AKU BUKAN SEKADAR MENULIS

Monday

GARAGE 51 - Cafe Terbaik Dengan MINUMAN MEWAH

Hai korang.. panas kan arini? Mesti korang sedang tercari - cari kat mana untuk menghilangkan dahaga korang tu kan? Bella ada tempat yang awesome !! untuk korang cuba. GARAGE 51 CAFE TERBAIK dengan MINUMAN MEWAH.

MINUMAN ENAK, TEMPAT MINUM SEDAP

Haaa.. sinilah tempat nya !! Rare sangat. Hipster la katakan. Tempatnya terletak di celah -celah lorong sikit. Korang kalau guna waze mesti jumpa la tempat ni. Meh..Bella share tempatnya yer..

51, Jalan PJS 11/9, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Tempatnya berdekatan dengan kolej. Depan Cafe ni je kolej tu. Apa lagi jom Bella bawa korang masuk. Duduk luar lelama pun panas. Jom2x..

garage 51, air sedap, minuman sedap,makanan sedap
 
Masuk - masuk waaa.. penuhnya Cafe ni. Paling tak tahan makanan yang terhidang atas meja dorang semua sesedap. Bella je jeling je tak tahan nak order. Cafe ini boleh dikatakan full house sentiasa. Hari minggu penuh bermula dari 1.30 sehingga 3.00 setiap hari. Jika hari biasa pula, penuh kerana dorang ada menyediakan set makan tengah hari yang berharga rm10.00 sahaja. Tapi setiap hari bermula jam 6.00 ptg memang penuh. Jadi jangan la marah kalau air lambat sampai yer.. hehhee.

minuman sedap, makanan sedap, garage 51

Cafe ini dihiasi terlalu unik dan hipster. Setiap ruang dititik berat kan terutama hiasan dalamannya. Bella sempat la baca asal usul cafe dan air ini. Sebenarnya pemilik cafe ini mendapat ilham semasa sedang minum di Australia dan membawa idea tu ke Malaysia. Tengokk !! korang dah jimat. Tak yah pergi Australia, minum je di GARAGE 51 ni.


Jom - jom masuk.. Bella masuk je semua orang kata "hello" "welcome" "hai" macam artis plak rasanya. Hehehe..  Bella tengok tengok juga la cafe ni. Bersih. Wangi dengan bau makanan. Pergghh tak sabar nak order.


Bella pilih tempat duduk bahagian bawah. Bahagian atas sedikit sempat. Kalau korang plan nak buat besday party ke boleh la kat bahagian atas tu. Bercinta ke. Bella nak makan jadi asalkan dapat tempat duduk itu pun dah syukur sesangat. 

garage 51, cafe, sedap

Bella yang nak cerita kat korang ni pun telan air liur banyak kali. Sedappp !!! Seriously Sedapp !! Ini adalah diantara air yang tersenarai di dalam air yang korang mesti cuba. MOCHATELLA Rm16.00. Air ini adalah gabungan Kopi yang telah dibekukan menjadi kiub ais, dilapiskan dengan Nutella dan korang silalah curahkan dengan susu. Jadilah segelas air MOCHATELLA. Tak puas minum segelas. Sedapnya !!


makanan sedap, resepi air sedap

Ni pula Garage Latte With Vanilla Ice Cream. Korang tengok je mcam biasa kan? Tapi, berebut - rebut !! semua nak menyedut. Dalamnya ada ice cream tersembunyi. Bijak betul yang mencipta air ini. Selalunya Air bergas yang dicampur dengan aiskrim vanila kan? Tapi di Garage 51 ini, digantikan dengan base Latte. Terbaik!!


air sedap, minuman sedap,

Taraaaa... inilah air yang di tunggu - tunggu. THE SON. Air yang unik, sedap dan mewah dengan bahan - bahan enak ini dinamakan The Son. Harganya Rm18.90. Air ini adalah gabungan Nutella dan Hazelnut. Terasa - rasa plak kat tekak. 

resepi teh tarik, garage 51

Ini adalah yang terbaik dan terbaru disini. The Pakcik !! Base nya Teh Tarik !! waaa... dorang kata, penjualan air ini memang menggila. Laku abis !! Bella tak hairan pun sebab sedap !! Minuman yang hari - hari kita minum dijadikan base kepada air yang sedap ini. Harganya sama saja. Rm18.90. HB Bella suka sangat sebab ada biskut kering tu. Dia buat celup dalam air teh tarik tu. Kena dengan tekak katanya. Tak abis - abis puji kata sedap. Jadi Memang tak rugi kalau korang order. Sedap wei !!.

garage 51, makanan sedap, breakfast sedap

Tak kan la nak minum saja kan? Haruslah makan. Tapi kat sini takdalah nasi campur. Bella order ini namanya Sourdough w Zucchi Fritters, Poached Egg, Beef Salami, Cream Cheese, Roasted Cherry Tomato And Enokitake Mushroom. Harga Rm16.00. Korang tengok la potion nya. Sesuai bagi yang diet.


Ini pula Awesome Garage Breakfast. Dalamnya ada Poached Egg, Beef Salami, Jumbo Sausage, Zucchini Fritters, Enokitake Mushroom & Sourdough with Fresh Strawberries and Peanut Butter Spread. Harga Rm26.00. Bella terpikat dengan sausage nya. Sedap. Dalamnya ada cheese.


Ini pula Pancake. Garage Pancake. Sedap. Berebut - rebut masa makan. Jawapannya memang tak cukup la. Korang pun boleh cuba. Pancake ni. Lembut sangat.



Perut Bella dah kenyang sangat dah sebenarnya. Tapi sebab tengok kek kat sini menawan sangat !! tak tahan. Jadi Bella pun ambik kek coklat dan kawan - kawan yang cuba yang berlainan rasa. Jadi boleh lah rasa semua sekali. Kek ini bukan dibuat dikilang tau. Tapi, 100% home made. Kalau rasa - rasa air tu tak cukup boleh la korang order kek pula. Korang rasa gambar yang Bella kongsikan ini tak cukup? Apalagi jom follow :-

Cafe Garage 51

Alamat: 51, Jalan PJS 11/9, Bandar Sunway, 
            47500 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.

No Telefon: 03-5612 5618

Waktu Operasi: 11 pagi sehingga 11 malam

Email: hello.garage51my@gmail.com


Korang Sila Check It Out New Menu at Garage 51. Just Click Link Below ya:-

Resepi Air Bandung Dari Garage 51 


6 comments:

  1. urmmmmm memang menggoda tapi nanti la kena kontrol dulu skrg ni huuhuu...atau pun kalau pi kena kongsi2 la kan huhuu...

    ReplyDelete
  2. Temptingggg tengok menunyaaaa... Aishh terliur tengok air kat sini.. Boleh cuba try test nanti

    ReplyDelete
  3. pehh..

    nampak menyelerakan sungguh nih. nyumm!

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.