PENGINAPAN bercuti ke MELAKA!!!

20 December

Assalamualaikum semua..


Hari ini Bella nak kongsikan, Penginapan yang best dan tak best dekat Melaka. Sebelum bercuti ke mana-mana penginapan la paling perlu di titik beratkan.Penting tu. Nak rehatkan badan, mandi, solat, dan macam - macam lagilah. Jadi jom Bella tunjukkan tempat yang Bella dah tidur. PENGINAPAN bercuti ke MELAKA!!!

hotel di Melaka

Korang kalau nak pergi melaka dan menginap dimana - mana, terutamanya hotel. Sila la booking dulu. Jangan pergi walk in. Pengalaman Bella semua hotel penuh. Semua full ok.. isk...isk.. dah la masa tu, ke Melaka untuk sambut besday Bella. Tengok!!! punyalah best melaka ni.. sampai Bella request to come here on my besday. huhhuhu...Ni hotel paling best dan five star. Cantik dan terbaik.Duduk sekali jela.Hotel equatorial melaka.


hotel  terbaik melaka

Bila buka pintu, wah!!! cantik!! Lari-lari pilih katil memasing. Lari keluar kat balkoni tengok bawah ada swimming pool la. Dapat plak sekali dengan sarapan. Sarapan pun tip top. Semua ada. Apa lagi!! sayang..jom kita terjun ke pool!!

Hotel melaka

Tengok HB dah macam model majalah mangga plak. Hahhaha... tapi tak boleh pandang lebih - lebih sebab Bella dah stamp kat dada dia milik Bella idura. Ha... menggunakan special stamp lagi. Pool pun bersih. Paling best ada sauna sekali. Korang boleh juga order orange juice pastu baring menenangkan jiwa.

Penginapan yang bajet yang Bella pernah book. Adalah Hotel ONE O ONE ini kitaorang pergi main terjah je, sebab semua hotel penuh. Cari punya cari, jumpalah Hotel ini. Sangat bajet. Tapi nampak sangat baru. Sebab lokasi dia masih dalam bandar, jadi kami pun memilih untuk tidur disini saja. Nampak sangat gah, tapi harga murah.


Mana nak tahu, ia menjadi mimpi ngeri untuk Bella. Sangat Disarankan untuk elakkan menginap di  hotel ni. Berbau, sangat kecik dan kotor!!! Masuk-masuk alamak ada bau. Bau yang sangat pelik dan menyesakkan hidung. Bila masuk bilik, sangat kecil. Bella macam tak percaya. Walaupun kami memilih bilik standard, Bella tak pernah dapat bilik sekecil ini. Kecil sangat. Suram. Paling tak boleh tahan, masa Bella dah duduk - duduk bagai. Bella terperasan yang cadar kitaorang kotor. Kotoran yang menjijikan. HB call untuk tukar cadar. Tapi mood dah swing dah. Takda hati dah. Turun - turun pergi makan dan terus sekali minta refund lagi satu malam. Pagi - pagi kami nak check out! Nasib dapat. Eeee...ngeri sungguh.

hotel murah

Bella dan HB kena carilah la hotel baru.Kami pusing-pusing sekitar bandar saja. Jumpalah Hotel Iris.  Gambar atas tu kat lobi dia. Menarik kan?Baru. Cantik dan bersih. Check price. Ok under bajet. Masalahnya parking je.Penuh sentiasa. HB parking je kat depan hotel. 2 hari park kat situ, dua2x hari kena SAMAN!! aduiyai...


Masuk-masuk bilik cantik. Cantik sangat - sangat dari bilik semalam. Besar, bersih dan cantik. Sangat puas hati. Staff pun baik je. Lokasi pun cantik. Kalau lapar, dorang pun ada cafe sendiri. Paling best sewa hotel ini dapat sekali breakfast percuma!! ok la tu. Buat alas - alas perut. Roti, bihun, air kopi, teh. Ok sangat la. highly recommended!!


Hotel yang terbaik yang lain adalah Hotel Sentral Melaka. Terletak hanya di tepi jalan raya yang sibuk. Senang nak nampak dan memang strategik. Semua dekat. Bilik yang simple tapi yang istimewanya pasal bilik ni, sangat la sejuk!! HB tekan semua suiz, butang, remote bagi slowkan kesejukkan bilik ni, tapi tetap gagal. Ok jugak sebab cuaca Melaka kan panas sikit. Malam la sejuk sangat sampai HB tak nak pergi mana-mana. Asyik berselubung je. Hampeh betul. Tapi Hotel ini tiada disediakan sarapan pagi. Hotel Sentral Melaka ini juga Bella sarankan korang BOOK. Tak rugi. Bersih, cantik dan tiada bau. Best lagi. 

Ok.. setakat ni dulu.. lepas ni kalau ada hotel lain yang ok bella top up okey.. daaadaaa.. harap manfaat.

Boleh juga baca pengalamana Bella menginap di AGROFARMSTAY dan Bercuti Ke Melaka

You Might Also Like

5 ulasan

  1. Salam kenal dari saya..saya pon baru je nak stat berblog..saya dah follow bella nanti singgah la ke blog saya ye =)

    ReplyDelete
  2. hehehe...yang part kat swimming pool budak2 tu klakar..tapi beani eh depa? budak2 dalam umur bape tuh?

    ReplyDelete
  3. Wah... ni pun menarik.
    Sesekali boleh bercuti & menginap di Bustel Melaka pula.
    Memang best & lain dari yang lain :)

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

MY DIET DAIRY

MY STORY EVERYDAY

MY TRAVEL HISTORY