RAIL CANTEEN Makanan WARISAN KLUANG Terbaik

Masih terfikir - fikir makan mana ini. Tengah sibuk mencari tu, Bella ternampak satu RESTORAN yang sangat cantik dan bersih. Namanya RAIL ...

Masih terfikir - fikir makan mana ini. Tengah sibuk mencari tu, Bella ternampak satu RESTORAN yang sangat cantik dan bersih. Namanya RAIL CANTEEN. Kelihatan seperti sebuah restoran yang unik kerana hiasan dalamannya seakan - akan di dalam kereta api.Ini adalah restoran warisan Kluang. KLUANG HERITAGE. Bella Pernah dengar yang  RAIL CANTEEN MAKANAN WARISAN KLUANG TERBAIK.. Tidak perlu fikir panjang, Bella terus singgah untuk makan..

      restoran terbaik di kota damansara

Cantik kan?? Langsung tidak mengecewakan. Pemilik dan pekerjanya sangat mesra dan say "Hai" "Hello" "Welcome"  terasa dihargaikan? Bella pun masuk dan duduk di bahagiaan dalam. Hiasan dalaman nya yang agak old school dan sedikit modern buat kita rasa tenang. Terbaik, ada kemudahan WIFI lagi. 

    sarapan sedap di selangor

Sementara menunggu pelayan datang ambik order, sajalah Bella jalan - jalan tengok restaurant ni. Ada ruangan diatas. Ruangan ini bolehlah kalau korang nak buat majlis perpisahan ke, perjumpaan persatuaan ke, perjumpaan MLM ke, apa - apa sajalah yang melibatkan kumpulan dan perbincangan, korang bolehlah naik ke ruangan atas. Agak "privacy" di ruangan atas ini. Sambil korang berbincang boleh makan makanan terbaik Kluang lagi. Terbaik kan??

      
resepi air cendol, cendol sedap, kopi cendol

Bagi pengunjung yang baru pertama kali ke sini mesti korang terpinga - pinga dan tertanya - tanya kan? Nak makan apa ni? Nak minum apa ni? Nak order apa ni? Jom Bella cadangkan kat korang semua apa yang terbaik Bella dah makan disini. Sekurang - kurangnya korang ada idea nak makan apa disini. Ini air yang hanya terdapat di Rail Canteen dan paling popular. Air ini hanya ada di Rail Canteen. Kopi Cendol. Kelihatan banyak layer kan? Layer yang pertama adalah Kopi asli dari Rail Canteen, layer kedua adalah santan dan cendol, layer terakhir pula adalah gula merah. Bila gaul2x terasalah kelainannya.Rasa yang unik dan sedap.

       

Bella hantu kopi. Jadi kalau kopi dan tak berapa nak rasa kopi ni, Bella rasa macam nak pesan air kopi lain la kan.Jadi Bella order plak Kopi Ais Rail Canteen ni. Bila Bella sedut, Perrghhhh!!! sedapnya. Rasa kopi sebenar. Tidak pahit sangat dan terasa - rasa kesegaran kopi.Diadunkan pula dengan susu, memang sedang- sedang elok dan enak.Memang sedap wei!! Pengemar kopi?? Harus cuba yang ini.kalau datang sini lagi Bella pasti akan pesan Kopi ais ni atau Kopi O.

       

Tertanya - tanya juga kan.. Apa asas kopi ais ni?? Bella memang macam tu, kalau dah sedap mesti tertanya - tanya apa rahsia kesedapan minuman atau makanan itu. Sebab kalau Bella tau, boleh la Bella buat kat rumah. Restoran ni dekat Kota damansara. Jenuh la nak ulang alik dari Rawang kan.Pemiliknya sendiri yang bagitahu rahsia kopi ini ada pada KOPI yang diproses sendiri menggunakan 100% biji kopi sebenar dan dibakar secaraca tradisional menggunakan gula dan mentega.

Diberi nama KLUANG RAILCOFFEE. Memang kena angkat sepeket la jawabnya. Boleh bancuh sendiri kat rumah. Korang bolehlah beli di RAIL CANTEEN. Mesti suami makin cinta. Ewaaah.. Minum tanpa was - was ya.. memang HALAL. Lagi satu,ada yang yang cadangkan korang minum juga 3 LAYER COFFEE ICE CREAM. Korang kena gunakan sudu yang panjang, lepas tu korek dari bawah ke atas dan nikmatilah gabungan ketiga - tiga rasa tu. Bella next visit la cuba. Tak larat la nak minum semua.


