Bercuti
Medan
Travel York
Bercuti Ke Berastagi - Medan
06 December
Medan klik cini.Ok... Terima kasih untuk semua yang mengikuti cerita Bella ke Medan. Sambungan seterusnya. Hhaaa...lambat sikit. Sorry. Bagi semua yang tidak mengikuti tapi nak baca cerita sebelum-sebelum ni, klik je link medan tu. Nanti semua cerita keluar start daripada hari pertama ok. Sekarang Bella sambung percutiaan Bella ke Medan hari ke 3 iaitu Bercuti Ke Berastagi.
Pagi-pagi Bella dah gerak sebab kami hendak merentasi Tasik Danau Toba. Feri pun ada masa berlepas, jadi kami tidak mahu terlepas Feri pertama sebab perjalanan ke Berastagi masih sangat jauh lagi. Supir belikan kami tiket Feri dan kami ada masa sekurang-kurangnya 2 jam lebih sementara feri sampai. Bagus jugala..boleh la kami sarapan dulu. Kami terlepas juga Feri yang pertama, kenalah kami menanti Feri yang kedua. HB kata pergghh lama gak tu.
Sementara menunggu Feri datang, Bella jalan -jalan la sekeliling jeti Tomok ini. Dapatlah Bella tengok aktiviti penduduk menjual ikan tasik danau toba. Ikan tu dorang letak dalam tasik dan bila ada pembeli barulah dorang angkat keluar dan pilih. Disitu jugalah dorang akan siang. Boleh beli separuh juga. Maknanya ikan yang dorang beli tu memang sangat lah segar dari tasik.
Ini sarapan Bella. Namanya lontong. Memang Bella selalu minta menu ini. Lontong Medan, tidak sama macam di Malaysia. Lontong disini letak udang yang besar - besar dengan sambal kering ikan bilis dan tempe. Bella dah 2 hari duduk di Danau Toba dah kebanyakkan makanan adalah lemak, tapi tidak pernah jumpa Lontong yang sedap sama macam mula - mula Bella sampai sini aritu. Sedapp!!
Sementara menunggu Feri datang, Bella jalan -jalan la sekeliling jeti Tomok ini. Dapatlah Bella tengok aktiviti penduduk menjual ikan tasik danau toba. Ikan tu dorang letak dalam tasik dan bila ada pembeli barulah dorang angkat keluar dan pilih. Disitu jugalah dorang akan siang. Boleh beli separuh juga. Maknanya ikan yang dorang beli tu memang sangat lah segar dari tasik.
Setelah lama menunggu akhirnya tiba juga Feri kami. Masa hendak naik Feri ini harus hati - hati dan lihat belakang. Sebab penumpang dan kenderaan satu laluan. Boleh kena langgar ok. Kami merentasi Tasik Danau Toba dan meneruskan perjalanan kami ke Berastagi. Bella dah bagitahu pada Supir untuk singgah di Simarjarunjung. Boleh pulak la supir lupa dan terlepas. Bella merenggek renggek la bagitahu kat HB yang Simarjarunjung tu dah terlepas. HB kata suh je la supir ni patah balik. Pertelingkahan Bella dengan HB supir tu faham. Dia pun kata ngakk apa2x kita pusing aja. Haaa puas hati. Datang dari jauh kot. Rugilah kalau terlepas.
Ramai yang mengatakan disini sangat popular dengan air teh halia dan pisang goreng panas. Asyik baca je. Mestilah terliur kan? Jadi bila terlepas tu rasa frust sesangat, tapi nak cakap kat supir takut la plak. hahahaha. Nasib dia faham sendiri. Sampai disini kami pun memesan air teh halia dan pisang goreng 2 set. Apa yang istimewa, tempat ini terletak dikawasan yang tinggi dan sejuk. Jadi bila digabungkan dengan makan pisang goreng panas tu jadi win la. Padahal takda pe2x pun. Kosong je tempat ini.
