Monday

Butik Muslimah Online Terbaik - ZALORA | POPLOOK | FASHION VALET


Shopping ATAU membeli belah memang tidak dapat dipisahkan dengan wanita. Ada ke wanita yang tidak gilakan shopping? Macam mustahil jer. Di sebabkan kegilaaan korang itu, Bella nak share Butik Muslimah Online Terbaik yang bella selalu shopping. Online shopping sekarang ini sangat la berbaloi daripada shopping ke shopping mall. Lebih banyak manfaat dan penjimatan masa yang kita dapat jika kita membeli melalui internet. Best... Jimat masa, tenaga dan juga duit buat bayar minyak, parking dan tol tau2x barang sampai je kan rumah. Plus rasa macam dapat hadiah je. Giteww... Cuba korang clik Butik Online Muslimah Terbaik  sure puas hati. Segala yang korang inginkan ada disini.

POOPLOOK,ZALORA,FASHION VALET

Bella faham, ramai yang tidak percaya nak membeli belah secara online sebab takut kena tipu kan? Contohnya, korang dah bayar tapi barang tak sampai2x, ataupun barang yang kita beli tu salah. Tengok gambar macam cantik sangat, bila sampai eh napa x sama. Ada juga yang bila sampai sudah rosak. Jadi disinilah pentingnya dalam membuat pilihan bijak. Korang perlulah memilih dengan bijak dari butik online manakah yang korang nak ber shopping.

Memandangkan perniagaan secara online turut berkembang pesat.Butik online sekarang juga mahu menjaga nama dan  perniagaan mereka, Jadi kebanyakkan mereka akan bagi perkhidmatan atas talian sebaik mungkin.Jadi korang semua tidak perlu la risau untuk Shopping dengan sakan secara online ya. Jom bella share tempat yang paling best untuk korang membeli belah.


Zalora. Lengkap. Semua fesyen pakaian ada termasuk pakaian muslimah. Memang terbaik. Sapa tidak kenal kan? Brand Zalora. Penuh dengan cerita baik hati disebaliknya. Di Zalora semua ada. Dari Tudung,blouse Muslimah, baju kurung, kaftan, jubah moden dan bermacam-macam lagi.Semua cantik-cantik dan terkini. Selamat menjamu mata yer..


POPLOOK.com juga adalah salah satu butik online muslimah yang terbaik. Semestinya sangat cantik. Paling menarik, harganya sangat berpatutan. Bella baru tengok baju kurung tadi. Bawah rm100 je tau harganya. POPLOOK memang boleh dijadikan tempat shopping online harian korang. Tak payah pergi jauh2x, semua fesyen tudung, baju kurung, skirt dan macam-macam lagi. Semua ada disini.


Fashion Vallet. Mempamerkan baju-baju yang sangat trendy dan bergaya. Memang berpinar bijik mata bila korang nak memilih tu. Sama juga! semua pakaian dari hujung rambut sampai hujung kaki..sangat cantik dan memakau!!Semua fesyen yang korang nak ada disini.

Apa lagi??? jom la kita ber shopping....

Gemuk itu Bahagia

Bahagia.. ada makna tak?? bahagia dalam kamus dewan & bahasa edisi keempat, suasana tenang & aman, aman damai serta gembira. Maknanya yang apa saja yang mengembirakan hati kita la kan..


Bella tergerak hati untuk share topik ni lepas baca Mastika... yes!! bella peminat mastika.. kalau bella dah glamour mesti crew mastika screen shot or cut and paste kenyataan bella ni. hahahah.. dalam ruangan Tahu Tak?? muka surat 31 mastika keluaran Mac 2014 ada share.. (keluaran lama.. bella baca balik sebab kat kg xda line internet. hahahaha..baca balik buku lama).

"Wanita yang bahagia dalam sesebuah perkahwinan akan mengalami gejala berat badan naik sebanyak setengah paun atau 0.22 kg setiap enam bulan. oleh itu, orang lelaki sudah boleh bayangkan bagaimana agaknya rupa isteri anda dalam 30 tahun akan datang."


Patutla.. berbagai cara bella buat untuk kurus membuahkan hasil tetap gemuk atau just maintain sebab 6 bulan naik balik 0.22kg. Mungkin bagi orang kurus akan menyangkal penyataan ini... tapi truly jadi kat bella.. berat naik mendadak - dadak!!! arrggggghhh tension!!! 

