Meneroka Bukit Saga di Ampang KL

Assalamualaikum... Korang semua!! tahu tak? rupa-rupanya dalam KL ni pun ada kawasan terpencil yang ada air terjun! fuhh!! sungguh tidak ...

Assalamualaikum...

Korang semua!! tahu tak? rupa-rupanya dalam KL ni pun ada kawasan terpencil yang ada air terjun! fuhh!! sungguh tidak disangka-sangka. Aktiviti ini bermula bila kawan sepejabat HB ajak kitaorang join group aktiviti dorang. Aktiviti ni lebih kepada hiking la. Lebih 30orang join aktiviti ni. Kiranya ada kepala yang mengetuai aktiviti ni. Siapa pernah dengar pasal BUKIT SAGA? sapa yang dah tau takpe. Buat sape yang tidak tahu lagi, boleh la masukkan dalam aktiviti untuk dilakukan masa cuti sekolah ini!! Meneroka Bukit Saga di Ampang KL.

Meneroka Bukit Saga di Ampang KL.

HB ajaklah lagi kawan-kawannya dan 2 orang lagi nak join. Jadi kami tunggu la lagi 2 orang. Group yang lain dah naik ke atas jam 7 lagi. Punyalah gigih kitaorang bangun pagi- pagi nak memanjat bukit, sekali member plak lewat. Jadi group yang dah berkumpul tu gerak la dulu..

Tips:
  • Jangan!! jangan pergi Bukit Saga kalau tak pasti, sendirian atau tak sihat. Banyak kali ada kes daki Bukit Saga sesat dan hilang.
  • Silalah pakai pakaian yang cukup - cukup selesa. Baju yang ringan, kasut sukan dan seluar yang sesuai.
  • Bawalah makanan ringan ataupun berat. Lapar beb.
  • Bawalah tuala
  • Bawalah ubatan-ubatan yang sepatutnya untuk hiking. Minyak urut, minyak luka dll.
  • Mineral water (air minum) bawa banyak sikit.
Tangga bukit saga

Inilah tangga atau pintu masuk untuk memanjat Bukit Saga ni. Ingat macam kawasan reakreasi. Tapi rupanya terletak belakang rumah orang!! Hampir confuse disitu. Cari kawasan ni guna wise pun tak jumpa. Tanya beberapa orang juga la. Baru jumpa. Jadi kengkawan, inilah pintu masuknya. Naik tangga besi di celah kawasana semak ni. 

menerokai bukit saga

Baru naik beberapa tapak, membe lapar plak. Sebenarnya kami tak pasti, patut makan, atau tak patut makan sebelum mendaki. Tapi sebab lapar sangat, kami makan je la dulu. Kebetulan ada orang kampung yang jual nasi lemak sebelum naik Bukit Saga. Rm1 pula tu. Sedap wei!!! dah la Rm1!! bukan kosong tau. Siap ada telur dadar lagi. 

cuti sekolah

Baru saja mendaki tak sampai seminit pun, kami telah di alu-alukan dengan pemandangan yang sangat memukau! wow!! betul la ada air terjun tengah-tengah bandar ni. Tapi bukan disini tempat yang nak dituju. Tujuan jauh lagi kedalam.


Berhenti makan jap. Member kurus tapi kalau lapar tak boleh nak buat apa - apa. Bella dekat petronas tadi, masa tunggu dorang dah baham roti dan air kotak susu.  Cool sangat tempat ni.


Bila perut semua dah diisi, apa lagi gerak la. Sangat bersemangat ok. Haritu Bella dengan kengkawan pergi panjat Bukit Broga. Sekarang saja nak cuba panjat Bukit saga plak. Sebab cita - cita kami, nak mendaki Gunung Kinabalu. Kiranya ini persediaan awal la.Hehehe..berangan. Tempat ini lain macam Broga. Disini rasa selamat sikit dan lebih terjamin sebab ada tangga dan tali-tali disediakan. Kadang - kala sangat membantu. Tapi, tangga-tangga ini yang buat kaki kita berat nak angkat. Mencanak  susunan tangganya.

pitam di bukit saga

Tak tahu mana silapnya, lepas lebih kurang 1km mendaki..bella bantai je..x tau berapa km huuhu.. tetiba Bella rasa nak pitam. Tak pening, tapi pandangan jadi kabur dan dada rasa sangat sesak. Sukar bernafas. Gemuk sangat ke den ni? Kepala rasa terlalu berat!! nak baring. HB bulat-bulat mata tak kasi baring. Takut pengsan. Bella terpaksa buka tudung jap. Tak tahan dah. Darurat. Pejam mata lepas tu, tarik nafas perlahan - lahan. Pandangan mata jadi ok balik. Dah tak kabur. Selepas menyusun nafas. Alhamdullilah. Kami teruskan perjalanan. Sebenarnya tempat ini pit stop untuk tengok Kuala Lumpur.

mendaki bukit saga

Daki dan teruskan mendaki!! Bella disajikan dengan pandangan awesome ini!!. Walaupun tak larat Bella gagahkan juga. Tak sia - sia!! Bella sangat bahagia dapat lihat pemandangan ini. Alhamdulillah, cantik!! Makin bersemangat la Bella nak daki. Rasa macam, "mesti atas ada lagi yang cantik!!."

hiking di kuala lumpur

Akhirnya!!!! nampak la puncak Bukit Saga ni..Yehuuuu!! dengan susah payah. Rupanya kat atas ni ada macam-macam tempat untuk merehatkan badan. Bolehla kami rehat sepuas-puasnya. Fuhhh!! Recharge balik tenaga yang dah habis. Malangnya air minum dah abis masa ni. Nak Jalan jauh lagi.

