Wednesday

Tips Penting Bercuti Ke Medan

Horas2x...

Hari ini bella nak share tip dan segala perancangan bella ke Medan. Best ke Medan? Nak tau kena baca sampai abis tau. 

Percutiaan Ke Medan

Flight Ticket / Tempah Tiket Kapal Terbang
Macam biasa book ticket ke Medan dulu.. Macam Biasa. AirAsia pilihan utama Bella. Percaya tak?? Bella berjaya book, tiket pergi dan balik untuk 2 orang bawah rm300 taw. Murah an?? heehehe...Pepagi lagi kami dah gerak ke LCCT. Maklumla pernerbangan bajet, mestilah masa tidak menentukan. Syukur kami sampai masih awal, tidak la terkejar2x macam aritu time bercuti ke Krabi. Nasib tak kena tinggal. Masalahnya bila sampai pepagi ni..sejukkk giler la plak kat LCCT ni. yuuu...


Supir / Pemandu Pelancong / Tour Guide / Driver

Bella booking dengan supir Ridu. Actually bella dapat no ni dari FORUM.com dekat forum bercuti ke Medan, dorang yang dah pergi share banyak tips mengenai Medan. Bella call and survey satu2x agent perlancongan ni tau.  Mana paling murah dan terbaik. Then ada satu ahli forum ni, puji gegila supir Ridu ni. Ada juga yang complain kata Ridu ni tak sampai time dorang sampai di Medan. Mungkin guna orang tengah atau miss communication jadi Ridu ni x sampai. Alhamdullilah, time bella pergi ni. Ridu ni dah menunggu kami. Memalu dia. 

Time ahli forum.com ni puji Ridu kata supir ni bagus sangat sebab bawa dorang meredah Pulau Samosir sampai ke tempat yang dorang x pernah terfikir pun dorang akan sampai ke situ. Tapi time bella x berlaku macam tu. Mungkin dia malas, ye la kami berdua je. 

Di sini Bella share kan No Tel Supir yang bella dah call and tanya ya..

  1. Happy Holiday Tour & Travel   -  Email je ( happyholidaysmes@yahoo.com )
  2. Insan Tour Travel                       -  Email je ( insantourtravel@yahoo.co.id )
  3. Daniel George                           -   Email Je ( travelagentsumetra@gmail.com )
  4. Kadri                                         -   WhatsApp ( +62 813-7062-2206 )
  5. Pak Roy                                     -  WhatsApp ( +62 812-6567-621 )
  6. Ridu                                          - WhatsApp ( +62 813-9665-4380 )
Ini semua Supir2x yang bella dah email dan call. Jadi Bella dah buat short listing, You all sila buat pilihan terbaik ya. Ikut bajet dan itinerary korang ya.


Perjalanan dari satu tempat ke satu tempat yang lain sangat jauh ya. Jauh sangat. HB siap lembik coz dia tidak excited la nak datang sini. Hehehehe.. not me. Bella excited sangat. Jadi sila la tanya kenderaan apa yang korang akan naik. Penting!! 


Sila plan dan buat itinerary sepuya korang dapat melawat semua tempat menarik. Sangat penting ya. Bila korang guna supir persendiriaan yang murah, dorang akan malas ya. Seboleh - bolehnya nak skip banyak tempat. Sila buat research dan tau tempat yang korang nak pergi tu serba sedikit. Penting. 

Hotel / Tempat Penginapan   DANAU TOBA KLIK SINI, BERASTAGI KLIK SINI

Hotel Bella dah ditentukan oleh Ridu. Pakej Bella termasuk Hotel, Upah pemandu, Petrol, Bayaran Parking, Tol dan Sewa kenderaan. Haa.. Jadi masa nak ambik pakej ni, sila lah tanya. Pakej korang tu bayar untuk apa saja. Macam bella aritu, dapat Bagus Bay dengan Hotel Rose. Rasanya standard rumah tumpangan je kot. Bengang gak la. Sebab bella upgrade pakej ke Hotel 5 star. Sampai sana, relax je dia bagitahu hotel tu dia lupa nak booking. Hampes!! geram tapi dah kat negara orang acane lagi kan.

Tempat Makan Sedap / Restaurant / Makanan Sedap Di Medan

Bercuti ke medan

Tempat makanan sedap pun bella dah tahu. Apa yang sedap kat sini pun bella dah check. Supir plak malas bawa. Tak pun dia bawak ke tempat yang dia dah deal je. Hampas kan? Tapi xpe. Ada je kedai yang dia bawa memang sedap. Nanti bella share. Korang pergi Indonesia dan Thailand tak perlu risau sal makanan. Tak perlu la kot nak bawa makanan banyak sangat. Sebab banyak sangat kedai yang halal.


Bella kalau pergi mana-mana travel Bella akan guna konsep sampul surat. Konsep ni, tak pernah gagal lagi. Maknannya, Takda la korang xda duit kering kontang time dah nak balik tu. Ini adalah Total perbelanjaan Bella untuk percutiaan ke Medan.Korang klik je kat tajuk tu ok? . Airport Tax tiada yer.. haaa saja nak bagitahu. Ramai yang tanya.

Okay.. bella rasa ini adalah tip dan persediaan penting sebelum ke Medan. Nanti Bella kupas satu persatu. Okay?? daaa....

19 comments:

  1. nak bercuti ni mmg kena plan betul².. tq bella for the tips, boleh jd panduan kalau akak nak bercuti ke sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila akak nak gi? heheeh.. nanti baca sampai abis tau. muah kak mas.

      Delete
  2. Seronoknya dgr pengalaman org berholiday.. Tak pernah sampai lagi luar negara.. Semoga ada rezeki lepas ni.. Aminn.. Btw, thanks bella for the info..😊
    RosmizaAli.Com™

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaamin... ala bukan jauh pun. dekat je. Boleh la g cari pengalaman. nnti singgah lagi k..

      Delete
  3. salam, nak tanya, supir pak ridu ni mmg menepati janji ke, sebab saya mahu guna khidmat pak ridu semasa disana nnti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Janji tepat. Tapi, macam malas sikit. Sila bertegas dengan dia. hahhaha.

      Delete
  4. Assalam.. nk tanya. air port tax medan da included sekali masa kite beli ticket kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Tak termasuk tau. Jangan shopping semua. Sila simpan untuk bayar tax.

      Delete
    2. ooo.. i tot after march or april 2015 i'm not sure, all flight indon air port tax is included when we r booking on9. how much ya for 1 pax?

      Delete
    3. Later i will write the detail for you, at another post ya... stay tune..

      Delete
  5. yang nama2 companytu hanya utk ke medan sje atau boleh ke negara lain lagi ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni, Bella hanya tanya dan survey untuk ke medan saja. Bella x tau la kalau boleh ke tempat lain.

      Delete
  6. Bela thank your infor...akak pun akan ke medan nanti bersama family..tengah mencari2 supir di sana..ni....kami buat sendiri jugak ni...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum bella airport tax berapa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Airport Tax tiada untuk airport di Medan.

      Delete
  8. berapa ratus kos habis kat sana??

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari