LAKIKU MASAK WEHH!!

Minggu lepas berlumba - lumba abang ipar Bella post hasil masakan masing - masing. Memang nampak menggoda betullah citenya. Abang Shidy pos...

Minggu lepas berlumba - lumba abang ipar Bella post hasil masakan masing - masing. Memang nampak menggoda betullah citenya. Abang Shidy post dia masak lamb grill. Abang Pian pula masak ketam. Abang Pian masak ringkas je. Tapi rasa memang sangatlah rare dan sedap. Bella ingat lagi masa Bella melawat Abang Pian dengan Kak Ana dekat Sabah, Abang Pian masakkan sebekas besar ketam segar. Rasa ketam tu memang manis. Bella makan dengan hati - hati dan hayati betul - betul rasanya. Memang sangat sedap. Abang Pian kata dia rebus je ketam tu air ketam itu sendiri dah memang sedap tanpa tambah apa - apa perasa walaupun secubit garam. Hebat. Mestilah dengan skill kan nak masak macam tu. Kalah perempuan masak air tangan Abang Pian. HB pula paling sedap dia masak adalah Maggi. Tapi, sebab PKP ni, lain macam! Lakiku masak nasi goreng dan bihun goreng. Bakal menyusul Char kuey teow katanya. Arrgggghhh seronoknya nak bagitahu LAKIKU MASAK WEH!!.



Dulu masa sebelum kawin Bella pernahlah test, try, tengok Mohd Firdaus Abd Rahim ni boleh masak ke tak? Penting untuk tahu kalau saat dia kena jaga diri sendiri boleh tak dia masak. Bila dia kena jaga kita, boleh tak dia masak. Sekurang - kurangnya masakan yang mudah dan tahulah asas - asas memasak. Tahun 2018 rasanya HB masakkan Bella nasi putih, sayur kacang dengan telur dadar. Sedap. Memang ada rasa. Tapi kelakar sikit. Sayur kacang tu dah lembik hitam macam terlebih masak dan telur dadar HB bubuh ikan bilis dengan banyak. Hahaha. Bella macam ini telur dadar ke ikan bilis goreng. HB kata inilah telur dadar berbilis. Hahaha. Tapi tak tipu memang sedap. Korang boleh cuba. Resepi baru. 


Baru - baru kawin HB memang ada nak tolong Bella dekat dapur. Silap Bella la marah dia masa tu. Sampai sekarang traumanya tak nak tolong. Kalau tak.., adalah adegan sweet - sweet potong bawang sambil main renjis - renjis minyak masak ke, potong sayur sambil pegang tangan ke. Gelak - gelak kat dapur ke. Bukan sweet kat Tik Tok yer. Takdalah semua tu. Bila masak HB tak akan ke dapur untuk tolong dah. Lagipun Bella lagi selesa kot masak sorang - sorang tak yah orang tolong. Cuma lambat sikit la. HB akan masak bila lapar sangat Maggi sebab dia teringin atau Bella minta dia masakkan Maggi untuk Bella. Itupun permintaan masa birthday dapatlah Bella rasa air tangan suami. Maggi HB masak rare tau. Bukan letak perencah je. Kuah tu pun rasa lain. Tapi setahun dapat rasa 2 atau 3 kali jelah ikut rezeki.


Berbalik pada tajuk asal, mukadimah panjang sangat. LAKIKU MASAK WEHH!! merujuk kepada masakan yang agak susah jugalah untuk orang yang pertama kali masak macam HB. Dia tunjuk skill masak nasi goreng. Perrggghhh!! rasanya terbaik. Kalah Bella masak. Presentation lengkap. Nasi pun dia bentukan bulat macam dekat kedai. Letak cili besar dekat atas, siap buat cili kicap lagi. Bella tak seberapa suka sangat nasi yang berwarna. Nasi minyak ke, hujan panas ke, memang tak suka sangat. Jadi nasi goreng juga adalah diantaranya. HB pula suka sangat nasi goreng. Mungkin Bella masak nasi goreng tak cukup piawaian yang dia nak. Dia masak sendiri. Senang. Ikut tekak dia. 

Bella ada post dekat FB siapa - siapa ada resepi air teh Chatime tu. Bella bukan nak Boba dia sangat. Bella beli Chatime pun memang tak ambil yang ada Boba. Rasa air teh dia tu yang Bella rasa susah nak buat sendiri. Agaknya HB baca status tu. Dia buatkan air teh laici sebijik rasanya macam menu lama Chatime Tea Lychee. Kebetulan Bella ada buat Jelly. Dalam peti ais Bella memang pastikan dessert sentiasa ada. Abis buat, abis buat. Senang nak sejukkan tekak kan. Dessert dan aiskrim. Tapi selagi tak abis yang lama tak buatlah yang baru. Takut membazir. Jadi HB masukkan Jelly Laici tu dalam air teh tu, memang terbaik. Rasanya boleh jual.


Hari berikutnya HB kata biar dia buat sarapan lagi. Buat bihun goreng pula. Bella dekat rumah memang sentiasa ada bihun beras perang. Bihun ni, kalau buat bihun sup memang sedap. Tapi masa masak bihun goreng jadi hancur. Makanan kegemaran Bella ni, bihun goreng. Masa HB nak masak bihun goreng Bella macam betul ke ni? Betul ke? Sebab Bella pun tak expert masak bihun goreng. Expectation Bella dekat bihun goreng sangat tinggi. HB tanya sedap tak bihun goreng dia masak? Macam Mak Su masak tak? Sedap memang sedap. Tapi tak capai lagilah sesedap Mak Su masak. Hahaha. Sila masak lagi. Mesti jadi. 

Masa pertama kali masak Bella pesan awal - awal kemas dapur sekali. Lap sekali. Memang berkilat dapur HB lap. Kali kedua masak dah tak larat dah. Minta tolong Bella yang kemas. Hahaha. Baru tahu. Lepas tu terus transfer duit belanja dekat Bella. Banyak pula tu. Agaknya baru dia sedar, susah masak ni. Penat isteri aku masak siang malam. Tu dapat reward tetiba tu. Alhamdullilah. Murah rezeki Mohd Firdaus Abd Rahim. Amin2x Ya Mujid.


Banyak hikmah PKP ni kalau kita tengok dari sudut positif. Benda yang kita wajib bersyukur dengan nikmat yang kita rasai lagi banyak dari derita yang kita kena hadapi. Kita masih sihat walaupun duduk dirumah. Suami boleh luangkan banyak aktiviti keluarga. Macam Bella HB dapat tengok sama - sama Muhammad Afham Fayyadh membesar sebab baby kan cepat sangat berubah. Afham pun cepat kenal papa dia. Cuma orang lelaki ni jangan diarah sangat. Tunggu dia sendiri volunteer nak buat. Ego mereka kan tinggi. Walaupun HB memang banyak abis masa dekat HP, TV tapi niat dia nak tolong Bella tu memang sangat dihargai.

Tolong jaga Afham masa Bella masak. Tolong banyak benda, dan paling penting masa PKP ni Bella dapat buat banyak aktiviti kesukaan Bella. HB kata takpe buat je. Dear ada jaga Afham. Walaupun Afham nangis dan lepas tu muka HB bertukar jadi masam sebab Bella lama sangat. Hahaha. Baru tahu. Walaupun hanya jaga baby terasa tau penatnya. Bella rasa sangat - sangat bersyukur. Kebetulan mesin basuh pula rosak masa PKP ni, HB lah basuh semuanya. Bertemu pula bulan Ramadhan HB tolong buatkan air. (Kalau tolong basuhkan pinggan mangkuk periuk belanga semua lagi cantekk dear. Kalau dear baca. Hehehe.)


Apa pun PKP ni memang meninggalkan kesan yang amat mendalam dalam diri Bella. Dalam hati Bella. Kesan kepada yang maha berkuasa. Yang maha Esa. Betapa Allah s.w.t membuktikan kekuasaannya dengan menghantar makhluk micro yang tidak tahu asal usulnya, tidak tahu puncanya, tidak tahu apa ubatnya untuk mengingatkan manusia yang semakin alpa dan leka dalam kemajuan dan arus kemodenan. Bukti betapa Allah s.w.t sayang sangat dekat hambanya. Sekarang ni pun kita dah rasa tak tahan kena berkurung, rasa sunyi, rindu keluarga. Bayangkanlah bila kita bersendirian dalam kubur nanti. Allahuakbar. Betul - betul terkesan dalam diri Bella. Kesan kepada suami. Kesan kepada masa. Kesan kepada masa - masa yang sudah dilalui. Kesan kepada kebebasan sebelum ini. Sangat banyak dan sangat terkesan.

Kesan kepada mak, ayah dan keluarga. Betapa selama ini betapa mak ayah kurang diberikan perhatian. Betapa tak hargai masa bila berada disebelah mak ayah dengan memegang HP. Betapa rindunya masa dapat dengar bebelan mak sekurang - kurangnya mak ada dengan kita. Betapa rindunya air tangan mak yang kita rasakan ia adalah masakan paling sedap kita makan sepanjang kita hidup. Allahuakbar. Ya Allah s.w.t aku bermohon kepadamu, panjangkanlah usia ibu dan ayahku.  Kasihilah mereka sepertimana mereka mengasihiku dan menyayangiku sewaktu kecilku. Masukkanlah mereka kedalam syurga tanpa hisab. Jagalah mereka untukku. Kepadamu sahajalah aku berserah. Amin2x Ya Mujid.

Sebenarnya penulisan Bella kali ini pun lebih kepada appreciation post kepada suami Bella. Bukan nak bagitahu suami Bella la yang paling bagus, paling baik. Tapi lebih kepada mengingati Bella untuk terus bersyukur. Manusiakan cepat lupa. Bella ni kena marah sikit abislah lupa semua kebaikan HB buat. Lepas ni kalau rasa marah dekat HB bolehlah baca post ni. Tak lama lagi Birthday HB. Buntu nak celebrate macam mana dengan tak boleh keluar ni. Jadi ini hadiah untuk dear ok. Ingatan sepanjang zaman selagi ada Goggle. Semoga kasih sayang kita kekal berpanjang hingga ke syurga Insya-ALLAH. Amin2x Ya Mujid.

You Might Also Like

4 ulasan

  1. untungnya PKP..lihat dalam sudut positif..insyaallah semua baik2 shj.. untung bella

    ReplyDelete
  2. lelaki ni kalau terdesak atau perlu boleh je sebenarnya hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula pasal. Saya rasa dia lebih kepada malas sebenarnya.

      Delete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.