hutan kuala lumpur

Jumpa la dengan group yang di planning kan. Alhamdullilah. Jadi kami bersua kenal dulu.Sebab sebelum ini kami memang tak pernah jumpa pun. Buat senaman sikit, dan doa selamat.  Ketua kumpulan bagi sedikit nasihat sebagai langkah-langkah keselamatan. Sebab jalan yang bakal dilalui sukar dan sedikit mencabar.

mendaki bukit saga

Sementara tunggu HB, Bella jumpa dan beramah mesra dengan abang - abang kaki hiking ni. Dorang tengah masak. Abang yang pakai baju biru nie naik sama ngan kitaorang tapi laju sungguh dia sampai atas ni. Pastu baju dia tak basah pun macam kitaorang. Power tol.Laju dia sampai. Bila abang yang pakai spek tu kata dari mana? dan semua-semua la. Sampai turn Bella pulalah tanya. Bella minta tips sikit untuk menjadi pendaki yang berhemah. Tipsnya adalah:
  • Mulut kena jaga..jangan la kuarkan kata-kata kesat ataupun kata yang bongkak.
  • Hutan kenalah hormat. Jangan buang sampah merata-rata. Plastik gula-gula pun jangan buang merata. Sila simpan dalam poket dulu.
  • Minum air banyak-banyak. 
  • Panjat bukit yang rendah-rendah dulu dan kena panjat tiap-tiap minggu supaya tak pancit sebelum ke gunung.
Jom kita teruskan misi mencari air terjun.

bukit saga

Sebelum gerak, kena kira dan tengok bilangan ahli supaya tidak ada yang tertinggal. Inilah group kami yang mahu menawan bukit saga!! ramai. 

menerokai bukit saga di ampang KL

Memula-mula jalan mendaki mendatar saja, tapi lama kelama-lamaan semakin mencabar dan menjunam!! lagi mencabar dari pendakian yang memula tadi sebelum sampai ke atas Bukit saga. Nampak tak sebahagiaan kumpulan kami kat bawah tu? Seram. Tak sangka jauh ke dalam hutan dah. Masa ni dua orang ahli dah patah balik. Tak berdaya dah.

menerokai bukit saga di ampang KL

Tengok la tu, betapa menjunamnya untuk menuruni bukit nie. Paling tak tahan tu, tempat yang Bella pijak tu adalah batu besar bukan tanah. Maknanya, kalau kasut tak ok atau haus ia akan jadi licin. Boleh mengelongsor laju. Tatut!!! HB kata ok. Takda apa.Tengok la muka seriau Bella tu. Masa ni dah nak sampai dah kat air terjun tu. Tak sabar!!

menerokai bukit saga di ampang KL

Akhirnya, usaha kami membuahkan hasiil. Rupanya bukan kami saja yang datang kesini untuk menawan Bukit Saga ni, ramai lagi. Kanak-kanak, orang tua, dewasa, cina, india semuala ada. Memang puas hati bila sampai. Tapi serabut la plok. Tambahan kami lapar!!  Ramai yang bawak dapur travel masak maggi. Hmmm sedapppnya. Kitaorang makan kerepek jer. Takpelah. Kita mandi kat air terjun terus lah.

menerokai bukit saga di ampang KL

Taraaaa...happy day! airnya sangat sejuk dan nyaman. Betul - betul nyaman. Cuma kena ambil turn la nak bergambar. Bella tak bawa baju apa pun. Buka kasut je. Pastu mandi. On the way nak panjat balik dah kering. Betapa jauhnya la Bukit Saga ni. 

Bella mandi la sepuas-puasnya sampai jatuh..hahahaha.. batu licin. Hati-hati masa memanjat tu. Kang jatuh malu jer. Macam Bella. Sampai la masanya kita menaiki untuk balik. Dah puas mandi kan? Masa ni lagi la teruk. Semua dah penat. Baru separuh jalan 5 orang dah krem kaki. Semua perempuan ambil kayu jadikan tongkat. Jangan kata perempuan, lelaki pun dua tiga orang kaki meletup. Pernah dengar kaki meletup? HB yang kata kaki dia meletup. Bella pula, masa mula - mula panjat nak pitam bagai. Masa turun balik, ok je. Alhamdullilah. Selamat semuanya walaupun di tengah perjalanan ada tebuan hurung.

menerokai bukit saga di ampang KL

Selamat tinggal Bukit Saga, kenangan yang tak dapat dilupakan.Sangat payah untuk kesini tapi amat berbaloi.Tengah-tengah KL kot jumpa air terjun.x ke havoc??

ok la.. setakat ni dulu Bella share. Nanti jumpa lagi... tadaaaa.....

You Might Also Like

11 ulasan

  1. Salam. Hee sudah lama tidak naik bukit saga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh..maknanya selalu naik la? cukup la sekali kot. huuu... tak larat kot.

      Delete
  2. Pcl dok kat Banting dekat je dgn Bkt Jugra..pon tak penah hiking...memang pancet laa..best kalau ada xtvt sihat macam ni selalu.

    ReplyDelete
  3. Ket mano bukit saga ni bella? Ket ampang ko

    ReplyDelete
  4. Ket no bkt saga ni kt amapang ko bella?

    ReplyDelete
  5. agak agak kalau naik bukit gasa mnggu ni boleh jumpe bella tak? hehe

    ReplyDelete
  6. hai, minta info skit, perlu permission or buat pape report ke b4 naik bukit ni? tq

    ReplyDelete
  7. hai, minta info skit, perlu permission or buat pape report ke b4 naik bukit ni?

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.