Cabaran Diet Hari Kedua

🌤 Bangun Pagi2 sepatutnya minum air. Macam semalam juga. 💦Mamai sangat. Letih gile balik kerja sampai rumah kul 8malam 🕖 bert...




🌤 Bangun Pagi2 sepatutnya minum air. Macam semalam juga. 💦Mamai sangat. Letih gile balik kerja sampai rumah kul 8malam 🕖 bertungkus lumus plak kat dapur. Sebab selalu tak masak. kih2x. Hari ini bawa bekal banyak sikit. Daging rebus + perasa kicap dengan Oat. 


Bawa Bekal oat + chia seed + apple. Sedap!! Rasa 🍎 apple manis- manis buatkan Oat abis separuh. Semua orang tak tanya pagi ni. Bagus. 🍵. Eh dorang baca blog aku ke apa? hahaha.

CABARAN !!

- Penatnya masak? 💆🏼
- Mengantuk sangat pergi kerja?
- Banyak bag nak bawa. 👜

Semalam tak mampu nak telan hari ini dah mampu makan sambil tersenyum.  Target hari ini 1 liter air. Satu liter saja. Sebelum ni, secawan pun susah.

CABARAN !!

▫️Rasa nak muntah minum air
▫️Asyik nak pergi toilet jer.
▫️Perut tak selesa.

Selalunya secawan air pun susah nak minum. Hari ini cuba habiskan satu liter air. Hari pertama memang rasa lain macam. Rasa nak pergi toilet tu tak sampai 30 min rasa nak pergi lagi. Arrghhh!! Rengsa. 

resepi daging masak kicap

Makan bekal. Semalam tidak makan nasi. Tak tahan!!! Kepala sakit. Selalu dah diet. Tapi terhenti dan terputus cinta ditengah jalan sebab sakit perut ataupun sakit kepala. Demam pun pernah. Kali ini kita gantikan beras putih dengan beras perang. Semua Bella makan sekarang perang - perang saja. Malam tadi makan, punyalah kenyal dan keras beras ni. Bella ada Tip Nak Bagi Beras Perang Sedap!!. Sampai HB pun kata, eh tak perasan plak kita tengah makan Beras perang. HB dah trauma makan beras perang buat pertama kali. Terlalu kenyal dan susah nak kunyah. Sikit saja dia makan. Kali ini banyak sikit. Bertambah lagi. Tapi lepas tu dia tidak mahu dah makan beras perang, Jadi Bella akan masak 2 jenis nasi. Nasi putih dan nasi perang. Makanan sihat, mana pernah sedap. Tengoklah ubat tu. Mana sedap. Kan? 

CABARAN !!!

🕸 Masa makan ada penasihat kesihatan.
🕸 Tiada tempat makan
🕸  Ramai tanya resepi


Memang rasa "annoying" sangat bila tengah makan orang duk tanya - tanya apa ni? Masak macam mana? Kenapa tak letak sayur? Kenapa? kenapa? kenapa? Banyak betul soalan. Masa makan sejam je. Adoi. Alhamdullilah kenyang sampai balik walaupun makan kul 11. Bila rasa lemah atau sakit kepala, Bella hisap gula - gula free sugar. (Takut pening sebab takda tenaga). Jom balik.

CABARAN!!!

🌸 HB lapar
🌸 Makan Luar
🌸 Cheat day

Bella rasa hari ini dah jadi cheat day Bella sebab HB paksa Bella makan kat luar. Alaaaa. Suruh kurus. Tapi suruh makan juga. Dia tak abis - abis kata kesiannya. Kesiannya. Gemuk kutuk. Apa bendalah ko ni Bella, orang suh makan pun marah. Haha. Bella pesan Chicken Grill. Rasanya masih ok, tapi tak sihat. Sepatunya minyak kena pakai olive oil. Singgah Market beli barang - barang sikit sebab penasihat makanan kat office tadi kata makanan Bella penuh kolestrol. Bella masak itu je sebab Bella jarang masak. Jadi, rumah memang ada itu je. Masak jelah apa yang ada. Jadi esok harap penasihat makanan tak dilantik berpuas hati. 

BONUS!! 

CARA MASAK BERAS PERANG JADI SEDAP!!

cara masak beras perang

Bella dah cuba dan memang menjadi!! Rahsianya,  Rendam dulu beras perang ini selama dua jam sebelum masak. Ada juga yang masak sekali banyak, dan simpan dalam peti sejuk. Bila nak makan, panaskan guna microwave atau kukus saja. Masak beras perang ni macam biasa saja lepas rendam tu. 


Selamat mencuba.

You Might Also Like

1 ulasan

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.