MAKANAN DI AWAL KEHAMILAN

Alhamdulilah bila disahkan hamil. Perasaan memang sangat gembira. Tapi tak boleh terlalu gembira sangat sebab masih terlalu awal kan? Ada y...

Alhamdulilah bila disahkan hamil. Perasaan memang sangat gembira. Tapi tak boleh terlalu gembira sangat sebab masih terlalu awal kan? Ada yang bertanya pada Bella tentang pemakanan diawal kehamilan. Bella pun jenuh Goggle. Bella kan baru anak pertama memang bukan selayaknya nak bagi nasihat. Tapi Bella boleh kongsikan MAKANAN DI AWAL KEHAMILAN yang Bella amalkan mengikut pengalaman Bella. Beranilah Bella kongsikan memandangkan Bella dengan anak Bella Alhamdullilah selamat dan sihat semuanya dengan izin Allah s.w.t semoga semua ibu - ibu yang hamil mendapat manfaat dari perkongsiaan Bella ni. 

Masa Bella tercari - cari makanan yang paling sesuai, baik, elok dan paling tepat untuk ibu baru mengandung ni, yang tak kuat lagi janinnya, macam semua benda tak boleh makan. Kena makan macam orang berpantang. Bella macam "Eh kenapa ramai yang kata bila mengandung boleh makan banyak? makan untuk dua orang?" Bila Bella baca rupanya banyak betul yang tak boleh makan. Macam korang kalau anak yang kedua, ketiga atau keempat atau baru kahwin terus dapat anak mungkin korang takdalah risau sangat. Macam Bella ni, lepas 8tahun baru mengandung memang ikutlah kebanyakkan pantang larang. Janji membawa kebaikan kepada anak dalam kandungan Bella. Bella ceritakan ikut kategorilah senang.


IKAN 
Tak boleh makan ikan yang merkuri tinggi. Ikan yang merkuri tinggi adalah ikan yang besar - besar. Jadi shark fin jangan makan. Ikan yang tak dimasak. Salmon sushi tu tak boleh. Apa yang Bella makan banyak adalah Ikan Salmon. Ikan Tenggiri. Ikan kembong yang kecil - kecil dan ikan bawal yang kecil -kecil juga. Ikan sebelah pun elok. Tapi Bella tak pernah makan ikan tu. Jadi nak cuba memang tak lalu. Dah la masa ni memang tak boleh nak makan. Takda selera langsung. Ikan - ikan nilah Bella makan 9bulan.

SAYUR
Sayur paling Bella tak suka. Bella ingatkan ulam - ulam boleh makan. Dalam dunia sains boleh je. Tapi dalam bidang pantang larang ni banyak ulam tak boleh makan. Jadi ulam memang Bella stop makan. Sayur korang boleh makan banyak mana yang korang suka. Semua sayur boleh.

AYAM
Paling baik ayam kampung. Kalau jumpa ayam kampung baru Bella makan. Awal - awal mengandung sampai masuk trimester ke 2 barulah Bella makan ayam. 


DAGING
Daging boleh makan. Tapi kena makan yang 100% masak sahaja. Bella pula terlepas pandang baca yang bab ni. Terpergi makan Menate plak. Minta plak medium rare. 2 malam menyesal tak sudah - sudah sebab dah termakan daging mentah. Nangis - nangis cakap dekat HB. Nasib Alhamdullilah takda apa - apa. Jadi korang jangan makan. 

BUAH - BUAHAN
Dalam sains korang boleh makan je buah apa yang korang suka dan korang nak. Dalam pantang larang banyak sangat - sangat buah yang tak boleh makan. Bella banyak makan buah sebab Bella tak selera nak makan benda lain. Seingat Bella, buah yang Bella banyak makan adalah tembikai, jambu batu, apple, orange, dan pisang. Tapi Bella tak makan buah durian, kelapa dan buah yang pelik - pelik masa awal kehamilan.

MAKANAN SEGERA
Makanan dan restaurant segera Bella langsung tak pergi dan tak makan. Maggi pun tak makan. Keropok - keropok, coklat semua lepas trimester ke-2 baru berani.

SUSU
Bella minum susu kambing. Semua marah kata panas. Bella minum juga sebab percaya dengan sunnah Nabi Muhammad SAW. Tapi bila HB dah marah Bella minumlah sekali dengan susu ibu hamil. Tapi kejap je. Susu ibu tu tak boleh nak telan. Muntah. Kopi tak boleh. 9bulan Bella berhenti minum kopi. Teringin sangat barulah HB bagi minum. Orang kata tak boleh minum kopi nanti anak gelap. Mitos ya. Padahal kaffien pada kopi tu tak elok. Kalau mak pak gelap anak gelap juga kan. 

MAKANAN SUNNAH
Makanan ini paling banyak Bella amalkan. Tapi tak sampai 9bulan sebab kena GDM. Padahal tak tinggi pun, tapi sebab mak ada kencing manis terus kena diet. Bella pernah ambil Olive Oil. Orang kata elok untuk sistem perut semua. Bersalin senang. Tapi perut Bella tak tahan. Ambil satu sudu je. Pastu tak ambil dah. Chia Seed pun orang kata elok. Tapi masa Bella nak beli, seller tu kata awal - awal mengandung tak boleh makan sebab panas. Jadi apa yang Bella amalkan adalah Jus Delima dengan susu kambing Bella memang tak pernah skip. Tapi kalau korang tak yakin boleh mula ambil masa dah 3bulan. 

Ini adalah MAKANAN DI AWAL KEHAMILAN yang Bella amalkan. Cara masak pun yang sihat - sihat saja. Rebus dan bakar macam tu. Makan banyak takpe kalau selera cuma pastikan makanan tu sihat. Ada je yang kata mengandung takyah pantang, nanti bersalin nak kena berpantang lagi. Terpulang. Kalau bermanfaat bolehlah digunakan. Semoga semua yang sedang hamil dipermudahkan segala urusan. Amin2x Ya Mujib.


You Might Also Like

3 ulasan

  1. Thank you bella for sharing...nasib ikan2 yg bela ckp tu, akak okey je makan.. Hehe..

    ReplyDelete
  2. Bella boleh x kongsi tanda awal hamil selain check upt.

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.