Citarasa Nusantara di ROYALE CHULAN KUALA LUMPUR

Istimewa sangat bulan Ramadhan ini sebab Bella dapat jemputan untuk merasai sendiri Hidangan CITARASA NUSANTARA di ROYALE CHULAN  KUALA LUM...

Istimewa sangat bulan Ramadhan ini sebab Bella dapat jemputan untuk merasai sendiri Hidangan CITARASA NUSANTARA di ROYALE CHULAN  KUALA LUMPUR. Paling istimewa Bella rasa kerana hidangan berbuka kali ini memfokuskan hidangan tradisional Melayu.

buffet ramdhan sedap, buffet ramadhan mewah

Lokasinya yang terletak strategik di tengah bandar Kuala Lumpur menjadikan hotel ini tumpuan di kalangan pengunjung. Bagi Bella sendiri, Bella suka sangat dengan hotel ini yang mempertengahkan suasana damai. Melangkah masuk saja ke hotel ini, akan membuatkan kita tenang dengan alunan muzik yang damai dan bauan yang sangat mempersonakan. Seni hias dalamannya juga sangat cantik dan tersusun. Bella berani cakap sebab Bella pernah menginap disini dengan pelbagai kemudahan yang lengkap disediakan.

royale chulan kuala lumpur

royal chulan, royale chulan, hotel kuala lumpur

royale chulan, royal chulan

Tempat berbuka Bella kali ini di Bunga Emas Restaurant. cantik sangat. Bertemakan ukiran kayu yang klasik dibahagian dalam dan moden dibahagian luar. Tempat yang luas dan amat selesa untuk kita menghabiskan masa bersama keluarga. Mesti akan meninggalkan kenangan yang manis untuk kita. Bukan keluarga saja, bersama rakan - rakan pun boleh. Mesti gambar OOTD atau selfie lagi nampak kebabom dekat ruangan yang cantik ni kan?

buffet ramdhan sedap, buffet ramadhan mewah

makanan berbuka sedap, kuih sedap

royale chulan, makanan berbuka sedap

Lebih 1000 jenis hidangan dihidangkan dan boleh dinikmati sepanjang majlis. Sebaik azan berkumandang, terus basahkan tekak kita dengan kurma ataupun kuih muih melayu yang kelihatan amat lazat dan penuh berperisa.

makanan berbuka sedap, nasi sedap

royale chulan, makanan sedap untuk berbuka

kerabu sedap, kerabu terbaik,

Lepas memaniskan mulut dan memenuhkan sedikit perut yang kosong, bolehlah kita memenuhkan dengan hidangan berat pula. Banyak sebenarnya makanan disini, tapi Bella tunjukkan apa yang Bella makan dan Bella rasa amat kena dengan tekak Bella. Paling dinantikan untuk merasai kelazatan Royale Lambuk dan kelembutan kambing golek yang disediakan khas oleh chef terkemuka untuk ramadhan ini. Kerabu yang penuh dengan rasa dan aroma kesegaran sayuran semulajadi memang diantara hidangan yang paling menjadi rebutan. 

pecal sedap

rendang terbaik, rendang sedap

Perut sudah pun penuh, tetapi masih Bella simpankan ruangan untuk merasai dan mencuba pecal hotel pula. Selalu makan pecal pasar malam saja. Memang tidak mengecewakan dan rasanya lebih enak dari yang Bella selalu makan. Kepekatan kuih kacang yang diadun mempunyai citarasanya tersendiri. Rendang yang dihidangkan pula tidak kurang hebatnya. Sangat lazat! Bella bangun untuk tambah lagi sepinggan tengok sudah licin tanpa kesan. Betul - betul hebat penangan rendang disini. Cuma lemangnya keras. Menurut Chef lemang mereka beli dekat luar. Chef boleh beli dekat orang lain kot lepas ni.

buffet ramdhan sedap, buffet ramadhan mewah

dessert sedap

Sebelum balik, Bella tak lepaskan peluang untuk menikmati pemanis mulut yang sungguh menarik - narik perhatian Bella. Tengok pun dah sedap, apa lagi setiap kali mengigit dan menelan pemanis mulut ini. Memang lembut. Jadi korang jangan sampai terliur dan menjejes air liur. Booking sekarang untuk berkumpul bersama keluarga didalam suasana yang amat selesa dengan makanan yang lazat. Maklumat lanjut :-

ALAMAT :-
Royale Chulan Kuala Lumpur
No.5, Jalan Conlay, 50540 Kuala Lumpur

WEBSITE :-

FACEBOOK :-

HARGA BUFFET :-
RM148nett , RM98 warga tua, Rm74 kanak - kanak 6 - 12 tahun 

RESERVATIONS :-
03 - 2688 9639

EMAIL :- 

You Might Also Like

1 ulasan

  1. wahhh sedappnyaaaaaaaaaaaaaaa..lama x bukak posa kat otel..hehehe

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.