Aktiviti
Kongsi Sikit
lazada
Rancangan Realiti Fashion LAZADASTYLE
26 May
Bella ternampak iklan mengenai Rancangan Realiti Fashion LAZADASTYLE. Episode 4 sudah? Bella macam "Eh! betul ke? Lazada? Bukan Lazada ni tempat yang kita semua shopping online tu ke? Bella pun terus cari, apa LazAdaStyle ini? Korang pun boleh tengok di LAZADASTYLE (klik link ini). Paling menarik ia adalah yang pertama seumpama ini diadakan oleh Lazada Malaysia. Ia seakan mengumpulkan semua Fashionista dan Pereka Fesyen terkenal dalam satu program. Program ini dinamakan LazAdaStyle Fashion Reality Show.
Semua sedia maklum, Lazada adalah platform eCommerce yang paling terkenal di Malaysia. Tempat shopping online yang jual banyak barang murah tu. LazAdaStyle ini pula adalah salah satu cara Lazada untuk terus terlibat dalam cara yang lebih menarik dan relevan selain menyediakan pengguna dengan pelbagai jenis fesyen dan kecantikan. Tumpuan utama mereka untuk Hari Raya tahun ini kerana ia merupakan elemen penting untuk keluarga Melayu semasa masa perayaan. Memang betul pun kan?
LazAdaStyle ini adalah kerjasama antara Televisyen Media Prima TV3 dan pengacara yang comel tu, Nana ke? Nana Mahazan. Turut menampilkan 8 pereka tempatan yang berminat untuk mempamerkan pakaian terbaik mereka ketika dibatasi oleh masa, bahan dan tema. Reka bentuk mereka dinilai oleh personaliti terkenal dalam industri fesyen termasuk Rizman Rozaini dan Wirda Adnan manakala para peserta diawasi oleh usahawan fesyen popular seperti Min Luna, Syed Faizal dan Bustaman Mokhtar sepanjang pertandingan.
Program ini juga adalah langkah Lazada lagi dalam memperluaskan sayapnya disamping memberi idea berfesyen kepada pengikutnya. Yela raya kan dah nak dekat. Korang mesti nak berfesyen sakan kan? Jadi, eloklah korang tengok rancangan ini. Ia akan memberikan korang banyak idea dalam berfesyen dan mencantikkan diri. Senang, semuanya ada dijual di Lazada. Lepas korang tengok, dapat idea, terus search dekat Lazada. Mudah betul. Macam gambar diatas la. Bella dah siap - siap bagi contoh.
Kita juga akan dihiburkan dengan tetamu selebriti seperti Elfira Loy, Siti Sarah Raisuddin, Sherry Alhadad, Yasmin Hani, Sha'rin Razali. Korang juga kena tunggu dan sokong pereka fesyen kegemaran korang kerana para peserta secara berperingkat akan disingkirkan sehingga pemenang dipilih pada akhir rancangan realiti . Pemenang LazAdaStyle akan memenangi wang tunai dan hadiah yang menakjubkan sehingga RM100,000.00.
Program ini hanya bersiaran selama 4minggu sahaja. Ini adalah peluang terakhir untuk korang menyaksikan program yang hebat dan penuh idea ini. Bella cadangkan korang semua muat turun LazadaApp supaya senang untuk korang "shopping" jika ternampak apa saja yang korang suka semasa menyaksikan fashion show ini. Nampak? Bella dan memuat turun lama dah. Kenapa Bella cadangkan korang muat turun cepat - cepat sebelum menonton? Sebab semua bahan, pakaian, atau material yang digunakan dalam program realiti show ini, semuanya barangan yang terdapat di Lazada. Mesti tak sabar nak tengok dan terus shopping kan?
Tak rugi tau korang muat turun aplikasi Lazada. Disamping memudahkan korang membeli belah on the spot
Peluang menambah duit poket raya pun ada. Kalau korang berminat untuk barangan jualan korang dijual dan dipaparkan di dalam LazAdaStyle, korang daftar saja sebagai Seller di lazada.com.my. #everyonecansell. Kepada yang suka #ootd pula, korang boleh kongsikan gambar ootd korang yang letup tu, bersama dengan barang yang korang beli di Lazda, dengan #mylazadastyle dan gambar korang berpeluang dipaparkan di LazAdaStyle. Menarik. Ootd je.
Episode setiap minggu adalah berbeza. Minggu terakhir ini adalah bertemakan Raya Couple Collection. Menarik kan? Korang boleh tengok episod yang lepas dengan link dibawah :-
Episode 1: Hijabista Collection
Episode 2: Mother & Me Collection
Episode 3: Bold & Curvy Collection (Plus Size)
Episode 4: Raya Couple Collection
1 ulasan
rancangan baru yer mcm menarik2 menarik jer designnya
ReplyDeleteTerima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.