AKU BUKAN SEKADAR MENULIS

Sunday

Penginapan Bajet Di BERASTAGI

Last entry, Bella dah kongsikan Penginapan Murah Di Danau Toba Medan sekarang Bella nak kongsikan pula Penginapan Bajet Di Berastagi. Korang kalau pergi Medan tidak pergi Berastagi memang rugi la. Berastagi sejuk. Penginapan Bella di BERASTAGI juga diaturkan oleh Supir Bella. Bella sebetulnya dah suruh supir ini upgrade ke hotel. Bolehlah dia kata dia tidak tempah pun. Terpaksalah Bella bermalam di Apartment Rose.

penginapan berastagi bajet

Inilah tempat penginapan satu malam Bella di Berastagi. Apartment Rose. Hilang mood tau berangan-angan nak tido hotel di Berastagi yang sejuk ni. Tido kat apartment plak. HB kata ok la ni, nak tido saja. Bella tengok sekeliling ok la. Bilik pun depan jalan je. 

BERASTAGI

Cantik gak kan? Nasib dapat bahagian bawah ini. Tidak la kena panjat tangga ke apa. Penting sebab ada yang review kata Rose Apartment ni seram. Mungkin Bella tido mati jadi tidak sedar apa yang berlaku. Hahaaa.. tapi alhamdullilah, semuanya dipermudahkan. Ini bahagian luar.

bilik di berastagi

Ini biliknya. Bella dah muncung dah, Kecewa. Bella nak hotel kan. HB tak abis-abis kata, ok la ni. Ok.. nak tido je kan? Memanglah tapi time book semua kata ok. Bella nak bayar harga upgrade ke bilik hotel. Selamba je supir ni kata dia tak booking pun. Hish.. nasib jauh. Kalau tak, aku cari je supir lain. Nasib HB tenangkan dan Paling terbaik, tilamnya humang aii!! punyalah empuk dan tebal. Masa baring tu melantun-lantun badan. 


Ada lah... TV kecil ni. Tapi kami tak buka pun. Penat sangat tau. Makan pastu tidur. Apa pun tak sempat.

Berastagi

Nampak tak pengawas tengah sport check bilik tu. Hahaaha.. dia nak baring. Bella kata nanti dulu, nak review kan.. biasa la Blogger memang macam tu. Kebesaran bilik ni cukup la untuk dua orang. Kalau lah korang ada anak katil ni memang tak sesuai tau. Buatnya bayi tu tido lasak, jatuh memang tinggi la. Jadi sila cari bilik lain.

Kitaorang sampai sini je, supir tu macam tergesa - gesa nak balik tau. Supir dekat Medan ni, tak sama langsung dengan Supir Bandung. Supir Bandung, bila kita makan je dorang nak join kan? Supir kat Medan ni, ajak makan dorang lari tau. Sungguh-sungguh Supir Ridu ni tak nak join makan. Jadi kitaorang bungkus je la. Lepas tu kami makan la dalam bilik. Nampak tak kerusi yang banyak-banyak tu, sangat membantu. Ridu pun pinjamkan pinggan dan sudu semua dekat penyambut tetamu tu.Bilik ni takda kipas atau aircond tau. Sejuk nan Mam.. jadi tidak perlukan semua itu.


Pagi-pagi buta Bella dah bangun pagi sebab konon-konon nak tangkap gambar cecantik la. Tapi Bella tak berani nak pergi jejauh. Jadi tak banyak sangat la gambar Bella dapat tangkap. Masuk bilik dan terus mandi. Malangnya air panas takda. Yer.. takda.

Korang tau tak, punya lah sejuk giler pagi kat sini. Masa mandi tu rasa mandi dengan ais. Sejuk!!! Pengalaman sungguh. Masa jirus air ke tubuh tu, kebas satu badan. Terpaksa kan diri jugalah. Dari tak mandi kan? HB mandi menjerit-jerit. Hahahaha.. Bila Bella fikir balik, macam kenangan manis plak. Kalau bukan sebab peristiwa tak da air panas tu, mesti Bella dah lupa tempat ni.

Lepas ni, Bella kongsikan aktiviti Bella sepanjang Ke Medan ok?? daaa...

Bagi Melihat semua Tips dan link mengenai Medan, Boleh terus klik Medan

7 comments:

  1. bestnya

    Jemput singgah blog Nurfuzie.com
    Jom memriahkan GA cik en yang bernilai lebih dari rm1KGive Away Nurfuzie Dot Com #1 Bernilai RM1000

    ReplyDelete
  2. huyoo ayat yang tak leh tahan tu... '' Apa pun tak sempat '' hahah...best nanti nak gi sna lak..

    ReplyDelete
  3. kpn lagi bella pergi ke brastagi..nginap di hotel rosse

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.