Bercuti Ke MELAKA

Horray!!! jom kita ke MELAKA !!! seronok sangat bagi Bella. Bella bercuti ke Melaka selalu. Sebab Melaka have everything!. Makanan sedap...

Horray!!! jom kita ke MELAKA!!! seronok sangat bagi Bella. Bella bercuti ke Melaka selalu. Sebab Melaka have everything!. Makanan sedap, banyak tempat menarik, banyak cerita sejarah, ada laut, memang best la. Jadi, bagi sesiapa yang tak pernah pergi dan nak pergi, jom Bella kongsikan sikit  kisah Bella Bercuti Ke MELAKA yang mungkin korang tak tahu lagi. Mana tahu kan.

melaka

Kali ni Bella kongsikan tempat menarik yang Bella dah pergi di Melaka. Kita zoom in apa yang seronok sangat dekat Melaka tu yer. Bagi yang tercari - cari penginapan bila ke Melaka boleh la klik disini Penginapan Bercuti Ke Melaka . Bella pergi ke Melaka terus menuju bandar Melaka. Apa yang akan kita nampak???

MENARA TAMING SARI


Menara Taming Sari. Bella naik sebab nak merasa. Melaka tidak mempunyai banyak bangunan tinggi seperti Kuala Lumpur. Jadi, menara dengan teknologi Swiss ini adalah antara cara terbaik untuk kita melihat kota Melaka dari pandangan atas.Masa Bella nak cuba naik ni, pelawat punyalah ramai. Tapi korang jangan risau. Kejap je kena tunggu. Sebab Menara Taming Sari ini boleh membawa 66 orang pelawat pada satu masa dan hanyalah berputar selama 7 minit.Rasa kejap giler..

Dikawasan Taming Sari ini sendiri memang sudah cukup meriah. Ada pertunjukkan, jual cenderahati dan yang paling menarik adalah beca yang dihias sungguh indah dan menarik. Korang pilih je tema apa korang nak.  Korang jangan saja depan sikit, ada pasar malam. Memang sangat meriah kawasan sini.


Masa ini kami macam bosan duduk dalam bilik. Jadi kami keluar berjalan ke kawasan Dataran Pahlawan. Kami pergi lepak dekat padang yang luas. Siapa yang pernah pergi Melaka, mesti faham padang mana yang Bella maksudkan. Bella duduk je lepak - lepak relax2x tengok perangai budak - budak wechat. Suasana sini nyaman sangat. Shopping mall pun bersepah-sepah. Tapi Bella tak shopping pun. Kat sini juga ada taman yang di hiasi dengan lampu yang comel. HB tangkaplah seekor buat kenangan.  Kiut giler!!  Malam pun still meriah.

MELAKA RIVER CRUISE


Korang yang pergi melaka, tak cuba naik Melaka River Cruise memang rugi. Melaka River Cruise yang dilancarkan pada tahun 2008 memberi peluang kepada kita menyusuri sungai bersejarah yang pernah terkenal sebagai pusat aktiviti perdagangan di Asia Tenggara. Sambil bot ni menyusuri sungai,dapatlah kita tengok sendiri bangunan bersejarah tinggalan Belanda, kincir air, kubu pesisir sungai dan 7 buah jambatan kecil sekitar bandar Melaka.Kita juga akan dapat melihat keadaan Kampung Morten yang kerap diberi jolokan ‘muzium hidup’ sewaktu di dalam cruise ni.

Bagi Bella, sungai Melaka ini kelihatan kotor, dan bila Cruise ini lalu di sesetengah kawasan ada macam bau busuk sikit. Tapi enjoy sangat. Terasa lembut angin menyapa, percikkan kecil air sungai ke muka, kadang-kadang kita juga yang mungkin terserempak dengan biawak yang bersantai di bawah mural-mural bangunan. Mana nak jumpa biawak yang bersantai dekat KL ni? Waktu terbaik menaiki Melaka river cruise ialah pada waktu malam. Ia lebih sejuk dan juga boleh melihat kerlipan lampu warna warni dari bangunan berdekatan dan rumah di Kampung Morten.Bella naik masa siang. Ingat malam tutup. Bila masa malam, Bella sempat makan kat tepi sungai tu jela.

Korang boleh menaiki bot ini dari :-

1. Muara Sungai Melaka (berdekatan Muzium Samudera)
2. Taman Rempah Ratus

bercuti ke melaka

Lepas je korang bersiar-siar dengan river cruise, bolehlah mendalami peninggalan sejarah dengan memasuki Muzium Samudera atau “Muzium Kapal” yang terletak di Jalan Merdeka. Korang kalau masuk bandaraya Melaka tak nampak kapal ni memang pelik, sebab kapal ini terlalu besar dan ia adalah antara monumen Melaka yang kelihatan seperti sebuah kapal lama dan diletak di tepi muara Sungai Melaka.

MUZIUM SAMUDERA @ MUZIUM KAPAL

bercuti di Melaka

Muzium ini dibina di dalam sebuah replika kapal Portugis bernama Flor de La Mar — iaitu sebuah kapal perang yang digunakan dalam serangan ke atas Melaka pada tahun 1511. Di dalamnya ada macam-macam peninggalan lama. Macam wang dahulu kala, meriam, peti besi, lukisan, replika kapal serta peta-peta yang menceritakan tentang sejarah maritim di Melaka. Bella datang aritu dorang buat program tidur dalam muzium ni. Ada berani?

bercuti ke Melaka

Lepas abis cover dan lawat semua yang menarik di dalam bandar Melaka,  bolehla kita ke Zoo Melaka and Night Safari. Zoo ini adalah zoo kedua terbesar di Malaysia yang dibina di tepi lebuhraya Ayer Keroh. Mini Safari di sini ialah satu kawasan di mana kita boleh melihat haiwan-haiwan dari Afrika seperti zirafah, impala dan kuda belang bergerak bebas dalam kawasan lapang. Kita akan melalui kawasan ini melalui platform tinggi di atas haiwan liar ini. Tengokla.. memang bebas binatang - binatang ini untuk kita lihat. Zoo Negara pun dah buat cara macam ni kan?

zoo melaka

Kalau korang datang ke sini pada hujung minggu, korang juga boleh menunggang kuda dan gajah. Bella tak sempat nak cuba, jadi tak bolehlah Bella nak cerita detail. Ada juga kompleks harimau. Kompleks ini memuatkan beberapa jenis harimau. Harimau belang ada,  harimau bintang pun ada. Harimau - harimau ini dipelihara di dalam rumah kaca.  Mereka yang tidak sanggup berjalan (ya, zoo ini sangat besar) boleh menaiki trem. Kalau korang datang pada hujung minggu, jangan lupa melawat Lily si gajah yang comel dan manja. Korang mungkin boleh memberinya makan dalam sesi yang bermula pada pukul 11:30 pagi. Bella takut walaupun ia comel. Hahaha.

TAMAN BUAYA MELAKA

Taman Buaya Melaka

Bertentangan dengan Zoo Melaka korang boleh nampak Taman Buaya.Taman ini kecil jer. Macam tak berbaloi rasanya kena bayar. Hahahaha.  Bila masuk saja, apa yang kita akan temui dulu adalah reptilika banggunan-bangunan yang mencipta sejarah dibina sebiji macam yang asal. Di taman kecil ini, korang boleh melihat lebih 100 ekor buaya yang dikumpulkan dari seluruh dunia. Tapi Bella tengok semua macam sama je, takda yang berwarna atau berbentuk lain pun. Susah nak bezakan.

Apa yang Bella bacalah kan, antara buaya yang dipelihara di sini termasuklah buaya Jenjulung dan Tembaga yang boleh didapati di sungai negara ini serta buaya March Mugger dari India dan Alligator dari Amerika Syarikat Buaya ini termasuk dalam kategori haiwan yang kurang bergerak, jadi korang akan rasa macam tengok patung buaya je. Buaya - buaya ni akan kaku je dekat satu tempat. Korang datanglah pada hujung minggu bermula dari pukul 10:30 pagi. Bolehlah tengok sesi memberi makan dan menyaksikan pakar buaya mencium dan menunggang buaya dalam pertunjukan buaya. Masa Bella datang, tempat ni tengah renovated. Paling teruk kaunter tu tak cakap pun tengah renovated,rasa tak berbaloi sangat bayar. Banyak benda tak boleh buat. 

A FAMOSA MELAKA 

bercuti di melaka

Sini paling berbaloi datang sebab PERCUMA!!. hahahaa.. Bella kongsikan sikitlah sejarah mengenai Kota A Famosa ni kan. Kota A Famosa Melaka ialah sebuah kubu pertahanan orang Portugis yang dibina pada tahun 1511 sebaik sahaja Portugis berjaya menawan kota Melaka dari tangan orang Melayu. Ia terletak berdekatan dengan Muzium Istana Kesultanan Melaka. Kubu tentera ini dibina dengan menggunakan kira-kira 400 orang hamba kepunyaan raja Melaka yang ditawan dan menggunakan bahan binaan hasil dari batu-batu masjid dan batu kubur yang dibongkar. Jadi jangan galak sangatlah masa datang sini yer.

Apa yang tinggal kini ialah pintu kota ini di kaki bukit St. Paul. Walaupun ia sebenarnya Porta de Santiago, orang ramai kerap memanggil pintu ini sebagai A Famosa. Kalau korang mendaki bukit hingga ke puncak, akan sampai ke Gereja St. Paul — sebuah gereja Portugis yang kemudiannya ditukar menjadi kubur orang-orang bangsawan oleh Belanda. Bella tak perasan plak.

PUSING - PUSING NAIK BECA 

beca ke Melaka

Bella naik beca ni kat Bandar Hilir. Pakcik beca ni bawa kitaorang pusing - pusing dekat bandar Melaka ni. Baik sangat. Mula-mula pergi A famosa. 

pusing - pusing melaka

Pergi melawat stesen kereta api lama yang digunakan zaman portugis. Sangat unik ok. Bella nak tangkap banyak gambar lagi. Tapi malu.Kah2x.

jalan - jalan Melaka

Kami juga dibawa ke kapal perang yang pernah digunakan semasa perang. Ini bukan yang kapal contoh tau, tapi kapal sebenar. Masih utuh gitew. Bella seram gak nak pegang. Takut luruh. Yela, barang lama kan. Mana nak tahu, masa kita pegang masa tulah kapal ni runtuh. Adoi. Negatif sungguh.

Pusing - pusing A famosa

Cantik sangat kan pemandangan kat sini.. Pakcik ni paling cool sebab dia yang beria-ria suh kitaorang pose dengan berbagai gaya. Bella malu plak nak pose tapi pose gak. hahaha. Terbaik la pakcik ni.


Nilah pakcik tu. Baik no extra charge. Seikhlas hati je pakcik ni minta. Dia bawak ke semua tempat tu tau. Kali yang pertama kali round - round naik beca dalam bandar melaka ni, memang seronoklah. Benda baru.

PANTAI KLEBANG MELAKA

BERCUTI DI MELAKA

Melaka pun ada pantai okeisss. Masa ni  memang panas terik tapi angin kuat dan best. Bella nak je mandi, Tapi takda plak orang mandi. Takut bahaya. Sekitar sini banyak makanan sedap yang popular. Antaranya Klebang Original Coconut Shake. Beratur orang nak cuba. Korang boleh baca Makanan Paling Sedap DI MELAKA Rasa macam dah panjang sangat Bella cerita ni. Ok harap bermanfaat.

You Might Also Like

0 ulasan

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.