KARI KEPALA IKAN PALING SEDAP - RESTORAN KAMPUNG PANDAN

KORANGGGG.... Bella nak kongsikan dengan korang hari ini tempat makan Bella dengan kawan-kawan hujung minggu hari tu. Massya ALLAH... sedap...

KORANGGGG.... Bella nak kongsikan dengan korang hari ini tempat makan Bella dengan kawan-kawan hujung minggu hari tu. Massya ALLAH... sedap Alhamdullillah. Seriously sampai ke hari ini kesedapannya terasa-rasa ditekak. Bella tidak pernah makan Kari Kepala Ikan ni. Sebabnya Bella tak suka makan mamak. Bila Bella kawin dengan pencinta kedai or restoran mamak ni, haruslah belajar. Takkan lah nak tengok je HB makan kan? Sekarang ni, Bella belajar pula makan Kari Kepala Ikan dan Bella nak bagitahu kat korang, inilah Kari Kepala Ikan Paling Sedap dan  buatkan Bella ketagih nak makan Kari Kepala Ikan ni selalu. Aiyakk! pengsan. hahhaa. Korang boleh nikmatinya di Restoran Kampung Pandan.

kari kepala ikan paling terbaik

Sinilah tempatnya. Terletak di Jalan Yap Kwan Seng. Dekat belakang banggunan AmBank tu jer. Memang lokasi yang sangat strategik.Cuma parking kena pandai-pandai la yer. 

kedai mamak terbaik

Restoran ni, tak pernah kosong dari pelanggan ye. Penuh memanjang. Restoran ini selesa tau. Masa Bella datang tu, semua meja penuh. Macam-macam aktiviti dorang lakukan disini. Memang restoran ni bising, tapi tidak la terlalu bising sampai tak boleh berbincang sesama sendiri. Tak bingit la macam tu. Amat selesa.


Masa Bella makan tu, ada buskers lagi. Sedap dorang nyanyi. Sesedap makanan yang kitaorang makan. Memang amat terhibur. Sementara tunggu ikan siap dimasak, Bella layan dulu lagu2x dorang yang mengasyikkan ni. Korang perasan tak?? kat belakang buskers tu penuh dengan gerai2x kecil yang menjual berbagai makanan. Haaa.. jangan tak tahu. Boleh dikatakan semua jenis makanan pun ada. Bella datang sebab ikan kan.. jadi memang tertunggu-tunggu dan hanya menanti kari kepala ikan la.. hehehe. Tak sabar..

kari kepala ikan sedap

Tengah asyik melayan buskers, ikan pun sampai. Bella ambil kesempatan ambil gambar ikan merah ni, sebelum dicurah dan dilimpahi denga kuah kari. Bella rasa ikan merah ni, direbus dulu. Ikan ini saiz besar dan menggunakan Ikan Merah.Disini dorang jual berbagai saiz. Masa ini pun Bella dah geram je nak cubit isi ikan merah ni.

MAKANAN SEDAP, MAKANAN TERBAIK, JJCM

Tarraaa... ini lah Kari Kepala Ikan Merah yang Tersedap. Sedap sangat korang. Korang kalau nak makan kat Restoran Kampung Pandan ni, datang berdua je. Jangan risau. Kari Kepala ikan ni, terdapat dalam tiga saiz. Ada saiz kecil, sederhana, dan besar. Harga pula bermula dari rm65 sehingga la rm90 tidak termasuk GST. Ok la tu. Puas hati giler makan. Terdapat dua jenis inkan yang selalu buat Kari Kepala Ikan Terhebat ni. Ikan jenahak dan Merah, Tapi, Ikan Merah paling banyak jualannnya. Bella pun makan ikan merah aritu.

kedai mamak sedap

Masa ikan ni sampai, tengok ikan ni besarnya!! habis ke? Sedap giler kot. Takkanlah tak abis kan? Licin.


Bella yang kononnya tadi tak makan mamak kan? Makan hingga menjilat jari!! Korang cepat-cepat ke sini.

Sini maklumat lanjut bagi memudahkan korang tahu lebih detail mengenai Restoran Kampung Pandan

Waktu   : Dibuka 24jam 

Alamat : Restoran Kampong Pandan, No 2, Lorong Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

FaceBook :  https://www.facebook.com/karikepalaikan.yks

Instagram : @KARIKEPALAIKAN_YKS

Sebarang Majlis untuk tempahan boleh hubungi : 018 -325 2554 | 03 -2161 2525

You Might Also Like

2 ulasan

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.