       restaurant sedap, rail canteen, roti sedap

Roti disini juga sangat popular. Mungkin korang kata, eh tak pernah dengar pun. Memang la, sebab Rail Canteen ni masih baru disini. Tapi di Kluang, dorang dan mula beroperasi dari tahun 1938. Bella pun x lahir lagi. Korang pergi Kluang tak singgah Rail Canteen macam korang tak sampai Kluang lagi la citenya. Tempat makan ini paling famous di Kluang terutama untuk sarapan. Sebenarnya banyak lagi jenis roti disini. Ramai sangat yang cakap BUN SAMBAL SPECIAL (Rm4.50) adalah roti paling sedap disini. Tapi, bagi Bella BUN BAKAR (Rm3.50) adalah roti terbaik. Perfect!!! Sebab dalam BUN SAMBAL SPECIAL ada telur Bella tak suka telur rebus.


        rail canteen, nasi lemak sedap

Selain daripada roti, Nasi lemak lah yang membuatkan RAIL CANTEEN ini begitu popular.Di KLUANG nasi lemaknya masih berbalut daun pisang.Tapi disini, dihidangkan dalam pinggan. Sambalnya memang mengancam habis. Bella siap minta sambal tambah lagi. Dalam setiap pinggan nasi lemak akan dihidangkan bersama - sama timun, telur rebus,ikan bilis, kacang dan sambal (Rm6.50). Korang boleh je minta tambahan sambal sebab sambalnya sedap sangat.Pasti tak cukup. Korang boleh saja tambah sambal ikan bilis, kerang, bawang dan sotong. Setiap tambahan sambal akan dikenakan (Rm2.50). Ayam berempah nya memang ranggup habis. Nasi Lemak Ayam ni, korang boleh tukar dengan Ayam Berempah, Goreng, Rendang atau Masak Merah. Harga sama Rm12.50. Kambing Rendang pun ada Rm14.50.  


       MAKANAN SEDAP

Korang rasa Nasi Lemak tu berat? Diet la konon kan? Jangan risau. Ada Bihun Goreng Siam. Menggunakan sambal yang sama.Korang makan Bihun Goreng Siam pun,korang tetap boleh rasa dan menghayati kesedapan sambal disini. Bella suka bihun ni.Lembut dan cukup rasa. Harganya Rm6.50. Korang nak tambah sambal ke Ayam ke, harga sama seperti diatas. ok? Bihun Goreng Siam ini, Bella tambah dengan RENDANG KAMBING (Rm14.90). Sedap!! peminat daging kambing korang pasti teruja nak makan. Cubalah.


      CHICKEN CHOP TERBAIK, RAIL CANTEEN

Chicken Chop disini buat Bella rasa nak datang sini lagi. Member dah siap potong kecil - kecil apa lagi Bella curi la sepotong. Hoi!! sedap giler!!! Kuahnya dan ayam tanpa tulang yang digoreng ini memang sangat sempurna. Sedap. Bella tidak pernah ketagih la nak makan CHICKEN CHOP sebab selalunya ayam tu sangat berminyak dan dalam nya ada merah macam tak masak. Tapi CHICKEN CHOP RAIL CANTEEN ternyata buat Bella meleleh air liur nak makan lagi.Bella cadangkan korang jangan curah kuahnya keatas ayam, korang celup masa nak makan. Cara macam ini akan buat keranggupan ayam tu kekal. Tu yang lazat tu. Harga Rm16.90.



RAIL CANTEEN, kambing sedap

SPAGETTI RENDANG KAMBING Rm15.90. Ini menu baru di Rail Canteen. Banyak menu baru yang diperkenalkan oleh RAIL CANTEEN. Jadi, banyak la pilihan korang bila nak makan disini. SPAGETTI RENDANG KAMBING ini menggunakan sos dan bahan asas daripada isi daging kambing yang selalunya dibuat menggunakan ayam dan isi daging lembu.  Bukan Bella cakap kosong. Selalunya, Bella tak boleh nak makan kambing sebab hanyir. Tapi, Spagetti ini langsung tak rasa hanyir. Terasa rempah ratus yang enak saja. Memang ciptaan resepi yang tidak mengecewakan. Bagi pengemar Kambing selain rendang kambing disini, Spagetti ini memang patut dipesan.


     

Ini juga menu terbaru. GRILLED CHICKEN WITH GARLIC FRIED RICE. Penghasilan resepi - resepi terbaru ini adalah untuk menunjukkan Rail Canteen bukan saja menghidangkan menu tempatan tetapi juga menu barat. Maknanya banyak la pilihan korang jika makan disini. Menu ini boleh didapati dalam RAIL DINNER SET. 

      
 
Selain daripada nasi, korang juga boleh mengantikannya dengan Spagetti. Ini pula GRILLED CAJUN DORY WITH SPAGHETTI. Korang boleh saja menikmati makan malam korang dengan Grilled Cajun Dory ataupun Grilled Chicken with Spaghetti ataupun menukarkan Spaghetti dengan Garlic Fried Rice. Kalau korang pengemar ikan, silalah pilih Grilled Cajun Dory. Bella lebih sukakan Grilled Chicken sangat sedap. Rasa nak bertambah - tambah saja nasi tu. Mesti korang nak tahu sangat tempat ini kat mana kan? Catat tau.
 
Address: Unit D-GF-02, Sunway Nexis Jalan PJU 5/1A,
Petaling Jaya, Selangor
Contact: 03-61501802
Operating Hours: 0800 – 2200 daily
Sila LIKE >>> FACEBOOK RAIL CANTEEN <<<
Sila FOLLOW >>> INSTAGRAM RAIL CANTEEN <<<
- See more at: http://hazmanfadzil.com/2015/06/19/jom-cuba-hidangan-istimewa-berbuka-puasa-di-rail-canteen-sunway-nexis/#sthash.tqBLZc8A.dpuf
Alamat:
Rail Canteen
Unit D-GF-02, Sunway Nexis
Jalan PJU 5/1A, Petaling Jaya, Selangor
Telefon: 
012-395 3800

Follow / Like
Facebook:
Instagram:
Operating Hours: 
0800 – 2200 daily
Address: Unit D-GF-02, Sunway Nexis Jalan PJU 5/1A,
Petaling Jaya, Selangor
Contact: 03-61501802
Operating Hours: 0800 – 2200 daily
Sila LIKE >>> FACEBOOK RAIL CANTEEN <<<
Sila FOLLOW >>> INSTAGRAM RAIL CANTEEN <<<
- See more at: http://hazmanfadzil.com/2015/06/19/jom-cuba-hidangan-istimewa-berbuka-puasa-di-rail-canteen-sunway-nexis/#sthash.tqBLZc8A.dpuf
Address: Unit D-GF-02, Sunway Nexis Jalan PJU 5/1A,
Petaling Jaya, Selangor
Contact: 03-61501802
Operating Hours: 0800 – 2200 daily
Sila LIKE >>> FACEBOOK RAIL CANTEEN <<<
Sila FOLLOW >>> INSTAGRAM RAIL CANTEEN <<<
- See more at: http://hazmanfadzil.com/2015/06/19/jom-cuba-hidangan-istimewa-berbuka-puasa-di-rail-canteen-sunway-nexis/#sthash.tqBLZc8A.dpuf
    

You Might Also Like

30 ulasan

  1. Replies
    1. Yerrr.. memang sedap. Tempat mkn mmg selesa. Memng akan kesini lagi. Terbaik.

      Delete
  2. Pernah layan The Rail Kluang apa entah kat area Gombak tu.. Tak tahu la sama ke tak.. Apapun mengancammm menunyaaa perghhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rail Kluang??? ke Kluang station? ada x menu kopi cendol? cuba la datang sini plak k.

      Delete
  3. Sedapnyaaaaaa, teringin nak gi sana....

    ReplyDelete
  4. Menu semua menarik,teringin nak rasa kopi cendol..nampak sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah.. banyk menu baru dan sedap. Pergi lah.. mesti puas hati.

      Delete
    2. Menarik dan sedap. Tak yah teringin sangat pergi terjah terus..

      Delete
  5. Spagetti rendang kambing tu mcm best je. Kopi cendol pun nampak sedap

    ReplyDelete
  6. Air cendol, chicken chop dia menggugat selera..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kopi cendol la kak nina.. chicken chop tu memang sedap giler!!

      Delete
  7. Menyelerakan juga makanan nie. Dah lah dekat dengan rumah

    ReplyDelete
  8. Pernah sampai sekali je rail canteen ni. Not bad la makanan dia.

    ReplyDelete
  9. Sedappnya kak bella....dekat pj je pun rupanya.. hehe. Ingatkan kat kluang joho..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kluang pun ada. Dekat PJ pun ada. Next kita lepak sini plak.

      Delete
  10. menarik..rasa nk cuba kopi tu nanti..

    ReplyDelete
  11. Itulah salah satu trademark Kluang yang saya dpt perkenalkan kampung halaman sendiri. Tak sangka selepas 10 tahun berada di tempat orang, Railway Kluang Cafe ni ada di mana-mana. :)

    ReplyDelete
  12. dapnyaaaa lagi2 western food tuuu. hee

    ReplyDelete
  13. Sedap... tp selalu makan mee rebus . Adik beradik rail coffee tak?

    ReplyDelete
  14. haish... sedapnya sis... dlm pantang nie semua terliur... hukhuk

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.