Tuesday

Review Deagu Inter-Bulgo Hotel

Hai korang, mungkin ada yang tercari - cari hotel disekitar Deagu yang cantik, bersih dan hebat. Inilah tempatnya. Bukan hotel bajet yer. Jadi, bajet korang kenalah lebih sikit untuk menginap disini. Bella menginap disini untuk satu malam sahaja, jadi Bella tidak pasti mengenai facility yang lain. Jom Bella cerita pada korang mengenai Review Deagu Inter-Bulgo Hotel. Menarik sangat. 

five star hotel korea

inter-bulgo

Masuk sahaja kedalam hotel korang akan melihat kecantikkan dan kekemasan hotel ini. Terus rasa tak sabar nak masuk ke bilik. Ini adalah deretan cafe dan restoran dalam hotel ini. Korang tak yah la nak masuk lepak minum plak ya.. tak halal. 

hotel korea terbaik

Teruskan perjalanan ke bahagian receiption dan cashier. Terletak di lorong belakang selepas masuk ke pintu besar. Lift untuk ke bilik hotel pula terletak disebelah kanan selepas pembayaran dibuat la yer. Pekerja disini juga boleh menjawab pertanyaan dalam bahasa inglish. Nice kan?


Duduk menunggu no bilik. Berdebar plak rasa. Hahahaha. Padahal tidak ada apa pun. Bella dapat bilik tidur sesorang. Best la bebas nak buat apa - apa. Padahal masuk bilik mandi terus pengsan. Penat sesangat.


Masuk - masuk bilik saja disambut dengan laci kasut. Comel kan? Bolehlah korang cuba dekorasikan di rumah sendiri. Letak sebagai susun atur dirumah. Ok kan?


Ditepi katil ditempatkan sedikit refreshment kopi, teh dan pemanas air. Ini bilik pertama dan dikira selesa. Tidak la beria - ria besar, tapi amat selesa. 




Tilam cukup empuk dan amat selesa. Terus teringat HB dirumah. Auwww.. TV yang terletak dihujung katil. Bella tak tengok pun TV tu. Bella tidak reti nak pasang. Hahahaa. 


Bersantai sambil mencuba tekan2x TV ini, mana tahu berjaya. Seriously kalau Bella larat menonton cerita korea waktu ini baik Bella tulis Blog. Arrgggghhh mata sangat berat. Penat. Jom kita pergi segarkan badan. Kita mandi.


Ada bathtub k.. Bestnya berendam. Tapi Bella terlalu penat ditambah pula Bella kena susun atur balik baju Bella sebab esok dah kena keluar balik. Trip kali ini memerlukan Bella menukar bilik setiap malam. Jadi, setiap malam juga lah Bella kemas kain baju. Buang masa je kan...


Bagi yang tertinggal sabun, berus gigi, syampu dan towel. Korang tidak perlu risau, sebab hotel ini sediakan segala keperluaan korang tu. Ok kan?? Kuranglah berat nak bawa barang ke Korea. Bella cadangkan korang bawa pencuci muka sajalah.. takut gak kan pakai sebarangan ke muka. Kang tumbuh jerawat jangan salah kan Bella. Hehhee..



Selamat pagi !! Bella dah bangun.. hmm nampak tak, tak sempat pun nak buat apa2x mandi, lepas mandi baring sat ja. Rupanya tertidur terus dah pagi. Rugi saja bilik cecantik tak lompat katak atas katil. Pagi ini hotel Inter-Bulgo menyediakan makanan halal. Seriously terbaik. Malangnya pepagi. Mana nak datang selera makan makanan berat, Terima kasih Hotel Inter-Bulgo atas susah payah anda. Sangat berpuas hati.





Terbaik kan?? Sedap. Dagingnya semua lembut. Cuma pepagi Bella memang tak makan Berat. Bagi melihat seluruh perjalanan Bella di Hotel ini dan korang nak tengok sendiri keadaan hotel ini, silalah klik video dibawah. Cuma mungkin gambar kurang jelas atau bergoyang sebab kiri kanan bawa barang. Ipad besar gabak plak tu. Lepas ini kena Bella kamera kecil la plak. Selamat ber "consider" untuk menginap di DAEGU INTER-BULGO Hotel ini jika sampai di Daegu ok.. tata..



Jika korang berminat dan mahukan lebih maklumat, bolehlah ke Website Daegu Inter-Bulgo Hotel.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari