Bercuti Di PULAU SAMOSIR

Horas... Ok..hari ini Bella nak huraikan dari  Itinery Di Medan klik je . Hari Pertama. Kita hanya merancangkan. Jadi atau tidak bukan lag...

Horas... Ok..hari ini Bella nak huraikan dari Itinery Di Medan klik je. Hari Pertama. Kita hanya merancangkan. Jadi atau tidak bukan lagi kuasa kita. Hari pertama apa Bella buat yer? Bella ke Medan, tapi bukan tujuan membeli - belah tapi lebih kepada melihat keindahan ciptaannya. Jadi Bella lebih fokus ke PULAU SAMOSIR. Apa Bella buat Bila BERCUTI DI PULAU SAMOSIR.

bercuti ke danau toba medan

4.00pg    - Gerak ke KLIA
 
Pepagi Bella dah bangun dan gerak ke KLIA 2. Masya ALLAH.. sejuk gilerrr!! KLIA 2 ni. HB biru muka tahan sejuk. Jadi, lebih baik pakai pakaian yang sesuai la yer, kalau travel pepagi buto tu. Biasalah kalau korang dah biasa beli tiket promo Air Asia ini, masa memang agak tak cantik yer. Terlalu awal la, terlalu cepat la dan flight nak naik tu parking punyalah jauh. Jadi kena la bangun seawal mungkin yer.. lambat. Babai.


7.40pg    - Insha ALLAH sampai

Alhamdullilah.. Bella sampai dengan selamatnya. Terus cari-cari supir. Alhamdullilah juga, ada menunggu. Sedikit peringatan yer, supir medan ni banyak yang dah buat taik. Jadi, untuk kebaikan korang silalah dapatkan ni whats app supir korang tu. Lepas itu, sebulan sebelum nak gerak ke Medan whats app supir ingatkan. Seminggu lagi nak pergi whats app lagi. Tiga hari lagi nak pergi ingatkan lagi. Sehari nak pergi ingatkan lagi. Sebelum naik flight tu, bagitahu lagi. Macam Bella kan, deal sendiri. Apa pun kita tidak bayar kat dorang kan? Hitam putih pun takda. Jadi cara macam ini jelah kita kena gunakan. Booking base on trust je ni.

kedai makan sedap di Medan

8.00pg    - Sarapan di medan (macm teringin makn special bihun sup ayam kg) Tp x mkn pun.
Supir Ridu terus tanya kat Bella. 'Mau ke mana?" Bella terus la bagitahu perancangan Bella dan Bella kata nak terus ke PULAU SAMOSIR. Jadi di setuju. Sebelum tu, Bella nak sarap dulu. Lapar.. Dia pun berhenti la kat warung buruk ni. Bella cakap kat HB. Ok ke? HB yang memang tidak setuju ke sini, cakap "Mana tau.. haaa nak g Medan sangat kan??" huh. Ada ke jawab macam tu. Bella kata kat Ridu. "Ridu, ngakk ada cafe?" speaking ala2x Indon giteww.. " Ngakk ada,sini amangnya gini aja.Cuba duluaan ya." Ok la.. daripada pengsan lapar, baik makan je.
makanan sedap di danau toba

Bella makan Lontong. Arrgghhhh sedapnya!! Bella rasa LONTONG SAYUR ni adalah lontong paling sedap yang Bella pernah makan. Aduii.. masa ini pun tertelan telan air liur lagi. Korang tau, lontong ni tidak sama rasanya dengan lontong kat Malaysia nie. Lontong ni, lebih kepada rasa rempah tau. Eh, bukan rasa ulam. Rasa daun cekur. Bella memang sukakan rasa daun cekur ni. Mak Bella kalau buat kerabu ditambah daun cekur ni, memang Bella ratah macam tu je.Ketagih. Bella siap tanam sebab suka sangat rasanya. Paling terbaik, LONTONG ni ditambah juga dengan sambal tempe yang Fuhh!! ranggup dan terangkat abis. Seriously. Bella amat2x rindu kan Lontong ni. Sedapnya!
nasi lemak sedap

HB pula makan campur. Ini je lauk yang tinggal. Kedai pun dah nak tutup. Nasi yang se simple ni pun sedap.. HB siap makan sambil mengangukkan kepala sebab sedap. Hehehe. Tula... tadi berlagak sangat kan..hahaha..
Kami terus bergerak Ke Pulau Samosir. Perjalanan memang mengambil masa yang lama. Perjalanan pun kurang pemandangan yang mengasikkan. Melalui hutan tebal dan hanya sekali sekala melalui perkampungan. Kadang-kadang kereta kita je melalui jalan tu. Sedikit perasaan seram tu memang ada.

Kedai Burung puyuh

10.00pg  - Singgah di Permantang Siantar makan burung puyuh (try juga sambal hijau)
Bella bagitahu kat supir yang Bella nak singgah Rumah Makan nak rasa burung puyuh yang terkenal tu. Rugilah, datang jauh-jauh tadi tak cuba makan burung puyuh yang disebut-sebut orang tu. HB kata "tak yah la..tak kan tak kenyang lagi". Masalahnya balik nanti dah tak lalu sini. Pergi je lalu. Daripada teringat-ingat bila balik Malaysia nanti, baik singgah. 

bercuti ke medan

Rumah Makan Permantang Siantar yang supir pilih adalah RM Beringin Indah 2. Sekali hantar segala jenis lauk pauk dihidangkan atas meja. Banyak sungguh. Makanan yang Bella order pun banyak. Bella siap kata boleh tak tolong ambik balik semua ni. Susah nak makan. Bella order yang orang review kata sedap yang amat je la. 

RM permantang siantar

Bella memang dah siap senaraikan apa yang patut order. Malangnya Bella tak rasa burung puyuh kat sini sedap sangat pun. Burung puyuh goreng sendiri lagi sedap kot. Burung puyuh kat sini besar-besar yer. Order dah la banyak. Pastu tak abis. Supir siap suruh bungkus. Tak mau la. Bila nak makan. Hurrrmm.. sedihnya. Kenapakah tidak sedap seperti yang ditulis. Bella siap cakap kat supir Bella nak RM lain. Macam yang blogger lain review. Dia kata sama saja. Malas la tu. Redha je la.
bercuti ke medan

Perjalanan yang jauh diteruskan lagi sehingga kelihatan tasik yang membiru. Bella memang nak terokai Pulau Samosir jadi Bella menginap di seberang tasik. Lepas melalui jalan yang berliku dan menempuh berbagai onak dan duri, kena naik feri pula. Adui. Feri ni busuk. Bau enjin kete. huhu.

bercuti di danau toba

Bella dah duduk bahagian atas bot sebab bau enjin kuat sangat. Tetiba dengar orang ramai bising-bising. Bella pun jenguk la ke tingkap. Rupanya,ada budak - budak yang berbogel dan berenang didalam tasik danau toba semata - mata nak minta derma. Bella ada terbaca pasal ni, jadi Bella memang dan sediakan duit untuk dibaling. HB seronok dia baling duit tu. 

kecantikkan danau toba

Berbagai-bagai tanggapan orang yang pergi ke danau toba dan melahirkan pandangan masing-masing mengenai derma cara begini. Bagi Bella pula, ini adalah keindahan budaya dorang. Maknanya ini adalah kecantikkan dan keseniaan yang dicipta oleh kanak-kanak batak disini untuk mengigatkan kita mengenai Danau Toba. Sekurang-kurangnya dorang ada idea untuk meletakkan Danau Toba lain dari yang lain. Unik. Kanak-kanak yang berenang ni kecil-kecil lagi dan sangat berani. 

bercuti di danau toba

Bila Feri ni nak bergerak, cepat-cepat semua kanak-kanak ini naik dan nyanyi pula lagu kebangsaan dorang atas ni. Sedap juga. Lepas habis je nyanyi tu, dorang minta la derma. Paling best lagi pasal dorg, dihantarnya budak paling cute untuk minta sumbangan tu. Pandai sangat. Perjalanan yang rengsa dan berlengas tadi, sedikit terhibur dan hilang tengok gelagat budak-budak batak ni. Haa Bella nak tahu sangat masa ni, budak-budak ni minta cara baik kan.. Yang dok bising kata x elok derma dengan cara baling duit tu derma berapa ribu? Jangan jadi tin kosong dah la. Bising dan bunyi je kuat. Tapi, apa pun tarakkk...

4.00ptg   - Check in

Akhirnya sampai juga Bella di Bagus Bay Homestay yang telah di aturkan oleh Supir. Bella dah review pasal penginapan ni.Penginapan Murah Di Danau Toba klik sini.


5.00ptg   - Round naik motor sekitar Danau Toba.

Memang kalau ikut jadual pun Bella nak round - round naik motor. Tapi, ada sedikit salah faham disini sebab Bella dan HB macam dengar Supir tu kata bersiap la. Nak bawa pusing-pusing Danau Toba. Jadi, kami pun mandi cepat-cepat dan turun. Tapi, Ridu takda. Jadi kami pun tunggu laaa.. Lepas 30min tunggu, Bella rasa macam ada yang tak kena je. Call x angkat. Jadi kami ambik keputusan untuk sewa motor dan cari Ridu. Supir kami tulah. Hangin je satu badan.

bercuti di danau toba, danau toba,

Kami pun pusing-pusing Danau Toba tanpa tujuan. Keindahan Danau Toba sangat memukau.Lupa jap pasal supir yang malas tu. Memang sungguh indah. Mendamaikan jiwa. Banyak sangat saat -saat indah yang tidak dapat dirakamkan oleh kamera dan sukar Bella nak ceritakan kat korang. Sangat indah. Macam kembali ke zaman tanpa teknologi. Alam sangat terjaga.


8.00mlm - Makan Malam Maggi Saja. Yummy!

Kami memang hanya makan maggi sahaja. Kedai ni tidak halal. Minta air panas je. Baik pula tu bagi Free. Sambil makan maggi sambil tengok tariaan suku kaum batak. Nampak senang je. Sekali dia tarik Bella ajak menari sama, mampus x jadi. Hahhaa. Pelancong europah pun banyak. Siap ada yang menetap kat sini. Dorang suka bebenor duduk kat Pulau Samosir ni. 

Habis je tengok dorang menari plus gangguan dari Anjing.Bella naik je la bilik. Sebelum sawan bila anjing tu datang dekat. Trauma. 

Nanti sambung Day 2 pula.

End.

You Might Also Like

6 ulasan

  1. alahai...plan dah best dah...tp supir nya plak yang macam hampeh eh...

    ReplyDelete
  2. Supir tu terus tak datang sampai ke maalm ke?masa tu dah bayar kat dia ke?

    ReplyDelete
  3. Bestnyaa kak pergi holiday dengan suami... Nanti nak cenderahati.. Ahaksss.. Apapun enjoy

    ReplyDelete
  4. Bila lah aku dapat gi medan lak ni..huhu

    ReplyDelete
  5. mmg seronok dpt share citer bella ni..

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.