Saturday

Buffet Ramadhan Paling sedap di Kuala Lumpur - HOTEL SERI PACIFIC

Holla korang... assalamualaikum. Bella nak kongsikan dengan korang tempat makan terbaik dengan korang ini. Buffet Ramadhan paling sedap di Kuala Lumpur - Hotel Pacific. Walaupun Belum ramadhan lagi, tapi Bella nak cadangkan juga beberapa tempat menarik untuk berbuka puasa. Bolehlah korang susun jadual korang nak makan dimana, hari ini di mana, kan.. Rasalah semua. Selalunya tempat korang berkerja ataupun kawan - kawan pasti nak buat perjumpaan dan sekaligus majlis berbuka puasa kan? Jadi, silalah pertimbangkan untuk memilih Seri Pacific Hotel sebagai pilihan tempat berbuka korang. Pasti puas hati.

buffet, makanan sedap, hotel,

Sebenarnya banyak sangat - sangat pilihan sajian makanan yang korang mahukan disini. Makanan barat, makanan utara, makanan melayu asli, makanan segera.. macam - macam la. Tapi Bella nak kongsikan juadah berbuka puasa yang lebih kepada menekankan makanan masyarakat melayu kita. Makanan dan resepi - resepi kampung macam tu. Siapa makan tak bertambah kalau dapat menu macam ini memang pelik la. Namanya melayu. Pasti, Bella pasti akan suka menu sebegini.

makanan sedap, makanan terbaik,

Menggunakan tema Sajian Nostalgia yang menekankan menu masakan melayu, pasti akan membuatkan korang tak sabar nak menjamah setiap menu. Sajian Nostalgia yang membawa maksud mengembalikan nostalgia zaman kanak - kanak kita (kebanyakkannya Bella rasa) dimana masakkan banyak dimasak ibu atau nenek kita yang berasaskan resepi turun menurun masyarakat melayu

ulam, budu, cencalok,

Ulam - ulaman yang pasti terangkat jika dimakan bersama budu, sambal belacan, cencalok, tempoyak cili, sambal mangga dan sambal gesek. Siapa tak pernah cuba penambah selera ini, boleh lah kesini untuk mencuba. Buat mereka yang diet juga, bolehlah berbuka dengan melebihkan makanan seperti kerabu dan ulam - ulam kampung ini.


Menggunakan konsep gerai, korang bolehlah memilih gerai mana yang korang suka. Paling 'best' chef ini akan masak depan korang. Haa baru puas hati kan? Dapat tengok cara dorang masak. Bersih ke tidak. Guna kuali apa. Kan..  Ini gerai masakan kampung. Digerai ini ada nasi putih, asam pedas ekor lembu, udang masak petai, masak lemak siput buluh, gulai ikan patin masak tempoyak dan sayur kubis masak lemak. Perggghh dengar menu pun dah meleleh air liur. 

siput buluh paling sedap

Masak lemak siput buluh salah satu menu yang terdapat di gerai masakan melayu. Bella nak "closed up" satu - satu pun Bella tak rasa semua. Masak lemak siput buluh ini, menarik - narik Bella untuk rasa. Selalunya masak lemak dengan ayam atau ikan saja. Ini dengan siput buluh? hmm harus dicuba. Rasanya kenyal sikit. Bella yang pertama kali makan ni, rasa macam sesuatu rasa yang hilang sebab selalunya makan dengan ayam. Ini bila makan dengan siput buluh ni, rasa lain. Rasa unik.

udang, masak petai, udang masak petai. 
Mana boleh tinggal, Udang masak petai ini. Aduh!! sedap sekali. Bella suka sangat dengan udang ini. Sedap !! Rasa sedikit pedas dan secukup rasa. Bella suka sebab pedas. Lain2x Bella ambil sambal belacan dan kerabu jantung pisang. Pertama kali makan kerabu jantung pisang disini. Rasanya sedikit pahit. Bagi menu masakkan melayu, ada juga Bubur Lambuk, Lemang dan Ketupat, Serunding Daging Ayam dan Rendang Ayam. Waaaah... baru buka puasa. Belum raya lagi, dah dapat makan rendang. Untung sangat.

