Saturday

10 AKTIVITI SERONOK DI THE LEGEND RESORT CHERATING

Bila bercuti, persepsi HB Bella adalah rehat, bersantai dan lepak saja didalam bilik sambil memegang HP. Bella macam, hei! bosannya. Lagi - lagi kalau datang ke tempat baru. Letak beg Bella akan paksa HB keluar buat aktiviti. Bagi Bella, bila bercuti. Bella mahukan sesuatu ilmu dan pengetahuaan baru di tempat tersebut. Bella memang kaki TRAVEL. Bagi Bella, setiap tempat ada keistimewaannya. Biarpun ia adalah sebuah kampung, atau pekan kecil, ataupun bandar yang tidak membangun. Bella suka pergi dan cari keistimewaan itu. Seronok. Memang seronok. Masa itu memang penat. Tapi, bila masa akan datang, bila kita ingatkan kembali. Ia akan menjadi sesuatu yang penuh bermakna. Sebelum Bella membebel panjang. Bella senaraikan 10 AKTIVITI SERONOK DI THE LEGEND RESORT CHERATING


bercuti di cherating, the legend cherating


1. MELEPASKAN ANAK PENYU KE LAUT 

Bella sangat tersentuh dengan aktiviti ini. Bella di berikan seekor anak penyu yang Bella berikan nama Mika, dan Bella dipaksa untuk melepaskannya ke laut. Sebab kecomelannya Bella rasa macam nak larikan je anak penyu ini. Tapi ini kan hukum alam. Korang boleh baca penuh di (klik saja)





   


2. AKTIVITI BERKUMPULAN MEMBINA RAKIT 

Bella suka sangat aktiviti ini walaupun masa ini panas ya ampun, sampai ke otak. Aktiviti ini memerlukan semangat berpasukan yang tinggi. Pada mulanya kami diajar cara mengikat rakit dan kemudian setiap ahli diminta untuk membawa rakit masing - masing ke tengah laut. Bella ikat rakit memang tak jadi. Masa bawa rakit ke tengah laut pun, Bella jadi tukang tolak rakit saja. Bella tidak yakin, takut rakit pecah ditengah laut dalam. Bella tidak pandai berenang. Selepas setiap kumpulan berjaya mendayung rakit masing - masing ke tengah laut, dan mengambil bendera. Rakit diminta buka balik dan di susun seperti mula tadi. Fuhh! memang penat. Tapi satu aktiviti yang memupuk semangat berkerjasama dan saling bantu membantu. (Gambar dari lense @ummi_nani) 


the legend cherating

3. MENIKMATI PEMANDANGAN INDAH

Ini adalah satu aktiviti yang menenangkan dan merehatkan minda. Merehatkan mata juga dari memandang gajet, komputer dan kesesakkan lalu lintas hari - hari. Korang boleh baca penuh di link bawah. 






4. MELIHAT KELIP - KELIP @ KUNANG - KUNANG

Melihat kelip - kelip di sekitar kampung Bella adalah biasa. Tetapi, apa yang lain adalah kerana disini, kita akan dapat melihat sekumpulan kelip - kelip yang datang menghampiri kita. Boleh baca penuh di link dibawah :



sukanneka terbaik

legend cherating

5. SUKANEKA 

Aktiviti ini memang korang kena buat dan sesuai untuk jumlah keluarga yang ramai. Sangat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan bolehlah kita tengok kerjasama yang diberikan. Jika korang pergi dalam keluarga yang kecil, korang buatlah aktiviti pantai macam main bina istana pasir, berenang ataupun berbasikal sekeliling resort. 




6. MANGROVE TOUR AKTIVITI

Ia adalah aktiviti mengenali alam dengan lebih dekat dan kita juga akan rasa tenang dan damai. Melihat hidupan bakau yang berlainan dengan hidupan hutan. Boleh baca penuh di link di bawah. 




7. BELAJAR SCUBA BERSAMA MUCK DIVE KUANTAN

Muck Dive kuantan adalah salah satu team yang menyediakan perkhidmatan scuba. Team KBBA9 turut diberi peluang untuk belajar dan menggunakan peralatan scuba. Nampak mudah tapi jika tak ada pengetahuan, boleh mendatangkan bahaya. Muck Dive memberi penerangan tentang langkah-langkah keselamatan semasa scuba dan cara penggunaan peralatan scuba yang disediakan. Sumber www.kbba9.com (klik)





8.BELAJAR MENGENTEL KEROPOK LEKOR

Bella diberi kesempatan untuk mencuba mengentel sendiri keropok lekor. Nampak senang. Padahal bila kita gentel sendiri, buruk bebenor rupanya. Bella gentel tak sama besar. Kecil diatas la, besar kat bawahlah. Tapi apa yang pasti, kerepok lekor disini sedap sangat. Tempat ini namanya Keropok Cap Intan.  Disini turut menjual :-

  • Satar Gulung
  • Isi satar
  • Keropok vacuum
  • Keropok frozen
  • Keropok kering 
  • Sos keropok pok Ali
Aktiviti amat menyeronokkan bagi Bella sebab boleh shopping. Korang belilah keropok lekor disini sebab disini ada keropok frozen yang tahan lama dan tidak gatal bila sampai KL.




9. MANDI MANDA DI KOLAM RENANG

Banyak sangat kemudahan di The Legend Resort Cherating ini dan salah satunya adalah kolan renang yang cantik dan besar. Kami banyak menghasilkan masa disini untuk menghasilkan gambar menyelam berkumpulan tercantik dan lawan menyelam paling lama. Memang amat menyeronokkan. 






10. MEMBELI IKAN DI PASAR KUALA KEMAMAN

Aktiviti membeli belah yang paling diminati. Apa kata sebelum balik korang singgah di pasar kemaman ini dengan membawa "ice box" kosong untuk meletakkan ikan yang korang beli dan menjamin kesegarannya. Dicadangkan korang memborong ikan disini kerana selain daripada harganya yang lebih murah, ikan disini juga amat segar. Kawan - kawan Bella semua pakat memborong ikan kecuali beberapa isteri yang bekerja macam Bella. Bella beli simpan dalam peti ais seminggu baru masak, sama julah jadi ikan ak segar. Hehehe. Jadi korang yang berkesempatan masak digalakkan beli.


Maklumat lengkap mengenai hotel :-

THE LEGEND CHERATING
Lot 1290 Mukim Sungai Karang,
Cherating 26080 Kuantan,
Pahang Darul Makmur
Tel :- 09 - 5819818
Toll Free :-1 800 88 8866
Email :- reservation@legendresort.com.my

Korang yang ingin baca aktiviti penuh Bella bersama dengan family Kelab Blogger Ben Ashaari bolehlah baca di :- Bercuti di Cherating Pahang

Selamat Bercuti

3 comments:

  1. sama cam persepsi hubby jugak.. kalau bercuti, maknanya santai2, makan2 & rehat jer kat hotel.

    Kite plak bukan jenis camtu...klu bercuti, bermakna buat segala aktiviti pantai, meneroka kawasan tu, shopping or lain2...

    hehehe

    ReplyDelete
  2. Memang syok semua aktiviti. Walaupun tak dapat join semua tapi tetap seronok!

    ReplyDelete
  3. menarik betul aktiviti-aktiviti di situ..huhuhu

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari