Wednesday

Cara Memilih Kerjaya Melalui Warna-MYRYL


Salam sayang semua...Assalamualaikum..

Hari ini bella nak kongsikan rasa bertuah bella sebab dapat menghadiri satu kelas ataupun workshop yang berkait rapat dengan kerjaya. Sudi tak kalau bella nak share dengan semua??? orite..


Bertempat di Hotel Bangi Putrajaya atas kerjasama antara Ben Ashaari Bermotivasi Bersama MYRYL (korang boleh klik link tu kalau nak tau apa kata Ben Ashaari) dan pengasas MYRYL Shuhada Alauddin seorang pakar dalam pembentukkan personaliti, telah menjemput wakil dari Kelab Blogger Ben Ashaari termasuklah bella untuk mempelajari sendiri mengenai apa itu MYRL. MYRL adalah singkatan bagi Master Yourself  Revamp Your Life. Berkait rapat dengan perubahan kerjaya. Contoh sekarang bella seorang banker.Bella rasa macam nak ubah kerjaya la.. bosan la jadi banker nak jadi doctor plak la. Jadi... Bengkel ini akan menganalisis melalui warna sama ada sesuai atau tidak daripada banker kepada doctor. Macam tu la lebih kurang. Faham?hahaha.. baca lagi yer.. bagi makin faham.


Bella perkenalkan Pn. Shuhada Alauddin,pakar pembentukkan personaliti. Baik, murah senyuman dan telah menghasilkan berbagai modul-modul khas untuk membantu sesiapa saja yang ingin melakukan perubahan kerjaya ataupun memulakan business. Pada hari ini pula, istimewa pelancaran DVD buat julung kalinya oleh MYRL. Terbaik. Lepas ni bella cerita plak apa ada didalam DVD tu yer..Ok..berbalik pada bengkel warna dan kerjaya ni, Pada mulanya kami di minta untuk melukis gambaran wajah sendiri.Alamak!! bella lupa nak snap lukisan bella yang awesome tu. Ahaks.


Tengok tu,betapa bersemangatnya Pn. Shuhada nak bagi semua yang hadir faham dan dapat apa yang cuba disampaikan. Memang terbaik. Have fun sangat. Cara penyampaiaan yang jelas dan terasa dari hati tu.Perkongsiaan hari ni lebih kepada:-
  • Teknik mengenal diri melalui warna dan nombor. 
  • Teknik untuk mengatasi kekangan minda & mencapai matlamat.
  • Aplikasi warna dalam kehidupan.


Kenapa yerk kita perlu tahu warna kita? Warna apa? Warna kegemaran kah? Warna kereta Kah? Semua bukan yer.. ni warna dalaman kita. Kita perlu tahu sebab warna ni dapat memberikan kita semangat dalam kesusahan. Kita juga boleh mengenali potensi, kekurangan, kelemahan dan kekuatan dalam diri kita.Haaa acane tu? Tapi sebelum tu harus diingatkan.. ini bukanlah tilik nasib, tapi Pn. Shuhada hanya membantu kita melalui warna dalaman untuk mencari potensi diri kita.


Cara yang digunakan adalah melalui Applied Kinesiology (AK).  Ak hanya boleh dilakukan oleh sesiapa saja tetapi mestilah belajar dengan Pn. Shuhada dulu,atau pakar2x warna yang lain. Takut2x salah cara, keputusan yang dapat x sama dan menyebabkan keputusan yang dipilih salah. Sian orang tu nanti. Bella sendiri telah mencuba melakukan AK ini bersama Pn. Shuhada. Amat mengejutkan kerana, walaupun bella tahan tangan bella tak nak bagi jatuh, jatuh jugak!! adui.. ahahhahaa... Bagi yang nak mengalaminya sendiri, sila hubungi Pn. Shuhada di
  1. Instagram        :  @myryl @shuhadaalauddin
  2. Hubungi terus :  03 4065 0091 
  3. Laman Web    : www.myryl.net

Bila kami telah belajar teknik AK. Kami diajar pulak teknik rahsia nombor dalam warna. Teknik penggiraan nombor ni memang agak glamour, sebab bella dah banyak kali tengok dalam paper. Nombor ini di ambil dari tarikh lahir kita. Tarikh lahir kita akan ditambah dan akan muncul satu nombor saja yang menwakili nombor luaran kita. Maknanya keputusan nak tahu kita warna apa bukan semudahnya dibuat ya.. pelbagai sudut akan diambil kira. Jadi jangan risau. Serahkan saja pada yang pakar.Kalau nak bella cerita semuanya kat sini memang sukar la korang nak fahami.


Memang2x amat tidak rugi korang pergi jumpa Pn. Shuhada, minta khidmat nasihat. Tak pe keluarkan belanja sikit, sebab ni untuk masa depan. Boleh pakai nasihat dia seumur hidup. Ilmu yang Pn. Shuhada ajar ni, bukan sebarangan ilmu tau. Dia sendiri telah mengamalkannya dan alhamdulilah.. berjaya. Pn. Shuhada dulu peguam, pergi belajar ilmu ni dan warna nya kena dengan kaunselor terus berhenti kerja buat MYRYL ni. Takkan korang tak percaya kot?bukti pengasas sendiri kan.

Secara peribadi memang bella galakkan bagi sesiapa yang nak cari kerja, memulakan business baru ataupun bertukar kerjaya datang ke MYRYL ini.Baiklah laburkan sedikit untuk mendapatkan keputusan yang betul dari menyesal dengan keputusan salah yang telah dibuat. Bengkel ini sangat seronok ditambah pula dengan kehadiran @zumbadarlyn (sila follow dia di Instagram). Memula malu. Sekali dah start.. haaa x mau berhenti plak. Have fun gegiler..


Ok..cyunk2x semua.. nantikan pula perkongsiaan bella tentang video dari MYRYL pula yer...

Semoga bermanfaat.

7 comments:

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari