KEDAI MAKAN HALAL DI ANDONG KOREA

Bella teringat dengan makanan yang sedap semasa Bella melawat Korea pada musim sakura. Bella ada coretkan mengenai restaurant ini cuma tida...

Bella teringat dengan makanan yang sedap semasa Bella melawat Korea pada musim sakura. Bella ada coretkan mengenai restaurant ini cuma tidak terperinci dan hanya ringkasan sahaja. Tapi kali ini Bella nak ceritakan dengan jelas dan terang sebab Bella tiba - tiba teringat mengenai kesedapan KEDAI MAKAN HALAL DI ANDONG KOREA. Bella seronok nak cerita walaupun hanyalah kenangan campak belakang saja. Mana tahu ada yang hendak ke Korea dan mengembara sehingga ke Mungyeong. Silalah singgah ke Restaurant ini. Jika ke Korea mengikuti Travel Agency, request lah singgah makan malam atau tengah hari disini. Sedap!

KEDAI MAKAN HALAL DI MUNGYEONG KOREA

Kedai ini tepi jalan besar. Apa nama kedai ini? Adus!!! Bella lupa untuk catatkan. Tapi Bella paling bosan kalau orang bagi tips tapi tak lengkap kan? Dalam hati baik ko takyah cerita. Bella pun satu hari goggle thru image, goggle translate dan akhirnya jumpa!!! Alhamdullilah. Nama kedai ini ANDONG MYEONGGA JJIMBAK (안동명가 찜닭). 

안동명가 찜닭, makanan halal korea, chcken stew korea

Kena Goggle dalam bahasa dan tulisan Korea. Baru jumpa. Bella datang dengan Media Trip untuk memperkenalkan makanan halal di Korea. Jadi, Bella yakin untuk ceritakan dekat korang yang kedai ini memang halal. Bella cadangkan bagi yang tahu berbahasa Korea, boleh call booking dulu sebab ayam halal di Korea susah nak jumpa. Jadi, untuk rombangan kali ini, ayam memang diimport dari luar Andong. 

안동명가 찜닭, makanan halal korea, chcken stew korea

Bella memang peminat soo hun dan bihun teruja bila nampak hidangan depan mata Bella ni. Dorang cakap chicken stew. Tapi sebenarnya ia lebih popular dengan Jjimbak iaitu ayam kukus. Ia telah diperkenalkan pada tahun 1980. Tempat ini amat popular dikalangan pelancong sehingga waktu kemuncak lebih 20ribu pengunjung akan singgah ke sini. Korang mesti cuba Jjimbak ini jika sampai ke Andong. 


안동명가 찜닭, makanan halal korea, chcken stew korea

Bella rasa memang lepas ini Bella nak masak dekat rumah. Bella dah translate resepinya. Nanti bila Bella dah bikin Bella kongsikan dekat lain post ok. Nampak banyaklah sikit perkongsiaan Bella dekat blog ni kan? Hehehe.  Bila tengok gambar ini memang bergenang air liur nak keluar menjejes. Siapa yang suka mee kicap mesti suka dengan rasa Jjimbak ini yang pedas, masin dan manis ini. Budak - budak pun boleh makan. Kedai ini diasakan oleh Kim Joo-Cheol. Rakyat tempatan Korea. 


Masa terlihat makanan ini terhidang depan mata, kami terus berbisik - bisik. Betul ke halal ni? Sekali tukang masak keluar bawa ayam yang ada cop halal Korea sambil membebel - bebel dalam bahasa Korea. Kami semua cuma anggukkan kepala saja. Cara dia cakap macam marah dan nampak garang. Jadi marilah makan tanpa was - was. 


Ini harga dia. Korang goggle translate la. Senang. Bella ayam Bella makan kurang. Bihun ala - ala soo hun tu Bella sibuk korek. Sedap. Bella suka. Satu pinggan besar tu, digalakkan kongsi 4 orang. Meja kami habis. Meja sebelah sikit je makan. Wei tak lapar ke? Ini mesti perut macam HB Bella. Mana- mana nak nasi je.  Korang kalau berkesempatan ke sini, ini maklumata lanjut.

Alamat:-

178 - 10 Seobu-dong, Andong, Gyeongsangbuk-do, South Korea

Telefon No:-


Peta Lokasi :-



Korang kena Goggle menggunakan bahasa korea barulah jumpa dengan tepat di Goggle Maps. Bella rasa ia adalah makanan yang patut korang cuba bila korang sampai di Andong kerana disinilah Jjimbak ini berasal. Takut korang makan di tempat lain ia telah di viarasi kan dan mempunyai rasa yang tidak sama dan kurang dari rasa resepi asalnya.

Semoga bermanfaat jumpa lagi InshaALLAH. :)


Maklumat lanjut bolehlah ke www.visitkorea.com.my dan jangan lupa terbang bersama - sama www.airasia.com yang menawarkan penerbangan murah. "Everyone Can Fly".

Maklumat Penerbangan :-

KL ke Busan: 4x seminggu

KL ke Seoul: 2x sehari


AirAsia X merupakan syarikat penerbangan kos rendah yang pertama memperkenalkan Premium Flatbed dimana tetamu boleh mengharapkan untuk menikmati produk dan perkhidmatan premium seperti pilihan tempat duduk, keutamaan daftar masuk, keutamaan boarding, keutamaan ruang penyimpanan barang, Peruntukkan bagasi 40kg, percuma makanan, bantal dan selimut bagi pengguna premium.

AirAsia X telah dianugerahkan Syarikat Penerbangan Tambang Murah Premium Kabin Dunia dan Syarikat Penerbangan Tambang Murah Premium Seat di Skytrax Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Tahunan Bagi Tiga tahun berturut - turut iaitu pada tahun 2013 - 2015. Hebat kan?? Jadi, jangan ragu - ragu untuk terbang bersama - sama dengan AirAsia X.

You Might Also Like

0 ulasan

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.