GATALNYA ZIZAN Dalam TEATER BIKERS KENTAL

Bella hendak cerita kat korang ni yang Bella baru saja lepas tengok TEATER BIKERS KENTAL. Bella nak cerita betapa Gatalnya Zizan Dalam Teat...

Bella hendak cerita kat korang ni yang Bella baru saja lepas tengok TEATER BIKERS KENTAL. Bella nak cerita betapa Gatalnya Zizan Dalam Teater Bikers Kental. Tapi lek lu... sap vape lu..hehehe. Bella ceritakan dulu permulaan dan perjalanan TEATER BIKERS KENTAL ini. Teater ini dibintangi oleh watak - watak utama iaitu ZIZAN RAZAK , AWIE , NADIA BRIAN dan ramai lagi termasuklah pelakon dari Thailand. Hebat kan? Bella memang sangat teruja nak menonton teater gabungan dua negara ini. Lagi - lagi sebab ada ZIZAN RAZAK.

       zizan razak, bikers kental, teater, harga tiket teater

PERMULAAN TEATER

TEATER BIKERS KENTAL ini sebenarnya pernah ditayangkan di Pawagam. Siapa yang pernah tengok di pawagam memang korang boleh bajet la jalan cerita dia semua. Apa membezakannya cara pembawakan watak oleh setiap pelakon. Masa pembikinan filem kan ada director bila salah je cut!! tapi di Teater memang suka hati pelakon la nak bawa watak tu macam mana pun. Teater dimulakan dengan kata - kata alu - aluaan daripada Dira Abu Zahar dan melaungkan nama Bidin iaitu watak utama yang dibawakan Zizan Razak. Apalagi semua bersorak dan bertepuk tangan. Owh sebelum2x kata - kata aluaan dari Dira kami semua diminta bangun untuk menyanyikan lagu Negaraku. Tabik!!

LAKONAN ZIZAN RAZAK SEBAGAI BIDIN

Teater ini terus dimulakan dengan Bidin jumpa wang yang banyak dalam beg. Bagi Bella, permulaan yang agak slow. Impaknya kurang. Masa Dira menjerit nama Bidin itu dah terbaik dan Bidin keluar. Tapi bila Bidin memulakan dialog nya, kedengaran suaranya yang sayup - sayup. Perlahan. Sepatutnya suara Zizan perlu dikuatkan kerana suara zizan agak serak. Jadi, bagi Bella yang mendapat tempat duduk diatas dan jauh agak susah hendak menangkap setiap pertuturan yang dituturkan oleh Bidin. Jadi merasakan permulaan teater yang agak lemah. 

    teater, zizan razak

Zizan dalam teater ini kelihatan sangat mengeletis dan gatal. Bila warwatan tanya, Zizan kata itu adalah untuk menghidupkan watak Bidin dan membezakan Bidin bukanlah Zizan. Tapi Zizan, Bella memang minat sesangat dengan awak. Bella mengikuti setiap lawak awak dan gaya lakonan awak. Bella rasa sama jer. Di sini dia mengeletis dengan Awie, kalau masa melawak dia gatal dengan Johan. 

Mungkin sebab dia dah terbiasa bawa karekter tu, dan bila karekter macam tu orang ketawa dan suka. Sebab tu dia bawa karekter macam tu selalu. Zizan sebenarnya berusaha bagi kita suka dan tertawa bila melihat dia membawa watak sebagai Bidin. Sebab watak dia macam itulah, Awie turut menjadi sangat kelakar. Takpelah Zizan, buat sajalah watak macam itu sekurang - kurangnya dengan lelaki. Jangan dengan perempuan, dah la haram. Kitew yang tengok pun jelous. huh!! opppsss !!
    

     awie, teater, bikers,

LAKONAN AWIE SEBAGAI EDDY

Kemunculan Awie memang ditunggu - tunggu. Membawa motor besar berkuasa tinggi. Eddy pula adalah seorang sahabat yang sejati. Bella suka betul la Awie menyanyikan lagu Ratuku. Cairr!! sedap lunak plak tu. Awie membawa watak dengan selamba tapi berkesan. Kadang - kadang Awie terpaksa layan je perangai si Zizan yang suka kenakan dia tu. Bila Zizan kenakan Awie, Bella memang tergelak besar. Gabungan yang agak menjadi kerana Awie kelihatan sangat pasrah bila dikenakan Zizan. Korang kalau nak tengok Awie comel sangat lepas mandi, kena datang tengok teater ni. 

   

BABAK YANG PERLU DIPERBAIKI

Bella rasa part Bidin di Disco tu memang patut dikurangkan dialong didalam disco tu terlalu lama. Mungkin digantikan dengan berdialog di luar Disco. Paling "frust" Bella kecewa sangat sebab babak didalam disco ni prop lampu tu menyuluh tepat kedalam anak mata! sakit! buta 2saat. Bella terpaksa menutup mata dan hanya mendengar suara saja. Mungkin bagi penonton di bawah tidak ada apa yang menganggu. Tapi, Bella sangat terganggu. Selain daripada suara yang tidak dengar tu, lampu ini tolong matikanlah. Tutup je terus pun ok.

    TEATER, awie, bikers kental  

BABAK TERBAIK

Bella paling suka masa babak di hotel Eddy goda Bidin. Kelakar gilerr!! haahahaa.. Lepas tu, Bidin kacau dia balik... haa mencicit dia lari. Babak yang bermulanya kemunculan Nora dan Eddy menyanyikan lagu Ratuku memang cairr!! Babak Bidin menangis sebab terlalu terharu dengan pergorbanan Eddy. Kalau korang tak datang tengok memang rugi.

   

PENUTUPAN TEATER

Penutupan Teater terbaik yang Bella dah tengok setakat ini. Memang terbaik!! Lagu yang digunakan, gaya polis yang tip top dan Bidin terselamat. Nasib bukan penutupnya Bidin kawin dengan Sayamsukaporn. Nasib la kalau ejaannya salah. Hahaaha... 

   

Pada pandangan Bella yang telah menonton TEATER BIKERS KENTAL ini, kekurangan pementasan TEATER BIKERS KENTAL sangatlah sedikit dan masih boleh diperbaiki. Keceriaan dan kepuasan menonton yang diberikan dalam pementasan ini, kesungguhan para pelakon memainkan watak masing masing lebih bernilai dalam mementaskan satu teater yang terbaik dan memberikan kepuasan bila kita menonton. Seriously hari korang akan ceria bila menonton Teater ini. Tak seronok la kalau Bella cerita kat korang semua kan? Apa lagi!! jomlah Dapatkan tiket berharga RM45, RM65, RM95, RM125, RM155, RM185 dan RM305 di www.AirAsiaRedTix.com yang akan mula dijual pada 12 Januari 2016.

You Might Also Like

0 ulasan

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.