Tuesday

Anak Punca Suami Berubah Hati?

Salam semua... tajuk yang agak panas ya arini.. jadi penceritaan bella arini mungkin agak serious dan formal. Penulisan bella arini hanyalah pendapat bella.. kalau x suka @ tak bersetuju itu terpulang pada pandangan masing2x.

Penulisan hari ini mungkin lebih menyakitkan hati lelaki dari wanita bukan sebab bella wanita tapi sebab apa yang berlaku sekeliling bella semua berpunca dari lelaki!! ya.. kaum lelaki. Kaum hawa.Memang ada masalah dan punca dari kaum hawa ataupun wanita, tapi perkara tidak berlaku depan mata bella jadi bella x leh nak beri pandangan ataupun ulasan.Hmmm bersabarlah wanita, sebab kita ni taraf bawah kaki suami je menurut islam. Jadi memang kita kena ikut kata suami. Betulkan saya kalau saya salah.


Sebab itulah ada dinyatakan.. Nafsu lelaki satu.. tapi nafsu perempuan ada 9!! Walaupun ada 9 nafsu tapi akal 1. Lelaki pulak ada 9 akal, sebab tulah cerai bukan ditangan wanita. Itu kita x boleh pertikaikan lagi, sila betulkan saya kalau saya salah.

Saya berkongsi pendapat saya disini mengikut pengalaman depan mata dan sahabat-sahabat sekeliling. Pengalaman yang bermakna dan membuatkan saya berfikir dan bersyukur sebab, hikmah dan hikmat tidak mempunyai anak lagi. Mungkin hanya kebetulan, bila semua itu berlaku selepas pasangan ini dikurniakan anak atau sedang sarat.Kaitan penyataan saya sebelum ini, lelaki nafsu 9 amat berkaitan dengan anak, sebab bila perempuan mengandung emosi perempuan berubah dan tentunya nafsu turut akan terjejas. Nafsu perempuan dah terjejas... tapi nafsu lelaki masih memercik!! jadi macm ne? mulanya... si nafsu mengarah hati... 



Pernah tak anda semua dengar kisah percintaan hangat pelajar AF dulu.. zahid yang suka berpakaian orange bercinta dengan nita. Penyanyi juga..mereka siap membina cafe bersama di Wangsa maju. Saya sempat la makan sekali disana, sebab harga yang agak mencekik.. haahahhaah.. Saya mengikuti kisah cinta mereka sebab merasakan percintaan mereka unik dari segi fizikal.. hmmm x berapa lama kemudian, cafe mereka tutup dan saya dapat rasakan ada masalah dalam hubungan mereka. Seperti yang dijangkakan hubungan mereka putus ditengah jalan dan mereka mengambil haluaan masing2x.

Apa yang saya mahu tekankan disini, satu game show talk telah menjemput zahid dan topik yang di bualkan pada hari itu adalah perempuan dan lelaki mana lagi setia?? Spontan zahid jawab secara jujurnya perempuan lebih setia dan saya kesiankan dia. Tengok?? itu masih bercinta bagai nak rak dan mahu kawen.. xda anak lagi tapi punca lelaki. Sebabnya apa lagi kalau bukan sebab nafsu nampak perempuan lebih cantik atau lebih cun. Selepas itu saya tidak mengikuti perkembangan zahid lagi kecuali selalu dengar suaranya di radio era... bukan best pong.Ok, itu salah satu contoh cerita yang bella ikuti. Contoh masih bercinta... 



Kisah lain?? baru kawen. Dah dikurniakan anak. Alhamdullilah... syukur...badan xda la gemuk sangat. just maintain.Nak kata gemuk x gemuk, nak kata kurus x kurus.. Tapi saya selalu tertanya-tanya apakah status nya?? Saya berfikir2x mana suami dia?? nape x pernah nampak?? dia selalu buat overtime sampai larut malam. Suami dia x cari ke??? khamis malam jumaat pun x balik awal. Tapi dia selalu berdolak dalih.. kata laki dia selalu kerja lewat malam ataupun oustation.Sampaikan membe bocorkan rahsia kata dia adalah janda dan diceraikan lepas melahirkan anak yang pertama. 

ALLAH Hu AKBAR!!!!! dia dah mengandungkan anak ko 9 bulan.. ko x tengok pun anak ko tapi paksa dia insan yang masih lemah sign borang cerai!! subhanaALLAH...sian sangat bella dengar.. dia cuma ada ceritakan selepas dipaksa sign borang cerai dia terus memangku anaknya dan memandu tanpa arah tujuan sehingga ditahan polis.Polis yang tahan dia tadi tu mengiringi dia pulang ke rumah kerana rasa amat simpati. Cara si ko ni minta " Wei!! (sambil tolak kepala) ko jangan banyak cakap!!! sign cepat!!!" Berat mata memandang, cair hati yang mendengar, apatah lagi yang mengahdapinya.. bertabahlah..bella hanya boleh suruh anda bertabah... sebab bella pun tidak pasti setabah manakah bella jika di tempat anda.Percayalah, ada hikmah di setiap kejadiaan.


Cerita depan mata yang menyentuh hati bella adalah rezeki yang dikurniakan kepada family nya sangat melimpah ruah. Rezeki anak terutamanya. Tapi, ayahnya seorang yang tidak tahu bersyukur dan tidak pernah peduli pasal anak-anaknya. Tinggalkan ibu yang bertungkus lumus menyara ke enam-enam anaknya termasuk seorang istimewa. Si ibu lah yang bagi belanja sekolah, beli barang-barang rumah sehinggalah si ibu sendiri mengabaikan makan nya sendiri.

Si ayah buat tak  tahu je. Anak balik sekolah pun x dihiraukan. Si ibu perit sangat tengok. Bella yang tengok ni rasa macam eh!! tu bukan dari air mani ko ke? aduiii geram punya pasal. Mana tangung jawab ko sebagai seorang ayah??? Tahulah ko tak nak anak tu, tapi tu rezeki dari ALLAH s.w.t hmmm... bersyukur la. Bella yang nak anak sangat ni tak dapat tau.


Bella faham mungkin ada hikmah bella tidak dikurniakan anak lagi. Mungkin ni hanya kebetulan. Sampai member pun kata, baik je ko takda anak. Lagi bahagia. Nampak je bahagia tau.. hati??Tapi korang yang telah dikurnaikan anak tolong bersyukur dan hargailah isteri korang. Bella memang nak luahkan perasaan bella ni. Para lelaki tolong la sedar, secantik mana pun perempuan yang goda korang.. selicin mana pun dahinya.. tapi isteri korang tu halal. Percayalah dengan janji ALLAH s.w.t bidadari syurga menanti lagi cantik habis. Tak terungkap dengan kata-kata. Tak nak ke? Jadi sila la tahan nafsu tu yer..

Salam...

1 comment:

  1. Panjang lebar luahan Bella.. Ye betol tu, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.. Masalah lelaki yang sering terlupa tanggungjawab nie selalu berlaku... Mereka lupa di akhirat nanti mereka akan dipersoalkan dengan tanggungjawab mereka.. Ada je yang tahu hukum agama tapi bab nafkah anak bini dia lupa.. Sepatutnya dia yang menanggun anak2, tapi ini dah terbalik.. Anak2 lak yang kerja dan menanggung dia.. AllahuAkbar.. Ada jer..

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

Kelab blogger Ben ashaari

Kelab blogger Ben ashaari