Kami meneruskan perjalanan menuju si piso piso. Tempat ini menjadi sangat menarik kerana disinilah terdapat sebuah air terjun yang sangat tinggi, tetapi tiada sungai diatasnya. Tiada apa yang dapat dikatakan lagi selain daripada Subbahana ALLAH, ALLAH Hu Akbar. Besarnya sungguh kuasanya. Bella memang dah merancang mesti ke sini. Semua lah kata mesti singgah sini. Tempat ini atas bukit yang tenang. Masa Bella pergi tu pelancong tidak la padat sangat jadi seronok la turun tangga menuju ke Piso - Piso ni. Turun kan... senang saja la. Siap lari lari lagi. hehehe.
Dia kata "Tak payahlah..turun memanglah senang. nanti nak naik kata tak larat jangan harap dear nak tolong yer. " Huh. Tambahan pula dia sakit perut. Potong sungguh. Jadi kami naik la keatas sebab HB nak menggunakan bank disitu. Sian HB nak naik pun tak mampu sebab sakit perut. Dah la kena panjat beribu anak tangga.
Masa HB melabur tu, punyalah lama. Tetiba awan hitam datang. Seriously amat - amat menakutkan.Maknanya Bella memang duduk atas bukit yang tinggi!! Awan hitam tu laju berarak diatas kepala Bella. Takut ya amat!! dah la HB dalam toilet. Bella menjeri2x panggil HB sebab takut. Tapi orang kat situ tenang je angkut barang jualan ke dalam kedai. Bella nak ke kereta takut sebab ada anjing. Arrrghhh takutnya!! Bella terus masuk dalam tandas lelaki paksa HB kuar. Marah dia. Biarlah.. kang apa2x terpisah jauh plak. Dah la dia dalam toilet. Dia kuar terus Bella tarik dia turun Dan kereta. Gerak balik. Sangat takut sebab di Indonesia banyak gunung berapi yang aktif.
Alhamdullilah... kami selamat turun. Masa turun dari Si Piso Piso kereta macam lalu dalam awan. Bella sengajalah depakan tangan ke luar. Terasa amat sejuk dan tangan berair. Adakah Bella pegang awan??? waaaarrrgghhh.... bestnya. Sebelum balik supir tanya, nak makan apa?? jadi beli nak cuba Bakso originally from Medan Indonesia. Jadi, Bella pun bgtahu supir supaya singgah dikedai Bakso terbaik dimedan. Hehhee. Jadi Supir berhentilah disini. Memang sedap. Tapi, tak habis. Sebab????
Kami bukan saja beli Bakso. Beli satay padang juga.
Ayam panggang yang disertakan dengan ulam. Ayam panggang ini HB mahu makan dengan nasi. Sekali Tak mampu juga nak abiskan. Bukan kecil-kecil ayam. Kerat 4 tu. Perrghhh memang pengsan nak habiskan.
Masa tengah tunggu ayam siap dibakar, tertawan pula tengok ikan bakar. Ikan inilah yang dibela di tasik danau toba. Sedih, tak abis. Rasanya pun Bella dah lupa. Ikan ini dibakar dengan dibelah dua. Jadi, ikan ini memamg masak sepenuhnya. Banyak sangat beli makanan malam tu. Sampai kebanyakkan makanan malam tu, Bella dah lupa rasanya.Apa yang Bella ingat, ikan ini Bella cubit sikit je. Pastu ke tong sampah jawapannya. Membazir amalan syaitan betul. Jangan ikut perangai buruk Bella ini tau. Beli guna duit tau.. adus Bella.. Bella.
Ada lagi!! jangan tak tau. Nasi goreng. Ini HB punya. Ini habis. Sebab HB order satu ini je. Makanan lain semua Bella yang order. Jadi dia memang fokus makan nasi goreng dia jelah. Punyalah banyak!! nasi goreng ini. Macam satu periuk dibungkuskannya. Mana mampu nak makan semua.
Lepas dah kenyang, apa lagi yang mampu kami buat?? tidur jelah. Penat sangat. Cuma tidaklah sejauh dari Airport Medan Ke Danau Toba. Itu betul2x jauh. Ok nanti Bella sambung untuk hari terakhir di Medan.. daaa...
2 ulasan
nampak macam best je makanan dorg kan.
ReplyDeleteMemang best dan murah. Tulah sebab suka pergi sana.
DeleteTerima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.