Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang

13 December

Assalamualaikum..

Bella nak kongsikan pasal makanan hari ini, iaitu Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang. Sangat popular selepas majalah tiga,TV3, paper dan majalah paparkan pasal makanan ni. Masa dorang makan tu, dorang tunjuk la udang - udang yang besar dan memenuhi pinggan tu.Bella pun jadi teringin namati. Bella pun pujuk la HB "Sayggggg.... tengok pjng sygnya..ahaks.. boleh tak kita pergi makan kat Kuala Sepetang? Mee Udang tu? mcam sedap sangat kan?" HB kata.."ok la nanti balik dari Kedah kita singgah."yeaaaaahhhhh!!!

kuala sepetang, perak,

Buat pertama kalinya Bella excited sangat nak balik Kedah..Yuhuuu.. hahhaha. Bermula la perjalanan kami ke Kuala sepetang. Agak jauh dan sukar perjalanannya. HB hanya ikut signboard ke Kuala Sepetang. Jauh.


Sepanjang perjalanan tu memang jumpa macam - macam jenis mee udang. PaK Uda, Mak Uda, Mak Teh, Mak Dah, boleh dikatakan semua Mak ngan Pak ada kat sini. Mencabar gak la jadinay hendak mencari  Kedai Mee Udang Mak Jah yang sebenar.Kami meneruskan perjalanan hingga kehujung. Barulah jumpa kedai Mak Jah Kuala Sepetang ni.

makanan sedap perak

Akhirnya sampailah kami kesini. Unexpected!! Kedai ni kecik je. Agak kotor dilua. Betul ke ini kedainya? Parking pun susah. Rasanya kedai Mak Teh yang sebelum kedai Mak Jah ni lagi havoc dan besar. Lagi ramai orang. Sebab Bella dah memang nak pergi ke kedai Mak Jah sangat, Jadi tetaplah kami kesini.Walaupun Bella rasa kedai Mak Teh sebelum ni lagi ramai orang.

mee udang sedap

Masuk saja kedalam kedai,  baru nampak ramainya orang. Tak putus-putus orang masuk. Duduk-duduk je terus ada orang ambil pesanan dengan senyuman. Turut juga mencadangkan kepada kami beberapa menu yang patut kami cuba. Kata pun mestilah nak cuba Mee Udang MaK Jah. Tengok gak la sekeliling, rupanya bukan hanya mee udang saja yang dijual tapi boleh dikatakan semua masakkan panas ada.

mee udang kuala sepetang

Tak lama kemudian..taraaaaa!!! sampailah kitaorang punya mee udang. Banyak udangnya.Sampai meenya tengelam. Ke mee nye takda? HB plak sibuk kira berapa udang dia. Kenapa sikit. Padahal sama je. Dia nampak udang dia sikit. Padahal udang dia temggelam kat bawah. Hahahahaa.. Rasanya ok. Rasa udang sangat. Faham tak? Rasa macam hanyir. Macam tu la. Paling penting bukan selera tekak Bella. 

mee udang kuala sepetang

Inilah udang besar tu. Puas juga la makan udang. Rasanya Liat-liat manja gitew. Tapi Bella tidak la nak datang sini lagi. Jauh oooo.. tapi buat sape yang teringin..Mee udang Mak Jah ni..dorang dah buka outlet lain di Wangsa Maju. Ok la. Untung la korang tak perlu lagi ke Kuala Sepetang sebab dekat KL pun dah ada. Ok laaaa....sampai disini dulu la pengkongsiaan Bella. 

Assalam...salam ikhlas.
Bella Idura..

You Might Also Like

1 ulasan

  1. These photos made my mouth water. I could eat that seafood dish every day!

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

MY DIET DAIRY

MY STORY EVERYDAY

MY TRAVEL HISTORY