AKU BUKAN SEKADAR MENULIS

Thursday

Resepi Air Sirap Bandung dari Garage 51

Bulan puasa sudah tiba!! Mesti ramai yang mencari makanan paling terbaik, unik, dan hipster untuk meraikan kemeriahan dan kemenangan dapat berpuasa satu hari penuh. Maknanya ada 30hari untuk korang mencari makanan dan minuman yang enak dan sedap disepanjang bulan Ramadhan ini. Ini yang Bella hendak cerita dan bagitahu korang ini. Cafe yang meletup dengan air yang sedap dan hipster ini ada keluarkan menu baru! Menu apa?? Sirap Bandung. Inilah dia Resepi Sirap Bandung dari Garage 51 di Sunway. Cafe yang ramai dah kenal dan tahu rasamya. Kalau follow Bella di IG dan Facebook mesti dan pasti korang tahu mengenai Restoran yang mengagunkan ini. Bella tiap - tiap bulan mesti datang sini. Gempak weh!! 

garage 51

Resepi Sirap Bandung Garage 51 yang sebenar - benarnya Bella tidak tahulah..Tapi Bella boleh kongsikan apa yang ada di Sirap Bandung Garage 51. Tengoklah Air Sirap Bandung Garage 51 diatas tu. Selalunya Resepi Air Sirap Bandung setakat air, ditambahkan dengan sirap dan susu sahaja. Tetapi Air Sirap Bandung ini, lain!!! Ya, Sangat lain!!! Sirap bandung yang menggunakan bahan asasnya krim yang lembut. Ini rasa pada lidah Bella la yer.. Krim susu yang sangat lembut dan dicampurkan dengan sirap. Dibahagian atasnya pula, diletakkan cendol dan karipap yang amat senonim dengan masyarakat Melayu.  Kiranya berbanggalah kita semua, Sebab Garage 51 merekacipta air yang amat dekat dengan kesukaan kita masyarakat melayu!! Yay!!

resepi air sedap, Garage 51

Kiranya korang rasa macam, alamak!! Saya tak minum susu la. Sirap pun tak minum. Jangan risau!! Garage 51 ada berbagai - bagai air yang sangat menyelerakan. Betul. Korang pilih sahaja dari rangkaian "Messy Family". "Teh Tarik" dan "Nephew" adalah air yang paling Bella suka dan sarankan korang juga cuba. Tapi, Bulan puasa ni, Korang kena cuba dulu air sirap bandung ni dulu. Sebab sirap bandung ini hanya ada masa Ramadhan ini sahaja. Waktu terhad!! Jadi kena cuba cepat-cepat. Bulan lain tiada sirap bandung.

garage 51

Datang Garage 51 tidak rasa dan makan makanan dekat sini memang rugi besar la. Sedap - sedap okey.. Garage 51 juga mencipta resepi baru yang istimewa untuk bulan Ramadhan. Perghhh.. Meleleh air liur. Sampai Bella hampir pitam tidak tahu hendak memilih menu yang paling baik untuk Bella makan malam tu. Akhirnya Bella memutuskan untuk kami mengambil menu baru yang berlainan jenis supaya semua menu tersebut kami dapat rasa. Bijak kan?? Lagipun portion makanan disini boleh tahan besar dan memuaskan hati bila makan. Memang kenyang la.

resepi ayam kebab

Ini juga resepi baru yang diperkenalkan oleh Garage 51. Khas buat kita yang menyambut Ramadhan. Bukan bermakna yang tidak menyambut Bulan Ramadhan tidak boleh makan tau, Boleh. Cuma hidangan ini dicipta sempena menyambut Bulan Ramadhan. Hidangan ini adalah "Nasi Goreng Serunding Dengan Kebab Percik" memang memercik la masa makan. 

kedai makan sedap sunway

Ia didatangkan dengan nasi goreng yang dicampurkan dengan serunding ayam didalamnya dan ditaburkan juga diatasnya. Kebab ayam juga turut diletakkan disetiap hidangan. Memang melengkapkan rasa. Kebab ayam tu, Korang makan macam tu saja pun kenyang sampai kemalam. Rasa yang meriah dan memang puas bila mengigitnya. Korang nampak tak?? Santan kuning yang diletakkan ditepi pinggan tu? Itu bukan sekadar perhiasan. Masa makan tu, Sila campurkan dengan nasi. Pergghh memang rasa lain dan pastinya sedapp!! Santan manis ini hanya terdapat di Garage 51.

resepi spagetthi sedap

Jika korang on diet, maklumlah bulan puasa ramai juga yang mengambil kesempatan untuk menguruskan badan. Korang pilihah "Spaghetti Serunding With Ayam Percik". Menggunakan ayam percik yang sama, cuma nasi ditukarkan dengan Spaghetti. Bella lagi suka menu Nasi Goreng Serunding Dengan Kebab Percik.

resepi chicken chop

"Chicken Parmagiana With Mashed Potato & Salad". Ini juga sangat sedap. Bella suka sangat - sangat rasa Mashed Potato tu. Mashed Potato bawah Ayam Goreng tu. Chicken Parmagiana itu pula, dicurahkan keju diatasnya. Pergghhh lazat betul. Suap sekali dalam mulut, memang tidak boleh berhenti mengunyah. Lidah Bella kata, Sangggttt Sedap!


Spaghetti ni pun sedappp!!! Jangn lupa untuk cuba. "Grill Salmon Spaghetti With Lemon Cream". Terbaik!! Spaghetti yang lemak berkrim!! Penuh rasa!! dan Salmon yang ranggup diatasnya, Tiada siapa pun boleh tolak. Bella suka sangat.



Garage 51 adalah tempat lepak yang menarik, makanan yang sedap, selesa dan santai. Bella suka ke sini. Selain airnya yang menarik dan lain dari yang lain,makanannya juga tiada di tempat lain. Korang juga boleh baca post Bella sebelum ini, dimana Bella mencuba menu yang lain disini.

Maklumat lain, korang boleh lah check it out di :-
Instagram : Garage 51
Facebook : Garage 51

Alamat : 51, Jalan PJS 11/9, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor.

Telefon : 03 - 56125618
Waktu Operasi : Isnin - Ahad (11.00 pagi - 11.00 malam)



4 comments:

  1. Sirap bandung dia mngancamnyaa. haha jauh sgt selangor haa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau datang selangor, singgah la.. Taw

      Delete
  2. hah!! nak repeat je..tapi jem punya pasal..ermm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Datanglah hari biasa... Pasti x jem tau

      Delete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.