Persoalannya disini berbaloi kah bahagia anda itu digantikan dengan kegemukkan anda?? Maknanya kena pilih la... nak bahagia atau nak gemuk?? hehehe.. takutnya...Tu la. Manusia kan tamak. Selalu nak semuanya. Hmmm sekrg bella teramat bersyukur sebab bella dapat rasa makna bahagia tu sekarang. Gemuk pun gemuk la.. hahahaa..

Bella dah cuba macam-macam. Diet, minum air banyak, jogging tiap petang, tak makan gula, banyak sangat pantang larang. Result still bum bum... mungkin kena ambik personal coach la.

Ok la... sesama la kita cuba menguruskan badan yer.. Jom la kita tido. Mana tau esok bangun dah kurus. Hehehe.. daaa..


Sunday

Coklat Sedap

Salam... korang2x semua.. minat coklat tak??

haa??? tak minat?? diet kew?? bella tau mesti banyak yang jawab MINAT!!!!!! sambil melompat2x kan?? Baru-baru ni..bella ada pergi ke KLIA 2 sebab nak travel ke Sabah. Tekak bella sakit masa tu, jadi bella pun carilah.. air mineral kegemaran bella tu... Cari punya cari.. jumpalah market Jaya Grocer ni. KLIA 2 ni besar kan.. ni kan bahagian pintu 3 yang baru balik dari luar negara punya.

                  

Bella pun masuk la cari air mineral. Tetiba nampak selonggok coklat yang rare! bella rasa memang rare la.. sebab bella jarang nampak bentuk, corak, brand dan perasa coklat mcam tu. Eh silap, keluaran sama.. cuma perasanya lain. Nampak giler yummy! 



Korang tengok tu... ada ke snickers perisa peanut butter ngan rockin nut road? Macam tak da ke? Almomd tu bella pernah beli kat singapore. Means that dah ada jual kat Malaysia la kan... mesti cuba..

coklat

m&m Perisa milk choclate?? 3x chocolate?? lain macam. Selalunya 1x choclate saja kan?? owhh perisa mint pun ada? Acane rasa nya kan?? bella kalau nk beli semua, abis la..x tido duk ratah chocolate ni. Birthday cake ngan dark choclate pun ada. Wow!! teruja nya nak rasa.

Nestle

Ini keluaran Nestle?? eh x pernah nampak pun kan?? Baru je tau ada brand Nestle chocolate nya nama Chunky. Macam sedap je kan..

Choclate

Ini plak aiskrim tau.Yummy nya.. Perisa Oreo.. aaarggghhh... sedap nya!!nakk.. nakkk please. Hahhahaa...Maknanya Nestle ada banyak produk lain yang kita tak tau la kan.. Btestnya kalau dapat pergi ke Nestle tengok semua coklat ni macam mana dibuat kan. Pastu tengok sambil makan. Sedappnya. Nestle kalau ada open house jangan lupa call bella yerk.. ahhahaa

Korang.. sape yang dah rasa semua chocolate ni? Share la sikit ngan bella. Kalau sedap mau borong la. Hhahaha... ok sekarang berkongsi. Sebab nampak coklat ni comel2x dan menarik sangat. 

Jumpa lagi...salamm..

Tudung Labuh By Uswah

Di bulan yang mulia ini, bella nak berkongsi dengan semua mengenai Tudung berjenama USWAH. USWAH adalah 100% milik bumiputera yang dulunya bertapak melalui perniagaan online sahaja. Setelah melihatkan perkembangan yang positif USWAH mengorak langkah yang lebih berani dengan membuka cawangan di Bangi Central. Namun, USWAH hanya menjual tudung sahaja jadi peluang diberikan kepada vendor2x yang mahu berkerjasama untuk menjayakan Butik USWAH ini sebagai vendor muslimah.

USWAH

Congratulation to USWAH kerana berani melebarkan sayap perniaagaan anda. USWAH ini telah dijalankan sejak 2013 lagi. Hanya pada tahun ini saja USWAH membuka Butik dan Vendor.


Sempat la bella sesama meraikan hari bersejarah USWAH ni. Apa yang bella ingat ada desert yang disediakan sangat sedap. Cup cake, brownies dengan kek coklat nya sangat lazat. Alamak.. datang review butik pun cerita pasal makanan.. hehehe..


Perkenalkan..inilah owner butik ini. Pn. Nur ILanah Abdullah. Dia juga model kepada tudung yang dihasilkan. Baru je lepas bersalin. Rezeki anak juga la tu. 


USWAH ini menjual pelbagai item dari vendor2x yang berminat bersama-sama menjaya USWAH sebagai vendor muslimah. Boleh dikatakan dari hujung rambut sampai hujung kaki, semuanya ada disini.Pin tudung, tudung, baju, kain, seluar, kasut dan juga bag tangan. Rambang mata betul.

Review Blogger

Bella pun tak lepaskan peluang mencuba selendang-selendang yang dihasilkan. Kainnya jenis lembut, selesa yang paling penting labuh. Labuh sangat pun ada. Harga pula terbaik. Bermula serendah RM15 sahaja.

tudung uswah

Haaa banyak tak bella borong? RM15 je kot. Sekarang, kat website USWAH pun ada selendang2x cleared yang berharga rm15 sahaja. Best kan? Best la.. dapat berjaya tapi menutup aurat sepenuhnya.

Beauty Blogger

Sebelum pulang haruslah kita bergambar kenangan. Kami adalah wakil media dari Kelab Blogger Ben Ashaari. Putery Memory (mar) dan Saya Isabella Idura. Jadi jom la korang... ber shopping di USWAH. Boleh la Ke 

  • FACEBOOK                   : Uswah Islamic Clothing
  • INSTAGRAM                 : Uswah Islamic Clothing
  • WEBSITE                       : www.uswah.com.my 
  • CONTACT PHONE        : 011-10742198
  • CELL PHONE                 :011-10742198 
  •  E-MAIL ADDRESSES   : sales@uswah.com.my
Ok gurlsss sampai disini dulu... Selamat Bershopping...

Bra Fitting Party!! XIXILI



Tajuk best kan arini?? pasal barang secret wanita..Bra. Hahahhaa... Jangan memalu. Semua orang baik laki ataupun wanita mesti tahu apa itu bra kan? Mustahil la x tau. Kalau bujang lagi pun, kat rumah jiran dok sidai, adik paling tidak pun emak kan? Gambar kat atas tu adalah jenis-jenis bra yang patut Girls ketahui. Or.. x pernah ambik tahu pun. Hehehehe. Termasuk la bella. Pakai yang selesa je la kan...

Bra

Kami diberikan sedikit penerangan mengenai jenis-jenis bra dan kesesuaiaan kita dalam memakainya. Ada yang jenis Demi cup Bra, Luisa Non Seamless 3/4 Cup Bra, Envy SEXY Seamless 3/4 Cup Bra, Sport Bra and Latest Collection XIXILI have the biggest size of Bra with "G" size. Means that from A cup Till G cup. 

Tips Tanda- tanda yang BRA yang korang pakai tu salah.

  1. Tali BRA kita tu, berpusing ataupun melintang. Maknanya BRA yang kita pakai tu kecil.
  2. Tali BRA menjadi longgar. Walaupun kita ketat kan tetap terasa lompong. Maknanya BRA yang kita pakai tu Besar. Silalah bertukar ke BRA yang lebih kecil.
  3. Payudara tertumpah keluar!! (amboi macam air plak ya) maknanya silalah bertukar kepada cup yang lebih besar.
  4. Korang pakai BRA jenis berwayar. Tetapi wayar tu menyakitkan! samaada terdapat kesan lebam, terasa seperti dicubit ataupun daging anda seperti digali. Aucch!! Silalah bertukar kepada saiz cup berwayar yang lebih besar.
  5. Terdapat ruang kosong dalam cup. Bermakna jenis BRA itu tidak sesuai dengan korang ataupun sila bertukar ke size yang lebih kecil.
Haaa....  Tips penting tu. Sila check BRA korang


Hari tu juga ada aktiviti menderma BRA. Bella x derma la. Segan. hehhee..


Berbagai aktiviti yang menyeronokkan diadakan. Bella banyak terlepas peluang sebab duduk dibahagian belakang dan dicelah-celah orang ramai. Takkan nak rempuh... Sedih. Tak dapat hadiah exclusive dari XIXILI. Zumba pun ada tau. Happy sangat.

xixili

Apa yang mengembirakan bella, bella ada dikalangan artis2x cantik, model dan blogger terkenal. Kenal tak? tu yuyu zulaikha.


Ni bella ngah selfie, XIXILI capture plak. Nasib cute. Nampak x sebelah bella tu elcah. Bella memula x kenal dia ok. hhahahaha... sorry syg.Live nampak lain kan.


Perkenalkan pula pengacara XIXILI party..Comel sangat. Bella nak berterima kasih bebanyak kepada Majalah dara, Hijabista, Majalah Nur dan tak lupa juga kepada XIXILI. Di Intagram pula,
@majalahdara @hijabistamag dan @xixili_intimate bella punya.. @bella_idura. Hhehehe nak jugak.
 ataupun di website http://xixili-intimates.com/
Bella harap lepas ni sudi2x la jemput bella lagi yer... Best!! You all Rock!! muahciked.. hahhaa..

Saturday

Panduan Memilih Kerjaya-DVD MYRYL

Assalamualaikum... Selamat membaca topik yang penting ini. Sila jangan skip satu ayat pun ok..

Panduan Memilih kerjaya adalah topik bella arini. Terlebih dahulu kita kena jelas mengenai kerjaya. Kerjaya?? Apa itu kerjaya? Kerjaya sama maksud dengan perkerjaan. Sama je. Kalau kita anggap perkerjaan kita hanya untuk dapat gaji, lepas itu pergi bayar hutang.. perkerjaan itu tidak boleh dijadikan kerjaya, kerjaya kita meningkat dari satu fasa ke satu fasa atau dari satu pangkat naik pangkat dari tahun ke tahun. 

KERJAYA

Terpulang pada kita hendak menjadikan pekerjaan itu sebagai satu kerjaya atau tidak. Pada pandangan bella, benda untuk mengapai peningkatan kerjaya ini banyak pengorbanan yang harus kita lakukan, contoh sabar dengan kawan-kawan yang dengki,tahan dengan kata-kata orang, makin besar tanggung jawab, kena bodek boss dlll sila fikir sendiri la yer. Bella masih ditakuk yang lama, sebab bella tidak rela untuk lari dari keselesaan sekarang. Itu fakta. Kuasa minda.Mental Blocking. Kita dah rasa kita di zone selesa, jadi tidak rela untuk keluar dari keselesaan itu.


Bella berpeluang mempelajari bagaimana aura warna dalam diri kita dapat menpengaruhi  ataupun dapat memberi kita peluang dalam menentukan kerjaya yang bersesuaian dengan kita sila klik disini Cara Memilih Kerjaya Melalui Warna-MYRYL.Percayakah anda.. bahawa setiap warna mempunyai aura dan getarannya tersendiri? Tahukah anda, kerjaya ataupun matlamat hidup anda dapat ditentukan melalui warna? haaa... tidak tahu kan? Kalau anda sudah tahu, ataupun sudah ada pengetahuaan mengenai ini, tahniah bella ucapkan.Teruskan dengan kesesuaaian warna dengan diri anda. Kalau tidak tahu, sila bella ceritakan serba sikit dengan DVD terbaru dari MYRYL (COLOURS & CAREER).

Myryl, kerjaya, Shuhada

DVD ini terbahagi kepada beberapa modul dan menjelaskan bagaimana warna dapat membantu kita dalam menentukan kerjaya yang sesuai dengan kita bukanlah warna kegemaran kita, tapi warna yang dapat ditentukan dengan melakukan diagnolisis. Diagnolisis ini pun ada caranya. Harus dilakukan oleh yang sudah berilmu mengenai myryl ini. Didalam video ini ada dicertitakan detail bagaimana melalukan diagnolisis kepada orang lain. Tapi, AWAS!! jangan lakukan jika anda ragu2x ataupun masih tidak pasti adakah cara anda betul atau tidak.

Warna dan kerjaya

Dalam DVD ini juga menjelaskan serba sedikit kaitan warna dan number. Number juga dapat menunjukkan personality kita.


Ini adalah contoh penggiraan warna, sama macam bella ceritakan sebelum ini. No 6 itu akan mewakili warna anda. Cara Memilih Kerjaya Melalui Warna sila click kalau nak tengok detail.


Ini adalah step yang penting. Iaitu menghuraikan impian kita menjadi 10 langkah supaya kita senang mencapai impian kita.Melalui langkah - langkah inilah kita akan merasakan betapa mudahnya nak mengapai impian kita tu. Selain itu terdapat juga penggunaan warna dalam seharian kehidupan kita. Hebat kan?

Bagi sesiapa yang mahukan video ini boleh la ke website http://www.myryl.net/store/ untuk order.

Boleh juga hubungi sini untuk keterangan lebih lanjut.


Media Contact : 
Nadhir Nordin

Mobile No: 019-9390135



Era Pembelajaran Baru - Pencil.my

Assalamualaikum...

Bella hari ini untuk menceritakan satu malam bersejarah yang bella pergi anjuran Pencil.my Bertemakan Wild Wild West, cowboy in the SACC memang best!! ia juga adalah sempena keluaran terbaru produk dari Pencil.my


Tempat yang terbaik!! Privacy dan best sangat. Setia City Convention Centre. Tempat baru ni. Cantik dan nampak Class sangat. Disini lah berlansungnya Appreciation Dinner Pencil Brand 2015. Ia adalah satu majlis yang bermatlamat untuk membantu meningkatkan kualiti pendidikan negara kita. Pencil Brand Sdn Bhd berusaha menaikkan kualiti pendidikan negara dengan menwujudkan pendidikan dalam talian. Menarik kan?? Hmmmm..macam guna i pad dan tablet la.


Berbeza sikit dengan anak kita bila menggunakan tab atau i pad, Application Pencil.my adalah pembelajarannya atau sibilus dan soalannya sentiasa dikemaskini oleh tenaga pengajar yang berpengalaman. Sistem pendidikan dalam talian juga sentiasa dipantau oleh pakar-pakar program. Bella dapat tengok la sistem ni, ala-ala2x facebook juga la.

Bila kita tengok dari sudut kebaikan, memang banyak la sebab zaman sekarang budak  1tahun pun berhenti nangis bila dapat phone atau tab. Cuma bella tidak pasti plak macam mana system ini dipantau. Itu bella tak tau.


Application yang diperkenalkan oleh Pencil.my adalah bersosial sambil belajar. Maknanya sambil berhubung dengan rakan-rakan yang juga menggunakan Pencil.my sambil tu dorang belajar. Ala-ala buat study group, tapi dalam talian. Canggih.


Apa yang mungkin menjadi tarikkan anak-anak adalah pautan ke Facebook. Tiap kali dorang berjaya dapat menjawab soalan, dorang akan dapat lencana dan akan terus dipaparkan di Facebook.Pencil.my mengharapkan wajah baru pembelajaran ini dapat memberikan semangat buat anak-anak kita lebih bersemangat untuk belajar.



Pengurus Operasi Pencil Brand Sdn Bhd, Amirrudin Ramli berkata, beliau optimis bahawa lebih 200,000 pelajar akan menggunakan produk berkenaan dalam masa terdekat, sekali gus mampu menambah pengalaman pelajar menggunakan teknologi terkini. Pencil Brand juga akan membuat pelaburan bernilai lebih RM10 juta dalam teknologi dengan meneroka dengan pakar-pakar Teknologi Maklumat dari India dan Silicon Valley.


Pencil Brand bermatlamat untuk meningkatkan pasaran di Malaysia sebanyak 30% sebelum berkembang ke pasaran antarabangsa. Pencil Brand mempunyai visi yang tinggi untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia dalam masa 10 tahun dengan menyerahkan kos yang berkesan dan
berkualiti tinggi pada perkhidmatan pendidikan di seluruh negara. Dengan menumpukan kepada pendidikan di sekolah-sekolah, Pencil Brand menyasarkan untuk meningkatkan jumlah pelajar-pelajar Malaysia yang berpendidikan lebih tinggi serta layak dan meningkatkan tenaga pekerja-pekerja mahir di Malaysia.

Bagi ibu bapa atau sesiapa saja yang berminat untuk mendapatkan produk terbaru dari Pencil.my bolehla menghubungi : 

Website :- www.pencil.my
Email : support@pencil.my
Hotline : 1300 888 055

Terbaik kan?? Maaf sebab Application ini adalah yang terbaru jadi bella x dapat snap picture application yang sebenar kerana jauh diatas pentas. Bentuknya memand sebijik dan sejibik macam ipad la. Boleh la bagi anak2x untuk meningkatkan pelajaran mereka. Bai... 

Have Fun!!

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari