Wednesday

Bercuti di Resort Agrofarmstay @ Skill-tech

Salam sayang semua.. holla...

Hujung minggu ini.. apa peranncangan anda semua untuk Keluarga anda? Hmmm ke laut? atau pantai? Anak kecil-kecil lagi. Susah nak lari kejar2x takut main jauh2x..Kalau boleh nak tempat yang tenang.. 100% lari dari kesibukkan dan kekusutan kota. Yes!! Sinilah tempatnya. Tenang sangat.Resort Agrofarmstay @ Skill-tech.Bella kesini datang untuk bloggers day!! dan bercuti!! yeahhh!!

Bercuti di Agrofarmstay

Sangat best masuk2x je ada banner welcome untuk bloggers. Terasa kedatangan kami dinantikan sangat-sangat. Untuk sampai ke sini korang kenalah menuju ke Melaka dan menuju ke Durian Tunggal. Paling best Bella kat sini 3 hari 2 malam ok. Jadi Bella akan ceritakan apa yang bestnya kat sini. 3 hari kot..memang banyak sangat masa untuk Bella selongkar Agrofarmstay ini.


Inilah bilik bella. Namanya river view. Di Resort Agrofarmstay ini terdapat banyak jenis bilik. Ada jenis bilik, villa dan chalet. Kalau ketenangan lah yang korang buru, disinilah tempatnya memang sangat tenang dan best. Jom kita masuk dalam.. cantik ke??


Taraaaa... jemput masuk. Hiasan didalam bilik ini adalah menekan konsep alam semulajadi dan keasliaan adat melayu kita. Contohnya katil ini hanya terdapat pada zaman 80an sahaja. Barangan ini dibaiki dan dijadikan hiasan dalaman di tempat ini. Unik. Old school dan really cool. Selesa. Rehat-rehat kan badan sementara menunggu makan malam yang akan disediakan di dewan lily.


Masuk-masuk terus dijemput kedalam dewan.Kata-kata aluaan dari Pengerusi Resort Agrofarmstay.  En Ahmad Bashiruddin. Lembut kata-katanya. Manis orangnya. Banyak di bantu oleh anaknya.En Abdul Bari sebagai pengurus tempat ni. Di akhir pengucapan.. kami diberi cenderamata. Waaa bestnya. Bella pun dapat. Terima kasih sebab menghargai kedatangan Bella. Selepas diberi ucapan tentang perjalanan majlis besok, kami pun dibelanja dinner oleh tuan rumah. Waaa.. semoga murah rezeki ya.


Sini pula terletaknya villa yang besar. Boleh park kete kat depan lagi. Sekitar kawasan ini memang sangat menekankan alam semulajadi. Seriously macam di berada di kampung halaman. Kalau korang x pernah merasa macamne indah dan tenangnya kehidupan dikampung, mesti tido kat sini at least 2mlm. Baru dapat feel tu.


Ni plak rumah jenis chalet. Terletak diatas bukit dan jenis sebuah2x. Sesuai untuk team building.  Aktiviti sekolah dan mengikut kesesuaian la yer..


Petang2x pula kitaorang layan makan cucur kat sini.Punya la syok. 3 dalam satu. Kita dapat lihat keindahan yang jarang kita dapati. Kekosongan fikiran. Ketenangan yang sukar nak dapat bila di bandar. Awesome kan? Actually ada itik tau kat dalam kolam tu. Bella nak je pergi dekat2x itik tu..tapi takut kena kejar plak.Hahahaaha...semua takut. APTB.


Malamnya kita nak buat apa yer.. haaaa ini lah yang paling best kat sini!! ada karaoke!! comel giler. Bentuk kasut lagi. Ada 6000 lagu tersedia dan mempunyai audio terbaik. Bella ngan kawan2x berebut2x nak nyanyi. Dijadikan cerita, line internet kat sini sangat slow dan wifi disini sedang dibaiki. Ok, memang rasa macam arrghhhhhhh!!! lagi2x nak buat artikel yang live UPDATE.Tapi.. ada 1000 kebaikan disebaliknya. Bila internet tiada leh on, barulah kita duduk bersembang. Kalau tak..mesti semua duduk menunduk. Memang terbaik sebab jumpa ramai kawan baru.


Zoom in dalamnya.. selesa sungguh. Bantal yang lembut. Memang boleh buat kita tertido kalau yang nyanyi tu suara mendayu2x.Hahahhaa... Kitaorang dalam ini memang leh lepak sembang-sembang lagi sebab terlalu selesa. Bila fikirkan balik sal tempat ni, rasa..bestnya!! nak g lagi boleh??


Morning!! pepagi Bella dah jejalan sekitar sini. Tengok alam semulajadi yang menghijau. Hirup udara yang segar. Jejalan kat tasik berdekatan dengan surau teratai then terjumpa telur itik yang baru bertelur. Bersepah-sepah. OMG!!! so cute! Bella x pernah tengok telur itik bersepah macam ni. Hahaahaa.. teruja sikit. Selalu jumpa telur itik yang salut hitam tu je. Ini putih lagi. Macam ne bella tahu ni telur itik??? good question. Sebab kat sini xda ayam. Hahhahahaa...


Lepas abis je selfie ngan telur itik tu, bella beralih pula selfie ngan Bujang kuda comel ni. Kesian dia xda kawan. Jadi korang jom la kesini temankan dia. Sian kan? Bujang ni masa Bella nak selfie dia tengok je. Mungkin dia ingat Bella nak bagi dia sarapan kot. Nak je Bella datang peluk kuda ni. Tapi seram. Kena sepak saja je.


Lepas abis je Bella sarapan..kitaorang buat aktiviti sukanneka. Best sesangat. Bella cadangan sape yang kesini mesti datang beramai-ramai dan paling terbaik korang buat family day macam kitaorang ni. Memang jadi kenangan terindah la. Time ni la kita boleh gelak bersama-sama. Semua haruslah sporting untuk join semua aktiviti yang telah ditetapkan. Time ni pun Bella gelak tak ingat dunia. Happy sangat2x.


Bila dah penat main sukan tu.. panas plak..apa yang korang akan terfikir??? Mestila air kan? Boleh plak time ni Agrofarmstay panggil Hasz Aiskrim untuk basahkan tekak kitaorang. Apalagi, berebut2x la semua. Mak orang, bapa, ayah, atuk semua sibuk nak menikmati aikrim yang enak ini. Paling best aiskrim ini adalah buatan sendiri. Buat kat rumah je. Homemade!! Ia adalah keluaran melaka dan 100% halal.

Hasz Aiskrim ada dalam pelbaga perisa seperti vanila, strawberi, coklat keladi dan jagung. Kon aikrim yang digunakan boleh disamakan macam kon cornetto.Tidak mudah lemau dan sangat la ranggup. Korang semua boleh la hubungi Pn. Asmida untuk sebarang tempahan. Hp NO: 013-7060466. Menerima tempahan untuk apa saja majlis. Kalau ada kat majlis korang sure!!! semua orang rasa best.


Ini adalah permainan terakhir. Cari gula dalam tepung. Bella, game ni je Bella tak join sebab tak mau nanti muka jadi kelakar.Hhahahaa..HB je join. Sporting sangat. Tapi kesian dia lemas. Permainan cari gula-gula dalam tepung ni sebenarnya nak tengok muka orang yang main tu je pas kena tepung macam mana. Hahhahaha...

HARI KELUARGA

Abis je main seronak la HB terus terjun la ke dalam kolam renang yang tersedia indah tu. Fasiliti kolam renang kat sini memang terbaik. Ada dalam, kurang dalam, dan untuk kanak-kanak. Means cetek. Memang terbaik la. Sekitar kolam ni ada wifi.Korang tak suka mandi lepak je tepi kolam main wifi. Hapenning kan? Sambil minum petang plak.. memang perrrggghh la. Bagi perempuan agak leceh la nak tukar baju bagai. Bella x mandi sebab dah nak balik. Lelaki senang la.. buka baju pun boleh mandi.


Makan sudah,bermain dengan fauna sudah, melihat keindahan alam sudah, berseronok main game sudah. Apa lagi.. haruslah kita pulang meninggalkan kenangan manis kita disini. Happy sangat2x. Jumpa bloggers yang hebat2x. Berkongsi ilmu dan pendapat. Kenalan dengan lebih rapat. Memang seronok. Jadi amatlah digalakkan korang juga datang kesini dan merasai keseronokkan yang bella dah rasa.

Agrofarmstay, boleh diadakan semua jenis majlis. Birthday party, family day, wedding, majlis pertunangan, renuoin dan macm-macam lagi. Bagi siapa-siapa yang berminat untuk mengadakan majlis disini. Bolehlah menghubungi :

Agrofarmstay di FB : Agrofarmstay at Skill-Tech
Website : www.agrofarmstay.com
Address : Resort Agrofarmsaty @ Skill-Tech, Lot 453, Batu 13, Jalan Tebong/Machap 76100 Durian Tunggal,Melaka.
Tel : 012 2118246

Have fun semua... jalan-jalan la di Malaysia.Segalanya ada disini... salam.Harap bermanfaat.

2 comments:

  1. happening kan? tapi part telor itik tu bukan dia menetas... tp bertelor.... klu menetas dah keluar anak hekehhekehekh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha... ok2x noted. Thanks bgtau.

      Delete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Have Fun!!

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari