaca amat baik dan angin sepoi- sepoi bahasa gitew. Naik pula dengan HB tercinta. Terus rasa macam School Of Love pula. Hahaha. Seronok pula rasa.
Banyak lagi sebenarnya permainan yang Bella tak sempat main dan akan sambung pada keesokkan harinya. Sebab kami dah penat sangat. Sampai - sampai terus main. Sekarang baju pun dah basah. Tenaga pun dah abis. Jadi Bella sambung ke tempat permainan yang lain pula ok? Jadi setakat ini korang rasa, SERONOK SANGAT Ke LEGOLAND, JOHOR? Mestilah seronok kan? Ini Bella baru cerita separuh. Korang dah teruja kan? Kalau korang nak berseronok juga, Korang boleh dapatkan maklumat lanjut di :-
Website : www.legoland.my
FaceBook : https://www.facebook.com/LEGOLAND.my/
Hotline :- 607 5978888
8 ulasan
Best best..
ReplyDeleteDah pernah pergi? Nanti baca sambungannya ok?
Deletebaca2 je aterus rasa seronok..bila la nak smpai sana nie hehe
ReplyDeleteMemang seronok pun. Happykan diri sendiri. ☺️
Deletesalam...selalu tgk member2 bercuti gi sana bawak anak2..rasa nak pergi jugak tp sbb xde anak lg, so tmpt ni plg last dlm list nak gi.. kalau bawak anak2 sedara tentu meriah..tp jauh la pulakk nun di Swk.. hihi
ReplyDeleteTakpe. Saya pun takda anak lagi. Ada banyak tempat orang dewasa pun boleh main dan jadi budak2x. Xpe. Pergi je. Relax dan happykan diri. 😘
DeleteTak pernah ke sini lagi..huhu.. cantik betul gambar. nanti nak cuba ke sini la..
ReplyDeleteMesti cuba Miera. Best!! Tq ye. Baca.
DeleteTerima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.