nasi ayam, resepi nasi ayam, makanan berbuka puasa

Nasi ayam. Memang Bella akan rasa. Sebab nasi ayam kalau kena caranya memang sedap. Ternyata puas hati. Siap berebut dengan HB. Bella suruh dia rasa jer. Dia pergi pelahap sampai abis. Adeh!! Takpe. Nanti bulan puasa kita pergi berbuka disini. Selain Nasi Ayam, ada juga Nasi Kandar dan Nasi Briyani Gam. Tak mampu nak rasa semua. Korang sila pergi rasa yerr.

gearbox terangkat, gearbox terbaik

Sup tulang gearbox yang mengancam ini memang wajib cuba. Sedap!! Korang nampak kan, Sup gearbox ini memang sebesar alam.Semua takut nak ambil sebab besar dan takut tak abis.Siapa yang sebelum ni, tak pernah makan dan cuba sup gearbox ni? Sebenarnya sup gearbox ini apa yang kita nak sedut adalah isi sum sum dalam tulang tu. Perrgghhh !!! sedap rupanya!! Lepas ni, kalau Bella pergi lagi memang Bella akan rebut Sup Gearbox ni. Pedulik orang cakap Bella makan banyak ke apa. Janji Bella dapat tulang gearbox ni satu.

kambing golek, kambing buffet

Ini juga adalah makanan yang paling popular jika dimana mana buffet atau majlis. Mesti semua orang akan tercari - cari. Bukan yang depan tu tau. Yang belakang Bella tu. Sebab warna hendak dekat sama kan, takut korang keliru. Hehehehe. Ajak kambing bakar ni selfie tadi, tak cantik pula sebab dia telah dinodai. Jadi tangkap jauh sikit sebab sebelah badan lagi masih nampak sangat menyelerakan.

kambing buffet sedap,

Takkan tengok saja kot. Haruslah Bella ambil rasa. Dihidangkan bersama dua jenis sos iaitu sos lada hitam dan sos cendawan. Bella jatuh cinta dengan sos berperisa cendawan tu. Sekali ngappp!! masuk mulut, memang mencaiqkan aiq liuq (bak kata org utara) sedapnya. Daging kambing tu sendiri sangat lembut. HB pun kata sedaqnya!! (terus tersasul sebab cakap sambil mengunyah) Tak cukup satu pinggan. Memang bertambah makan daging kambing bakar ni.

pulut durian, durian, serawa durian,

Teka ini apa?? Bella rasa dah cukup Bella makan. Semua orang dah "stop" makan, tapi Bella tak berhenti - henti makan sebab nak rasa semua makanan. Bukan senang nak cerita kat korang ni. Pengorbanan sangat tau. Jadi, apa yang Bella rasa, Bella cerita. Apa yang Bella tidak rasa Bella tidak akan ceritakan disini. Macam mana Bella nak terangkan kesedapan makanan tu kan? Jadi, ini adalah pencuci mulut Bella selain daripada buah - buahan. Pulut Durian. Asyikkkk !!  Dalam bekas comel tu, adalah pulut dimakan bersama dengan serawa durian.


Perrgggghh masuk je mulut durian ni, Bella siap pejam mata!! menghayati rasa durian tu. Sambil makan tu, mulut tak abis - abis bagitahu kat semua orang sedap walaupun dorang pun dah makan. Bella sambil makan tu, cakap dengan Razzwey, "Razi, sedapnya pulut durian ni". Yanieyusuf, "Yani,Sedap betullah pulut durian ni". Boleh cari dorang kat IG.Korang faham tak betapa sedapnya pulut durian ni. Faham kan? Selain daripada pencuci mulut serawa durian ini, ada juga Bubur Cha Cha, Pengat Ubi, Bubur Kacang Hijau dengan Durian, Pulut Hitam, Pengat Pisang dan Bubur Jagung.

Buahan tempatan, pencuci mulut

Yakin Bella dah tidak mahu makan apa - apa lagi, kita cuci dengan buah - buahan lah yer. Manis sungguh. Segar bugar. Terasa kesegaran buah tu. Perpect !!! Buah buahan juga dari berbagai jenis. Ada Nangka, Rambutan, Jambu Air, Langsat, Salak, Duku, Buah Naga, Tembikai dan banyak lagi.

jenis - jenis air, air sedap

Alamak lupa pula nak cerita kat korang. Air sedap disini. Mesti korang tertanya2x. Tak tercekik ke Bella ni makan banyak! macam bawa saka. Air takdak!! Ada.. berbagai jenis lagi. Bulan puasa nanti air lah semua orang cari dulu kan? Air pink tu. Dah la pink. Comel. Warna menarik. Pink jangan disangka air sirap bandung. Air kelapa. Sedappp!! memang sedap. Air tu je Bella duduk hadap dari mula sampai. Dengan air teh tarik. Air panas kegemaran sepanjang masa.Turut disediakan ABC, Lai Chee Kang, Nescafe Tarik, Sirap Selasih, Air Kiwi, Kurma dan Laici.


Inilah chef - chef comel yang bertangungjawab menyediakan makanan yang lazat dan enak - enak ni. Apa??? Semua lelaki?? Adeh... perempuan datang makan saja. Hahhaa. Pandai sangat chef masak yer... Rasa nak lagi dan lagi dan lagi. 



Sebenanrnya banyak sangat makanan yang ada di Sajian Nostalgia ni. Sehingga makanan sesimple Maggi Goreng pun ada.Kalau Bella tempek semua gambar makanan kat sini memang berjela-jela. Jadi, Korang kenalah datang sendiri untuk merasa keenakkan Buffet Berbuka puasa di Hotel Seri Pacific ini. Terdapat dua tempat didalam Hotel Seri Pacific ini yang menyediakan Buffet Berbuka Puasa. 

Sajian Nostalgia ini di hidangkan di Pacific Ballroom, Level 2.Bermula 6 Jun  - 5 Julai 2016. Harga bermula dari rm98.00 seorang dan bagi kanak - kanak Rm49.00 seorang.

Zende Restaurant, Lobby Level. Bermula dari 8 Jun - 4 July 2016.Harga bermula dari Rm128 seorang bagi dewasa dan Rm64.00 bagi kanak - kanak.




Hotel Seri Pacific ini bukan saja menyediakan juadah berbuka puasa yang enak. Tetapi, turut menyediakan tempat berbuka puasa 5Star yang selesa berserta kemudahan seperti surau yang terletak di tingkat 6. Seronok sangat kami dapat makan disini. Korang nak datang kesini menggunakan pengangkutan awam pun boleh, dengan menggunakan LRT atau Komuter.Korang boleh solat terawikh di Masjid PWTC yang amat berhampiran dengan hotel. Mudah kan? Jadi, Bella sarankan korang buat tempahan awal, kerana tempat ini selalu penuh!! yer.. penuh. Sini Bella bagi maklumat untuk menempah awal. 

Tel No : 03 - 40494351 / 4352
Email : fbresv@seripacific.com
Website : http://www.seripacifichotel.com

Cepat korang buat tempahan sempena Bulan Ramadhan ini. Selamat menyambut Bulan Ramadhan. :)  

6 comments:

  1. Sedap dgg kambing hr tu.. lmbut sgt

    ReplyDelete
  2. sedap-sedapny makanan kat situ.....

    ReplyDelete
  3. Banyakkkknyer menu nak try gak

    ReplyDelete
  4. Terbaek makanan kat situ .. Kambing bakar mmg nombor 1 la haha

    ReplyDelete
  5. Ada beza ke variasi makanan kat ballroon dgn restoran tu coz harga dia lain2?

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari