PENGALAMAN DI AWAL KEHAMILAN

Lama menunggu zuriat sendiri itu ujian. Bila mengandung juga ujian. Bila mengandung ni, pahala seumpama berjihad di jalan Allah s.w.t tau...

Lama menunggu zuriat sendiri itu ujian. Bila mengandung juga ujian. Bila mengandung ni, pahala seumpama berjihad di jalan Allah s.w.t tau. Sakit, perit, susah, semua penyakit datang, tapi Bella bersyukur sangat - sangat bila Bella berpeluang mengandung dan merasai pengalaman mengandung. Jadi, Bella ada coretkan hari - hari yang Bella lalui bila berbadan dua ini. Saja, untuk ingatan Bella dan Afham.

Masa dapat tahu mengandung bukan sebab Bella muntah - muntah, tapi Bella memang jenis yang selalu buat C-Test kalau period lambat. Hehehe. Mula - mula mengandung macam biasa je. Cuma kuat tidur sikit je. Minggu ke-5 makan apa semua rasa pahit. Bella bila mengandung mesti tak selera makan. Bella tengok semua yang mengandung makan untuk dua orang. Tapi Bella tak. Langsung tak boleh makan. Masak bubur. Itu pun makan sikit - sikit tapi banyak kali. Memang paksa makan. 

Minggu ke-6 dah mula muntah. Pening. Kerja tidur je. Buat apa pun tak larat. Sebab tak makan plus asyik muntah. Tapi masih ok. Sebab muntah sehari sekali saja. Tidur waktu siang masih selesa. Tak terseksa macam nak tidur waktu malam. Hidung tiap - tiap malam tersumbat. Selalu tarik nafas panjang - panjang baru mampu tidur. Letak bantal tinggi pun masih tak membantu. Minyak angin memang berbotol - botol Bella guna. Banyak yang abis. Bayangkan, minyak angin boleh pakai bertahun - tahun Bella habiskan dalam masa sebulan je. Sikit - sikit calit kepala hidung semua. Kena minyak angin barulah lega Alhamdullilah. Selain tu guna dekat pinggang juga. Pinggang dan belakang macam penuh angin. Minta HB letak minyak panas baru boleh tidur. 



awal kehamilan, mengandung, pengalaman mengandung

Minggu ke-8 Bella pergi buat buku pink. Agak awal. Nurse semua pelik dan nampak macam nak marah. Tapi tak bolehlah nak marah Bella, sebab Bella bawa surat rujukan dari hospital supaya buka buku pink dan rujuk klinik kesihatan dengan segera. First check up buku pink tekanan darah ok. 13++ semua ok. Alhamdullilah. Doktor bekalkan Obimin. Masa ni dada dah mula sakit sangat. Membesar. Perut tempat pembedahan pun rasa sakit. Bella rasa perut nak merengang.


Minggu ke-12 Kepala sakit. Tekak asyik loya je. Bella memang baring jela sepanjang hari.  Nasiblah Bella dah tak kerja. Masak memang kadang - kadang je. Masa ini dah nak masuk 2nd Trimester. Alhamdulilah. Bella, tiap - tiap minggu bila janin dalam perut ni nak membesar, memang pembawakannya teruk sikit. Kena hari Sabtu Ahad plak tu. Nanti ari Isnin Bella dah ok. Bolehlah masak dan buat kerja rumah. Tapi masa awal kehamilan Bella memang jaga betul - betul makanan yang masuk mulut Bella. 1st Trimester adalah hari - hari yang paling mendebarkan untuk Bella dan HB. Hari - hari Bella doa, cepatlah Afham membesar dengan sihat. 1st Trimester janin sangat lemah.

Masa Bella check up kali ke-2 Nurse marah sebab berat badan Bella turun. Nurse kata kena paksa makan juga. Sikit - sikit janji makan. Nurse risau janin tak membesar. Tapi doktor diam je. Mungkin oklah kot. Perut  masa ni pun sakit sikit mungkin sebab Gastric. Bella kan tak lalu makan. Tapi tak sesakit macam 5week masa mula - mula tumbesaran nak berlaku. Mungkin Afham dah dapat ruang yang selesa. Kaki dah mula lenguh tiap malam. Sangat lenguh. Bella join run pun tak lenguh macam ni.

Jururawat pesan makan banyak makanan berkhasiat. Jadi masa awal kehamilan ni Bella memang buat research mengenai makanan yang boleh dimakan dan tak boleh dimakan diawal kehamilan. Masa Bella larat masak, memang seboleh - bolehnya Bella masak. Makanan Bella memang dah macam orang berpantang walaupun baru nak mengandung. Huhu. Bertabah sajalah. Janji anak dalam kandungan sihat. Bonus, Bella pun tetap kurus dan sihat Alhamdullilah.

Masa awal kehamilan sakit lebih kepada loya, makan tak boleh, sakit perut, badan letih sangat - sangat. Apa yang Bella tahu, selagi tiada pendarahan selagi tu kita kena bertahan. Kecuali perut. Bella dulu luar rahim, sakit perut sangat - sangat. Tapi tiada pendarahan. Kalau perut asyik sakit je, lebih baik periksa dengan doktor ok? Bila lepas je mengandung fasa pertama ni, leganya tu Masha-ALLAH s.w.t. tuhan je tahu. Maknanya sekarang anak Bella dah kuat.Terus berdoa supaya anak dalam rahim Bella ini terus membesar dan lahir dengan sihat. Amin2x. 

You Might Also Like

0 ulasan

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.