Monday

Pengalaman Pertama Bermain Flying Fox

Salam semua... hahaha mesti korang baca hek eleh... Flying Fox pun nak cite kan... hahahaha.. Seram ok. Buat sesiapa yang tidak pernah main flying fox ni, jom Bella bawa korang fly bersama Bella dalam Pengalaman Pertama Bermain FLYING FOX. Terbang ke?

kubung terbang

Tengok, inilah laluan yang Bella nak terbang. Aiyooo... rasa macam tidak berani la. Punyalah panjang laluannya. Tinggi plak tu. Setinggi burung yang terbang. Lalu atas atap lagi. Fuhh!! Bella tak sangka yang Bella dah naik benda ni. Pekerja dekat sini kata Flying Fox ini adalah yang terpanjang. Tidak tahulah fakta ke auta yer.

blogger

Kami berjalan dan menaiki bukit yang tinggi untuk sampai.Ini disebabkan, permulaaan untuk main Flying Fox ini tinggi diatas bukit. Barulah senang kita nak terbang menuruni bukit. Waaa.. berdebarnya.

main flying fox

Flying Fox atau turut dikenali sebagai Kubung Terbang. Haa?? Kubung? ke kerbau? Kalau Bella kancil cute terbang la.Ahaks.Alatan yang diperlukan adalah Tali Statik, Carabinar, Helmet, Full Harness, Figure Of Eight dan peralatan lain. Memula, petugas disini akan pakaikan kita sarung yang meliliti pingang kita yang dipanggil Seat Harness . Sarung ni ada penyangkut yang dipanggil Carabinar yang akan disangkutkan dengan wayar sebagai laluan untuk kita terbang dan bermain Flying Fox.

kaedah flying fox

Memula Bella rasa sangat berani, sebab semua yang turut siap selfie bagai masa naik Flying Fox tu.. Bella pun konon2x nak selfie jugak la. Petugas situ cangkukkan je Bella kat tali tu, pastu tergantung. Bella dah mula gabra. Tangan pun dah basah abis. Rasa macam tidak mampu dan nak pegang Hand phone tu bagi tak jatuh.Huh!! trajik sungguh. Nasib la Blogger Que Achmad sudi jagakan Hand Phone Bella. Kalau tidak, sia2x jatuh la I-phone kitew..sobs..sobs..

    flying fox
 
Time petugas tu kata turun! turun dari kerusi yang memang dah terletak tinggi. Seee..tergantung kot. Masa turun dari kerusi tu terasa macam bunuh diri jerk! Bunuh diri dengan terjun dari tempat yang tingi!! Bella memula turun tu, dah jerit.... arrrghhhhhhhhhhhhhhhhhh....... semua kawan-kawan blogger gelak kuat tengok Bella. Pastu boleh la plak petugas yang jaga tali tu stop kan Bella kat tengah-tengah tu. Takut ooo. Sengal betul la. Huh!!

     flying fox

Masa terjun tu, Bella tipu2x sikit. Bella pejam mata. Hahahha... takut. Tapi syok jugak kan.. Rasa macam terbang. Hahhaha...sampai je kat landasan Flying Fox ni, ada petugas jaga tau. Dia lah yang bantu semua blogger buka kan tali yang mengikat tu. Dia cakap kat Bella, "menggigil dik?"  arrgggh!! Malu! Beberapa orang member pun perasan yang air mata Bella bergenang. Aduss.. nasib tak nangis je, sebab pantas je dah sampai.

Bella cuma nak beri peringatan la yer... Main ni. Seronok-seronok juga. Tapi, jangan lupa keselamatan kena diutamakan. Buat yang pertama kali naik tu,sedikit info keselamatan.
  1. Tanya la kat petugas tu mana satu tali yang nak kena pegang.
  2. Jangan pegang kabel plak ya. 
  3. Janganlah melompat-lompat atau menlonjak-lonjak kat tali tu. 
  4. Jangan lepaskan pegangan tangan pada tali. 
Jangan ambil mudah ya, Tahun  2009 ada pelajar yang mati sebab terjatuh masa main Flying Fox. Kejadiaan itu disebabkan kabel yang membawa budak ni, jatuh dan menghempap beliau. Tahun 2011, berlaku juga kemalangan jiwa kerana menggunakan alatan yang salah. Jadi sila berhati-hati semua.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari