Sunday

Rumah Orang Tua Jasa Zakat Selangor

LEMBAGA ZAKAT SELANGOR telah diberi berbagai tanggapan negatif mengenai cara dan pendekatan Badan Zakat ini dalam membahagikan dan menyalurkan harta zakat ini kepada pihak yang sepatutnya. Bella dengan rasa bertangungjawab, turut mahu mengetahui dan tertanya - tanya bagaimanakah cara zakat ini memberikan dan mengagihkan harta zakat ini. Jadi Bella telah menjadi salah seorang Blogger yang mengikuti perkembangan dan aktiviti Zakat ini.
       

Pusat Jagaan Warga Emas Zakat Selangor, Jalan Kebun adalah salah satu diantara usaha Lembaga Zakat Selangor dalam membantu menyediakan tempat perlindungan bagi warga emas yang tinggal bersendiriaan tanpa jagaan. Lembaga Zakat Selangor mengadakan berbagai aktiviti disini supaya Warga Emas disini sentiasa berasa dihargai dan tidak kesunyiaan.

Pusat Rumah Warga Emas ini telah didirikan lebih 5bulan yang lalu dan menempatkan lebih kurang 30orang warga emas asnaf zakat. Betapa nasib mereka terbela dengan adanya Rumah yang selesa, bersih dan selamat. Disamping itu, mereka juga diberi penjagaan kesihatan beserta kerohanian. Ada kelas mengaji, tadarus, tazkirah dan dijaga rapi oleh jururawat terlatih.
Rumah Orang Tua

Bella berkesempatan bersama - sama Ben Ashaari, Rakan rakan dari Kelab Blogger Ben Ashaari dan Lembaga Zakat Selangor meraikan Warga Emas pada bulan Ramadhan. Hadir sama, Setiausaha Agung MFA, Shukri Salleh dan Pengurus Besar Komunikasi Korporat, Norajun Ainun Mohd Hashim. Pada ghari tersebut, warga emas dimeriahkan dengan suasana persiapan hari raya dan diberi sedikit sumbangan.

hari raya

Tersentuh sangat hati Bella bila melihat warga emas yang seusia ibu dan ayah Bella. Sedih. Dorang ditinggalkan tidak terjaga walaupun anak-anak kerja hebat-hebat belaka. Ada diantaranya dihantar sendiri oleh anak, dan ada diantaranya lebih rela tinggal disini dari terbiar tanpa perhatiaan anak. Bagi sesiapa yang ternampak atau mengetahui ada warga emas yang terbiar bolehlah menghubungi Lembaga Zakat Selangor.

zakat

Disini Bella kongsikan juga bagaimana Lembaga Zakat ini menapis dalam memberikan bantuan kepada yang memerlukan. Maknanya jikalau ada yang miskin dan susah boleh saja laporkan. Tidak semestinya warga emas sahaja.

Jika anda mempunyai sebarang aduan atau pertanyaan, sila hubungi LZS menerusi. LZS akan membalas dalam tempoh 3 hari bekerja. :

Bahagian Khidmat Pelanggan Lembaga Zakat Selangor.:
3-01-1, Presint ALAMi
Pusat Perniagaan Worldwide 2,
Persiaran Akuatik,
Seksyen 13,
40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
TALIAN ZAKAT SELANGOR : 1-800-88-5353
EMAIL : callcentre@e-zakat.com.my

8 comments:

  1. Salam, kita singgah sini. selalu singgah ig je :p.. hari ni baru pestime jenguk blog.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.. ramai yang tak menyedari sekarang.. selalu menyalahkan jew tapi tak tengok kejayaan dan usaha yg dilakukan oleh pihak zakat...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum puan, bole ke andainya ingin melawat warga emas ini dan bantuan bagaimana yg dpt dihulurkan selain kewangan.Adakah saya dpt hulurkan bantuan secara memberi layanan sehari bersama mereka. Tksh, saya lynda

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum puan, bole ke andainya ingin melawat warga emas ini dan bantuan bagaimana yg dpt dihulurkan selain kewangan.Adakah saya dpt hulurkan bantuan secara memberi layanan sehari bersama mereka. Tksh, saya lynda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Linda, DM saya di instagram boleh tak? Saya nak no tel awak.

      Delete
  5. Salam, saya tak mampu memberi sumbangan dari segi kewangan tapi saya teringin untuk memberi bantuan dari segi tenaga dan masa pada hujung minggu. Bolehkah saya berbuat demikian?

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Have Fun!!

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari