AKU BUKAN SEKADAR MENULIS

Wednesday

Penginapan Murah Di DANAU TOBA, MEDAN

Horas2x
Assalamualaikum..

Hari ini Bella nak kongsikan dengan korang Penginapan Bajet dan Murah Bella selama berada di DANAU TOBA, Indonesia.

Tips :- 

  • Pemilihan penginapan hendaklah mengikut jadual yang kita tetapkan. Seeloknya berdekatan dengan tempat makanan halal. Bagi Bella makan paling penting. heheheh.
  • Mestilah mengikut bajet. Kalau korang memang nak rehat saja atau mengimpikan penginapan gaya hidup mewah sementara di negara orang boleh la cara hotel ala2x istana ya.
  • Bersih. Bagi Bella tak kisahlah hotel yang murah tapi bersih paling penting.
  • Berdekatan dengan tempat kunjungan utama.
Kalau korang mengikuti perjalanan Bella ke Medan ini, Korang boleh tengok Itinery atau Jadual Perjalanan Ke Medan klik sini. Bella dari airport terus ke Danau Toba sebab nak habiskan banyak masa di Danau Toba. Danau Toba kan cantik dan tenang. Bella dah survey abis dah penginapan disini. Ramai yang cadangkan Danau Toba international cottage. Tapi, jangan salah faham. Danau Toba International Cottage tu tidak menyeberangi Danau Toba tu.Jadi Bella ikut lah kata supir Bella tu. Kami menginap di Bagus Bay.

     Penginapan Bajet di Danau toba

Sebenarnya Bagus Bay ini pun diantara penginapan yang memang Bella dah senarai pendek kan nak duduk. Cuma macam tak pasti sangat, Sebab banyak juga review kata tidak ok. Jadi 50 - 50 macam tu kan. Bila supir tu kata dia cadangkan Bagus Bay ni, jadi Bella setuju je la. 

  
danau toba



Bella diberi bilik dibahagian atas. Kebaikannya tak da la binatang yang tidak sepatutnya tetiba muncul depan pintu. Nyamuk pun tiada. Cuma masa tu kesihatan Bella tidak mengizinkan. Bella demam. Batuk teruk sangat. Bilik kat bahagian atas ni sangat sejuk!! walaupun tiada la salji, tapi sejuk ya amat.


penginapan di danau toba



Tarraaaa.... inilah bilik Bella. Sebijik macam dalam gambar yang TripAdvisor promosikan tu. Alhamdullilah. Cantik juga. HB kata, ok la ni. Tapi.... tapi... ni guest house. Bukan hotel. Tilam tidak seempuk yang diharapkan la yer.Nasib ada tuala. Keluasan bilik sederhana. Cukuplah untuk kami berdua. Air panas, sangat terhad. Dia pakai gas tau. Air panas tidak boleh di control langsung. Kadang-kadang terlalu panas. Kadang-kadang langsung tidak panas. Huh! bolehlah.. percutiaan bajet kan..

bajet ke Medan

Ini pula cafe Bagus Bay ni. Terbaik sebab bersih dan cantik. Hiasan dalaman cafe ni memang ala-ala batak. Cafe ini juga menawarkan wifi. Kuat ok. Kadang-kadang sampai ke bilik wifinya. Jangan tanya Bella cafe sini sedap ke tidak sebab Bella tidak makan apa-apa pun. Cafe ni tidak halal. Bella hanya minta air panas untuk masak maggi saja.


bagus bay




Apa yang terbaik?? hanya di Bagus Bay ini membuat persembahan Dan tarian Batak pada malam sabtu. Tempat lain takda tau. Bella siap kena tarik menari lagi. Nampak tak yang mane satu Bella? Nampak dorang menari kan, macam senang. Ditariknya Bella menari sama, OMG!!! macam mana ni?? macam mana ni??? arrrggghh belasah saja lah... hahahhaha. tapi sangat - sangat menghiburkan. 







Petang-petang boleh juga ke Tasik Danau Toba yang terletak hanya 10meter dari bilik kami. Belakang rumah je. hehehe. Kebanyakkan penginapan di Danau Toba ini, memang dibina sangat berhampiran dengan tasik ini. Tarikan pelancong kan.. jadi haruslah dibina berdekatan. Dibahagian depan Bagus Bay Homestay ini, ada kedai runcit kecil yang menjual kegunaan asas. Ok la. Kot2x terlupa nak bawa sabun ke, ubat gigi ke, boleh la beli kat situ. Wifi pun disediakan disini.





HB Bella belikan ubat batuk kat kedai runcit ni. Sebab dah terpaksa sangat Bella makan jugakla.. Pastu dah takut nak makan, sebab bila baca kandungan ada dadah. Banyak plak tu. Terus Bella buang. Biar sakit, x mau ketagih dadah. Minta dijauhkan... Kedai runcit ni juga ada membuat sewaan motorsikal. Sangat membantu.

Banyak gak la kebaikannya kan?? Jom Bella bagitahu apa yang buruknya pula :-

  1. Bagus Bay Homestay ini membenarkan pelanggannya bawa masuk anjing. Arrghhh!!.. kalau selalunya kita makan kucing datang kan? ini anjing datang. Nasib perasan awal. Besar giler plak tu.
  2. Anjing yang besar-besar giler punya bersepah-sepah sekeliling kawasan ini, tapi Bella tengok pelancong mat salleh selamber jer. Jalan kaki. Bella menggigil nak jalan.
  3. Kawasan nak ke Tasik Danau Toba tu agak semak.
  4. Makanan yang dijual di Cafe tidak halal.
Jadi kena pertimbangkanlah ya, kalau nak menginap disini. Bella rasa kebanyakkan tempat penginapan disini ada anjing dan tidak halal. jadi, sila bawa la bekalan secukupnya. Jom Bella ceritakan pula penginapan di Berastagi.

Boleh tengok disini juga  Tips Penting Bercuti Ke Medan , Penginapan Bajet Di Berastagi 

Semua entry mengenai Medan, boleh klik sini Medan

2 comments:

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.