AKU BUKAN SEKADAR MENULIS

Wednesday

Bagaimana Bawa Masuk Kereta Ke Thailand - Hatyai

Hai korang.. Bella hendak melawat negara seberang ni. Sempena hari Ulang Tahun Perkahwinan kami. Alhamdulilah.. kekal bahagia dan hendaknya ke akhir hayat. Ok. Jom Bella cerita Bagaimana Bawa Masuk Kereta Ke dalam Thailand.Agak Gementar bunyi nya kan.. Sebelum ini Bella dan kongsikan Tip Sebelum Ke Hatyai .Klik je sini. Ramai kengkawan yang ke Hatyai menaiki KTM. Tapi, HB happy hendak bawa keretanya ke Hatyai.Ikutkan jelah yer. Apa yang Bella baca, dokumen yang diperlukan untuk ke Hatyai adalah :- 

  1. Passport 
  2. Geran asal kereta 
  3. Jika salinan dapatkan pengesahan dari balai polis berdekatan.
  4. Insurance Basic.
bercuti ke hatyai,

Jadi, Bergerak kami ke Thailand dan berhenti di Caltex Gurun untuk mendapatkan Insurance Basic. Senang je. Bagi saja kad pengenalan dan geran asal. Dengan bayaran Rm19.00 kami dapat insurance basic dan juga kertas border pass yang telah siap bertaip. Ok la tu. Senang. Takyah tulis. 

Korang kena tahu, yang  Insurans basic ni adalah peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan Thai bagi kereta asing yang nak memandu di sana. Insurans basic ni hanya cover kos perubatan mangsa yang kita langgar dan tidak cover harta benda mangsa seperti kenderaan apatah lagi kenderaan kita. Dan syarikat insurans Malaysia tak cover kenderaan Malaysia di Thai.Serious bunyinya kan.


Bila dah lepas Imigresen Malaysia, teruskan saja perjalanan menuju ke Imigeresen Thailand. Disini korang kena parking kenderaan dan bawa turun passport atau border pass untuk di cop oleh pihak Imigresen Thailand. Jangan lupa bawa Geran asal dan surat pengesahan membawa masuk kereta.

Korang ingat tau. Korang pergi dapatkan cop pelepasan masuk ke Thailand di passport dulu dan baru dapatkan surat pengesahan membawa masuk kenderaan. Macam kami bergaduh-gaduh tengah orang ramai tu sebab salah faham. Pegawai tu explain dalam bahasa Thailand. Mana nak faham. Sampai ada seorang pakcik tu tegur. "Ye, beratur cop passport dulu." Tahu pun HB tula, cakap bini sendiri tak nak dengar.


Jadi korang silalah pergi beratur di tempat yang ramai orang beratur. Mana- mana kaunter yang beratur panjang tu, situlah korang beratur dan dapatkan cop di passport. Jangan lupa selitkan Rm1. Rasuah kot. Ntah kenapa kena bagi rm1 pun Bella tak pasti tapi sebab tidak mahu ada masalah di Negara orang, Bella bagi sajalah. HB tak bagi dia minta ok??. Jadi sediakan sajalah. Lepas dapat saja cop di passport.

Korang beratur la plak di kaunter declare kenderaan berhadapan dengan kaunter cop passport. Bawa sekali salinan geran, surat kebenaran bagi bukan pemilik kenderaan dan surat insurans yang telah dibeli. Tapi, masa Bella pergi tu, berkali - kali Bella bagi insurans. Pegawai tu tak mahu tengok pun. Dicampakkan balik kat Bella. Hampeh betul. Takpelah. Persediaan sebelum terkena.

hatyai
Nanti dorang akan taip satu surat kebenaran membawa masuk kenderaan.Satu borang akan diberikan kepada pemandu yang mana beliau akan menandatangani borang ini. Satu salinan akan diambil oleh pegawai kastam dan satu lagi akan diserahkan kepada pemandu dan ia perlu disimpan untuk diserahkan kembali ketika keluar dari Thailand.

Maka selesai sudah urusan di pejabat kastam, dan kini bolehlah korang membawa masuk kenderaan. Insha Allah jika dipermudahkan, senang je. Ingat yer borang kemasukan kenderaan perlu disimpan dan ditunjuk kita ada pihak berkuasa Thailand memintanya untuk diperiksa. Pastikan ia diserah kembali ketika hendak keluar ke Thailand sebelum masuk ke Malaysia di pejabat kastam Thailand selepas urusan imigresen Thailand. Kegagalan untuk menyerahkan kembali borang ini (perlu ditandatangani di satu ruangan lagi, ini juga wajib), maka denda akan dikenakan ketika anda membawa masuk kembali kenderaan terbabit ke Thailand dengan kadar ฿1000 (+- RM100) setiap hari!!!Jadi jangan lupa tau.


Apa yang Bella boleh katakan, perkara yang penting dan korang perlu ingat ialah :-
  1. Surat kebenaran memandu kastam Thai perlu diserahkan semula time balik nanti. Surat ini untuk menunjukkan yang kereta anda sudah keluar dari Thailand. Member hari tuh boleh terlupa bagi, maka terpaksalah ke sempadan semata - mata nak serahkan semula menda alah ni. Kalau tak pulangkan mengikut tempoh yang ditetapkan di surat tersebut, denda adalah rm50/hari.Aduii..
  2. Isi minyak penuh-penuh memandangkan minyak di Thailand bapak mahal
  3. Pandu cermat memandangkan ada dengar 2-3 kes pemandu Malaysia di pow kaw-kaw bila eksiden. Tapi jangan lah cuak pulak, pemandu sana berhemah dan kereta Malaysia bersepah.
  4. Kalau tak sempat tukar duit di Malaysia, kat Padang Besar Thai pon ada money changer. Ahad buka.
Ok.. mudah saja kalau tahu caranya. Jangan risau ok.  Jumpa next entry ya..

5 comments:

  1. Insurans ke Thailand

    http://nurmas-homestay.blogspot.my/2015/12/perkhidmatan-insurans-ke-thailand.html?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena sertakan sekali ke lesen memandu?

      Delete
  2. Ejen insuran itu buka office sampai pukul berapa?

    ReplyDelete
  3. Kalau tak hantar surat kebenaran memandu kastam Thai boleh masuk lagi ke thai tak?

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.