Hatyai ICE DOME - Rumah Salji

Assalamualaikum...  korang!! jom Bella sambung cerita mengenai percutiaan Bella di Hatyai . Kali ini Bella nak cerita lebih kepada keserono...

Assalamualaikum...  korang!! jom Bella sambung cerita mengenai percutiaan Bella di Hatyai. Kali ini Bella nak cerita lebih kepada keseronokkan Bella di Hatyai. HATYAI ICE DOME RUMAH SALJI yang penuh dengan keriangan. 

bercuti di hatyai, hatyai

Masuk je dalam taman tu sebelah kiri nampak lah Hatyai Ice Dome, Atas tu adalah deretan kedai makanan. Tapi, kami tak cuba pun. Terus menuju ke Teddy Bear Pink yang comel ni. Banyak hiasan - hiasan diluar ICE DOME yang dibina untuk kita ambil gambar comel2x. Bella pun apa lagi.. angkat kaki satu terus la..menunjukkan betapa kurusnya Bella sampai boleh berdiri satu kaki. Hehehe.

Ice Dome, Hatyai

Masa Bella pergi tidak la kena beratur panjang sangat. Kaunter pun kecil saja. Di luar dorang ada buat sewakan kasut salji kalau kita nak sewa. Tapi, tak sewa pun takpe. Kalau nak nampak comel dan macam real dalam salji bolehla kot. Bella malas la nak menipu atau aca2x ni. Huhuhu.

Hatyai, bercuti, thailand

Masuk saja kedalam baju sejuk dan sarung tangan diberikan secara percuma untuk kita pakai sementara,Bukan untuk bawa balik yer. Masuk saja, korang kena duduk untuk mendengar taklimat keselamatan. Mungkin juga sejarah ke, apa ke. Masa Bella pergi tu langsung tak dengar apa - apa walaupun pekerja tu menggunakan Microfon.

hatyai, thailand, bajet bercuti di hatyai

Masa itu, ada budak menangis plak. Makin kuat taklimat diberi makin kuat budak tu menjerit dan menangis. Jawapannya memang tak dengar apa - apa la. Kami buat - buat faham je la. huhuhu. Terasa bengang gak la. Kalau tak, dapatlah Bella ceritakan serba sedikit mengenai taklimat itu. Korang pergi korang dengar sendiri la yer.


Kami dibenarkan masuk secara berkumpulan. Sebelum Bella masuk tu, dia suruh Bella berhenti di depan pintu masuk bilik ais ini untuk Bella menyesuaikan diri dulu. Maknanya Bella berdiri di dalam bilik yang separa sejuk. Tidak la masuk terus kan? Takut terkejut plak bahan kita. Bella diarahkan duduk didepan pintu dalam 5min macam tu dan barulah boleh masuk. Masuk-masuk saja dah stuck dengan orang yang mengambil gambar. Memang cantik la ukiran ais yang dibuat.

bercuti ke hatyai, bercuti ke thailand

Masuk - masuk pergghhh sejukkk gilerr!! Patutlah orang berebut - rebut tangkap gambar depan pintu tu, masuk dalam je memang tak mampu la korang nak tangkap gambar dah. Sejukkk sangat. Korang nak tekan screen handphone snap tu, handpone tak detect tau tangan korang yang bersarung tangan tebal tu. Korang kena buka sarung tangan tu. Bella tak mampu nak buka sarung tangan tu. HB pun buka la sarung tangan dia. Kesian HB khas untuk cerita kat korang tau.


Kedatangan kami disambut oleh penguin yang sangat cute!! comel dan lincah. Rasa nak peluk - peluk jer. Percaya tak yang Bella seram nak pegang benda - benda yang ada dekat sini sebab takut kena kejutan elektrik. Penguin itu pun patung je. Hahaha. Nampak macam penguin sebenar kan?? Kalau sebenar memang Bella angkut bawa balik Malaysia. Hahhaa. Ini adalah gambaran bahagian kedua ada penguin dan rumah penguin. Ruangan pertama banyak ukiran gula - gula dan seakan - akan rumah coklat. Sangat comel. Tapi bahagian rumah tu, gambar gelap. Tak sesuai nak kongsikan dengan korang.

     

Lepas sahaja korang melalui rumah penguin tadi tu, korang akan jumpa dengan snow. Ini snow yang comel ni. Memang dibentuk daripada ais, tapi Ais batu tu. Tak gebu pun. Bella takut nak pegang.Sampai disini Bella dah tak tahan sejuk dah. HB mampu lagi bukan sarung tangan snap gambar Bella ni. Perggghh!! kagum betul. Paling best, kalau nak selfie, sarung tangan dia tak detect. Tapi sarung tangan Bella masih detect lagi sebab hujung sarung tangan tu dah basah. Nak beku kot.

bajet ke hatyai, cuti ke hatyai, bercuti ke hatyai,

Bila sampai satu tahap tu, tangan nak bengkok kan rasa sakit tau. Lepas tu, kaki pun rasa kejang. Bella pun apa lagi. Lari lah ke pintu keluar. Masa lari tu termasuk jalan sesat plak. Aduss !! tapi sebab gelabah punya pasal, cepat saja Bella jumpa jalan keluar. Masa Bella berjalan laju ke arah pintu keluar tu, Bella dah tak pandang kiri kanan dah walaupun masih ada lagi ukiran ais. Sejuk wei!! Bella Berjalan laju sikit terus ke pintu keluar. Larhhhhh !!! sekejap je dalam rumah ais ini dah sampai pintu keluar. Tak puas lagi bersejuk - sejukkan dalam tu.

ice dome, bercuti hatyai

Yayyy!! puas hati juga. Akhirnya dapatlah kami merasa kesejukkan peti ais ciptaan manusia. Korang yang tidak pernah pegang salji dan tidak pernah rasa kesejukkan yang mencengkam hingga ke tulang boleh la masukkan dalam aktiviti korang jika bercuti di Thailand.

Harga tiket masuk?? 300bhat. 



Masa hendak keluar dari Ice Dome ni pun dah sesat barat. Hahhaa.. Terikut jalan ini. Sebenarnya ok je. Naik ikut jalan ni korang naik terus keatas dan akan jumpa satu patung buddha yang besar giler!! Dari jauh pun dah nampak. Kami patah balik sebab malas la pergi ke tempat pemujaan macam tu. Tapi benda baik nya pula, korang akan nampak pemandangan keseluruhan pekan hatyai ni. 


Haaa.. nampak tak patung emas besar tu? Kalau korang terus mendaki bukit korang akan sampai kesitu la. Bella patah balik dan hanya berhenti di tasik. Bella tak pasti nama tasik ini apa, tapi ramai sangat orang duduk lepak dan bersantai - santai. Bella setakat ambil gambar lepas tu ke tasik tengok punyalah ganas ikan. Banyak sungguh !! sayangnya tak bawa roti, kalau tak mesti melompat - lompat ikan dalam tu.

songkhla city, bercuti di hatyai

Sekadar ambil beberapa keping gambar dan terlihat anjing jadi apa lagi.. terus Bella pecut balik dan ke Songkhla jom tengok apa yang ada disini!! Jom - jom..

You Might Also Like

6 ulasan

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.