UMMIZA CAFE SEDAP, LAZAT DAN MURAH

Salam Sayang semua. Bella baru je balik dari makan masakkan yang rasanya bagaikan masakkan ibu . Terasa keikhlasan hati orang masak itu ....

Salam Sayang semua. Bella baru je balik dari makan masakkan yang rasanya bagaikan masakkan ibu. Terasa keikhlasan hati orang masak itu.Cukup rasa sangat. Bella suka makanan stail kampung macam ini. Yela.. Bella kan asal pun dari kampung. Tapi, orang bandar tak teringin ke nak rasa keenakakn resepi kampung? Sila rasa. Nikmat dunia ni. Sedapp!! Kenyang plak. Bella hendak bawa korang ke UMMIZA CAFE yang SEDAP, LAZAT dan MURAH.

       UMMIZA CAFE

Sinilah Ummiza Cafe!! sedappp!! Bersih!! Lazat!! dan pastinya Murah!!. No GST!. Apa nak lagi kan?? Sila salin Alamat Ummiza Cafe ini.

 No 229 batu 29 kampung jenderam hulu sepang
       
Siapa yang duduk berdekatan sila lah mencuba makan disini. Pasti tidak rugi. Ummiza Cafe menerima dan mengambil tempahan tetapi hanya untuk 300 orang kebawah contohnya majlis makan keluarga/pejabat/harilahir dan majlis ulangtahun.Tetapi peralatan catering Dan pengangkutan tidak disediakan atas sebab kurang kakitangan. Maknanya korang kena datang ambil lauk2x ini dari Ummiza Cafe inilah. Harga pula berdasarkan harga dipasaran Dan kuantiti lauk yg ditempah.Lauk pauk pula berdasarkan menu setiap hari.

     UMMIZA CAFE

Untuk tempahan boleh hubungi :
Puan nor - 0196682069
Ain - 01110602569

      UMMIZA CAFE
     
Ayam masak merah ini memang kegemaran Bella. Adus. Seriously sedap. Sedap sangat. Rasanya amat asli. Maklumla.. semua masakkan disini, Ummi kepada pemilik Cafe ini yang masak. Jadi memang rasa air tangan ibu tu. Ayam nya digoreng sempurna. Kuah Ayam Masak Merah ini pula, sangat sempurna dengan rasa manisnya, masinnya dan masamnya, Sedap nya!! sambil telan air liur.


      UMMIZA MURAH

Ini pula Ayam Masak Kicap. Tapi, nape tidak hitam? Haa ini sebab namanya Ayam Masak kicap Berlada. Bella siap paksa HB rasa Ayam Masak Kicap Berlada ni sebab sedap sangat. Takut nanti HB menyesal tak rasa. Bella ratah ayam ni saja. Ayam Masak Kicap Berlada ni, rasanya sedikit pedas tapi diseimbangi dengan rasa manis kicap. Ya Ampunnn!! pehal sedap sangat nih?? Mesti rasa korang.

UMMIZA CAFE

Memula Bella tengok apa yang dihidangkan, hati Bella mula melonjak kegembiraan bila melihat telur masin dan petai. Apatah lagi sambal ikan bilis. Amboi. Tertelan air liur bile tengok menu ni. Sambal ikan bilis tu, HB kata sedap!

    UMMIZA CAFE

Asam Pedas ikan paling Bella makan banyak. Tak menyesal langsung. Kuahnya pekat dan likat. Arrrggghh!! sedapnya. Bella rasa cukup la dapat sepinggan nasi panas dan semangkuk asam pedas ikan ni. Cukup la. Masamnya, masinnya, pedasnya masih terasa-rasa lagi ditekak. Terbaik Ummiza Cafe. Sedap. Terbaik. Banyak lagi menu lain seperti Ayam masak lemak cili api, Ikan kembung berlada dan sup cendawan.


Banyak sangat makanan yang sedap-sedap.Ini pula Ikan Keli Berlada. Terlalu banyakk sampai Bella pun tak sempat rasa semuanya. Jadi Bella boleh la tekankan menu diatas ini yang Bella dan cuba dan merasakan kesedapannya. Bagi mendapatkan maklumat lanjut terus dari owner, Korang boleh lah follow
Instagram :-  @ummizacafe

CAFE DAN RESTAURANT SEDAP

Bella perkenalkan pada korang, inilah pengusaha Ummiza Cafe. Muda-muda lagi tau.Ain & juga Nor. Sempat juga melawat ke dapur Ummiza Cafe. Memang boleh bagi kebersihan tahap A. Kemudahan lengkap seperti surau turut disediakan. Selalunya masakkan akan dimasak pada pagi hari untuk makan tengahari. Korang datang waktu tengah hari memang lauk banyak la.

     
  

Waktu operasi  7pagi sehingga 3 petang. Jadi korang boleh juga kesini untuk sarapan dan minum petang. Kuih muih pun ada. Lazat2x semuanya. Cafe ini dibuka dari hari Isnin Sehingga Sabtu dan tutup pada hari Ahad dan cuti umum. Raya ke, merdeka ke makannya tutup la yer. Jangan korang datang pula. 

Ok la.. Bella rasa dah lengkap dah Bella kongsikan makanan terbaik disini. Jadi patut cuba yer.

Salam sayang.

You Might Also Like

5 ulasan

  1. Huishhhh sodapnyaaa.. Perut terus jadi lapa.. Huaaa

    ReplyDelete
  2. sedappp dan menyelerakan , kan ?
    nanti nak pergi lagi , nak ajak kengkawan pulak :D

    ReplyDelete
  3. semua makanan kat situ sedap...confirm puas hati...

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.