Bajet
cadangan makan
cari makan
cari makan!!
Gemuk
Kongsi Sikit
Review By Saya Isabella Idura
Selangor
Steamboat Paling Sedap - DKAYANGAN
29 May
Sempena bulan Ramadhan nanti, mesti korang tertanya - tanya kan.. ada tak tempat steamboat yang sedap, murah, dan banyak pilihan makanan?? Bella dah lama mencari tempat makan Steamboat yang memenuhi selera tekak Bella ini. Bella tidak suka steamboat yang penuh dengan perasa saja. Apa kata korang cuba makan steamboat yang paling sedap D'Kayangan Shah Alam. Sedap. Kena dengan tekak.
Inilah restoran D'Kayangan Grill & Barbeque Steamboat. Pendek kata, korang nak makan nasi ke, nak membakar ke, nak merebus ke, atau nak makan pencuci mulut saja. Semuanya ada!! Memang betul-betul bagaikan D'Kayangan.Panjang pula kata, ia adalah berkonsepkan 3 dalam 1. Grill + steamboat + BBQ secara bufet. Sama saja pendek dan panjang kata.Haa.. Terbaik kan.
Ini adalah ruangan makannya. Agak luas. Korang boleh pilih, sama ada korang nak lepak dibahagin luar, atau dalam kedai. Bella hari itu memilih untuk lepak didalam kedai. Selesa sebelum membakar. Bila korang sedang membakar dan mengrill tu, keadaannya akan menjadi berbahang dan sedikit panas. Jadi, Bella sarankan korang datang kesini dengan berbaju nipis tapi pastikan tetap menutup aurat bagi perempuan dan selesa. Biasa lah yer.. mana-mana steamboat pun memang panas. Hendak makan sedap, kenalah berkorban sikit. Kan...
Punyalah banyakkkkk... bahan-bahan untuk membakar dan merebus. Bella yang kuat makan ini, berpinar biji mata. Macam membeli belah pula perasaan tu. Terlalu banyak untuk dipilih. Segar pula tu. Pilihan yang ada seperti udang besar, ketam, kupang, kepah, kerang, sotong, isi ikan, bamboo lala dan banyak lagi. Bebola pun ada. Bebola sotong, ayam, ikan. Bebola bentuk comel. Bebola warna kuning, merah, pink pun ada. Korang tinggal pilih ikut kesukaan korang. Ambil yang korang hendak makan saja tau. Jangan membazir. Bukan nak mengajar hanya mengingati.
Korang rasa macam, alamak.. mana kenyang makan bebola jer.. Korang jangan risau. Nasi Berani gam, Gulai kawah Daging Cincang, Gulai kawah ayam, Ikan patin masak tempoyak, kwae teow dan mee pun ada. Sila makan. Sejujurnya Bella tidak sempat sentuh pun makanan berat di bahagian ini. Bella memang hantu steamboat. Jadi Bella ralat hirup sup steamboat sampai tak sedar banyak lagi makanan belum Bella rasa. HB saja sempat rasa. Dia kata sedap. Semua sedap.
Ini adalah menu paling istimewa disini. Kambing bakar!! Pertama kali Bella tengok di kedai steamboat ada kambing bakar. Selalunya dihotel - hotel sahaja. Waaa.. seronoknya. Adehh.. macam budak-budak pula. Kambing bakar korang boleh makan dengan pelbagai sos yang disediakan. Ini makan dengan nasi pun sedap!!
Korang nampak tidak semua peralatan yang disediakan seperti dapur, periuk, tempat membakar, dapur arang, semuanya sangat bersih. Tidak kelihatan sedikit arang pun terlekat. Lantai pun bersih. Harap kebersihan ini dapat dikekalkan sepanjang bulan ramadhan.Sebenarnya, kita akan diberi pilihan sama ada mahu mencuba sup ayam atau tomyam sebagai kuah rebusan. Bella hari itu mencuba sup tomyam. Mula - mula Bella hirup rasa macam tawar. Tiada rasa. Tapi, Bila kita masukkan bahan utama macam ayam ke, sotong ke, sayur ke, barulah sup tom yam itu merasa sangat enak. Enak sangat.
Beginilah cara memasaknya. Bagi menjimatkan masa, Korang bolehlah menbakar apa yang korang suka sekaligus. Tapi, jangan lupa pula untuk tengok dan terbalik kan apa yang korang masak tu, bagi ia masak sekata. Bella tidak hirau sangat bahan-bahan yang dibakar tu, Bella lebih menunggu sup tomyam tu untuk dihirup. Kalau korang suka tomyam ayam, korang masukkanlah ayam dulu. Macam Bella, kami masukkan kesemua makanan laut terlebih dahulu. Memang sedap. Bella suka.
Pembakar comel ini pula sesuai untuk meletakkan makanan ala-ala satay yang berlidi la. Banyak pilihan juga. Ada ayam skewer berempah, Ayam skewer kunyit, Ayam skewer cilantro, Daging skewer hitam manis, Sotong skewer pedas cilantro, Sotong skewer berempah, Ikan dory skewer berempah, Udang skewer cilantro pepper, kambing skewer hitam manis, otak - otak dan pari assam nyonya. Semuanya sedap. Bella paling suka dengan kambing skewer hitam manis.
Ini sup tulang. Korang bolehlah makan bersama dengan nasi atau makan begitu saja. Bella padahal nak rasa sangat sup tulang ni. Tapi HB tak ambilkan. Bella pun lupa nak rasa. Adeh. Nampak tak belakang Bella tu? Kuali tu. Dalam itulah ada ikan patin masak tempoyak, Gulai kawah ayam dan Gulai kawah daging cincang. Banyak kan makannan D'Kayangan ini?
Sos pun ada berbagai jenis. Sos ini semua, korang boleh pilih untuk makan bersama daging, ataupun sup steamboat. Paling istimewa, sos ini dibuat sendiri oleh Chef Shahnizam seperti Sos cili pedas, Sos cili thai, Sos manis, Sos bawang putih, Sos lada hitam, Sos Yong Tau Foo dan macam - macam lagi.
Ayam goreng berempah pun ada. Ada juga tempat makan "open air" yang Bella rasa mungkin lebih nyaman dan selesa jika makan diluar. Cuma, risiko jika hujan. Mempunyai ruang yang santai, restoran ini boleh menampung sehingga 500 orang dalam satu masa.
Keistimewaan lainnya, pencuci mulut juga banyak disajikan seperti 'Breads & Butter puding with vanila souce", Beraneka kek, Krim puff mini, "Round cake cut", Brownies coklat, agar - agar dan juga aneka buah - buahan. Pelbagai jenis aiskrim,ABC dan juga minuman panas dan sejuk. Paling terbaik aiskrim kisar. Lain dari yang lain dan hanya terdapat di D'Kayangan Grill, Barbeque & Steamboat. Bila makan aiskrim tu, korang tak leh move on nak makan benda lain atau stop. Sedap sesangat.
Nanti bila buka puasa, kan waktu maghrib singkat. Korang jangan risau. Kemudahan surau turut disediakan. Alhamdullilah...
Sila jangan membazir yer.. Banyak sangat makanan kan? Dengan kesemua menu yang terdapat diatas, Korang hanya perlu membayar serendah Rm49.90 plus GST bagi dewasa dan RM24.00 plus GST bagi kanak - kanak. Maknanya harga tidak termasuk sekali GST. Kanak - kanak berusia 5 hingga 11 tahun ya. Bagi mendapat maklumat lebih lanjut. Korang bolehlah klik link dibawah:
FaceBook : Steamboat BBQ Buffet Dkayangan
Instagram : #dkayangansteamboat
Alamat :No 1, Apartment servis Sri Acapella, Jalan lompat Tinggi 13/33,Seksyen 13,Shah Alam.
Tel No : 012 2971091 / 017 5076274 / 03 55234979
Dengan maklumat diatas, Bolehlah korang pergi serbu D'Kayangan yer. Bella cadangkan korang telefon dulu untuk menempah.
Salam Ramadhan.
1 ulasan
memang puas makn steamboat kat sini.. nyum nyumm
ReplyDeleteTerima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.