Tips Penting Bercuti Ke Medan

Hari ini Bella nak kongsikan  Tips Penting Bercuti Ke Medan dan segala perancangan Bella ke Medan . Best ke Medan ? Nak tau kena baca samp...

Hari ini Bella nak kongsikan Tips Penting Bercuti Ke Medan dan segala perancangan Bella ke Medan. Best ke Medan? Nak tau kena baca sampai abis tau. 

Percutiaan Ke Medan

Flight Ticket / Tempah Tiket Kapal Terbang

Macam biasa book ticket ke Medan dulu. Macam Biasa juga AirAsia pilihan utama Bella. Percaya tak? Bella berjaya dapat, tiket pergi dan balik untuk 2 orang bawah rm300 tau. Murah an?? Pagi - pagi lagi kami dah gerak ke LCCT. Maklumlah pernerbangan bajet, kadang - kadang suka - suka je dorang tukar tempat pelepasan di saat - saat akhir dan paling penting sangat jauh. Jadi penting untuk korang sampai awal. Syukur kami sampai awal, dan tidak la terkejar - kejar macam aritu masa kami bercuti ke Krabi. Nasib tak kena tinggal. Masalahnya bila sampai pagi - pagi ni, sejuk giler la plak kat LCCT ni. Huhu.

Percutiaan Ke Medan

Supir / Pemandu Pelancong / Tour Guide / Driver


Bella booking dengan supir Ridu. Sebenarnya Bella dapat no tel supir ni dari Forum.com dekat forum bercuti ke Medan. Dorang yang dah pergi share banyak tips mengenai Medan. Bella call dan survey satu - satu agent perlancongan ni tau.  Mana paling murah dan terbaik. Nak dijadikan cerita, ada seorang ahli forum ni, puji gegila Supir Ridu ni. Ada juga yang complain kata Ridu ni tak sampai masa dorang sampai di Medan. Mungkin guna orang tengah atau miss communication jadi Ridu ni tak sampai. Alhamdullilah, time Bella pergi ni. Ridu ni dah menunggu kami. Memalu dia. 

Time ahli forum.com ni puji Ridu kata supir ni bagus sangat sebab bawa dorang meredah Pulau Samosir sampai ke tempat yang dorang tak pernah terfikir pun dorang akan sampai ke situ. Tapi masa Bella tak berlaku macam tu. Mungkin dia malas, ye la kami berdua je. Dekat sini Bella kongsikan No.tel Supir yang Bella dah call and tanya ya.
  1. Happy Holiday Tour & Travel     -  Email je ( happyholidaysmes@yahoo.com )
  2. Insan Tour Travel                          -  Email je ( insantourtravel@yahoo.co.id )
  3. Daniel George                                -   Email Je ( travelagentsumetra@gmail.com )
  4. Kadri                                              -   WhatsApp ( +62 813-7062-2206 )
  5. Pak Roy                                          -  WhatsApp ( +62 812-6567-621 )
  6. Ridu                                                - WhatsApp ( +62 813-9665-4380 )
Ini semua Supir - supir yang Bella dah email dan call. Jadi Bella dah buat short listing, korang silalah buat pilihan terbaik ya. Ikut bajet dan itinerary korang.

Percutiaan Ke Medan

Kenderaan Supir 

Perjalanan dari satu tempat ke satu tempat yang lain sangat jauh ya. Jauh sangat. HB siap lembik sebab dia tidak excited nak datang sini. Bella excited sangat. Jadi sila la tanya kenderaan apa yang korang akan naik. Penting!! 


Bella cadangkan korang silalah plan dan buat itinerary supaya korang dapat melawat semua tempat menarik. Sangat penting ya. Bila korang guna supir persendiriaan yang murah, dorang akan malas ya. Seboleh - bolehnya nak skip banyak tempat. Sila buat research dan tau tempat yang korang nak pergi tu serba sedikit. Penting. Kadang - kadang tempat tu dekat je dengan hotel korang tapi supir bangitahu jauh. Bella dah terkena dah. Bila pergi kedai makan penduduk situ kata eh! Mana ada jauh. Dekat saja dari sini. Sadis. Sebab masa tu Supir Ridu selalu menghilangkan diri. Kami petang kena cari makanan sendiri.

Hotel / Tempat Penginapan   DANAU TOBA KLIK SINI, BERASTAGI KLIK SINI

Hotel Bella dah ditentukan oleh Ridu. Pakej Bella termasuk Hotel, Upah pemandu, Petrol, Bayaran Parking, Tol dan Sewa kenderaan. Jadi masa nak ambik pakej ni, sila lah tanya. Pakej korang tu bayar untuk apa saja. Macam Bella haritu, dapat Bagus Bay dengan Hotel Rose. Rasanya standard rumah tumpangan je kot. Bengang gak la. Sebab Bella minta upgrade pakej ke Hotel 5 star. Sampai sana, relax je dia bagitahu hotel tu dia lupa nak booking. Hampes!! geram tapi dah kat negara orang acane lagi kan? Redha jela dari tidur kaki lima atau bawah jambatan. 

Bercuti ke medan

Tempat Makan Sedap / Restaurant / Makanan Sedap Di Medan

Tempat makanan sedap pun Bella dah tahu. Apa yang sedap kat sini pun Bella dah check. Supir plak malas bawa. Tak pun dia bawak ke tempat yang dia dah deal je. Memang terasa hampeh dekat situ. Tapi nasib baik semua kedai yang Ridu bawa semuanya sedap - sedap dan rasa makanannya memang rare. Nanti Bella kongsikan makanan yang Bella dah rasa. Korang kalau pergi Indonesia dan Thailand tak perlu risau pasal makanan. Tak perlu la kot nak bawa makanan banyak sangat. Sebab banyak sangat kedai yang halal.


Bella kalau pergi mana-mana travel Bella akan guna konsep sampul surat. Konsep ni, tak pernah gagal lagi. Maknannya, Takda la korang tiada duit kering kontang masa dah nak balik tu. Ini adalah total perbelanjaan Bella untuk percutiaan ke Medan.Korang klik je kat tajuk tu ok? . Airport Tax tiada yer..haaa saja nak bagitahu. Ramai yang tanya. Bella rasa ini adalah tip dan persediaan penting sebelum ke Medan. Semoga bermanfaat. 

You Might Also Like

20 ulasan

  1. nak bercuti ni mmg kena plan betul².. tq bella for the tips, boleh jd panduan kalau akak nak bercuti ke sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila akak nak gi? heheeh.. nanti baca sampai abis tau. muah kak mas.

      Delete
  2. Seronoknya dgr pengalaman org berholiday.. Tak pernah sampai lagi luar negara.. Semoga ada rezeki lepas ni.. Aminn.. Btw, thanks bella for the info..šŸ˜Š
    RosmizaAli.Com™

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaamin... ala bukan jauh pun. dekat je. Boleh la g cari pengalaman. nnti singgah lagi k..

      Delete
  3. salam, nak tanya, supir pak ridu ni mmg menepati janji ke, sebab saya mahu guna khidmat pak ridu semasa disana nnti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Janji tepat. Tapi, macam malas sikit. Sila bertegas dengan dia. hahhaha.

      Delete
  4. Assalam.. nk tanya. air port tax medan da included sekali masa kite beli ticket kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Tak termasuk tau. Jangan shopping semua. Sila simpan untuk bayar tax.

      Delete
    2. ooo.. i tot after march or april 2015 i'm not sure, all flight indon air port tax is included when we r booking on9. how much ya for 1 pax?

      Delete
    3. Later i will write the detail for you, at another post ya... stay tune..

      Delete
  5. yang nama2 companytu hanya utk ke medan sje atau boleh ke negara lain lagi ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni, Bella hanya tanya dan survey untuk ke medan saja. Bella x tau la kalau boleh ke tempat lain.

      Delete
  6. Bela thank your infor...akak pun akan ke medan nanti bersama family..tengah mencari2 supir di sana..ni....kami buat sendiri jugak ni...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum bella airport tax berapa

    ReplyDelete
  8. berapa ratus kos habis kat sana??

    ReplyDelete
  9. tq share..elok sgt share mcm saya nak tahu la pengalaman kawan2

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.