CARA BUAT BUKU PINK KEHAMILAN

Bella pergi buat buku pink agak awal sebab mengikut scan anak dalam kandungan Bella baru berusia 8minggu sebab Bella ada special kes kena r...

Bella pergi buat buku pink agak awal sebab mengikut scan anak dalam kandungan Bella baru berusia 8minggu sebab Bella ada special kes kena rujuk klinik kesihatan awal. Bella tak pasti sepatutnya kena buka buku pink bila. Jadi Bella takda nak ceritakan pasal tarikh tepat untuk buat buku pink cuma CARA BUAT BUKU PINK KEHAMILAN mengikut pengalaman Bella. 

Pertama sekali korang kenalah kenal pasti klinik kesihatan yang paling dekat dengan korang dan waktu check up untuk ibu hamil. Macam Bella nak kata dekat sangat takdalah juga. Perjalanan dari rumah Bella ke Klinik mengambil masa dalam 30min juga. Kalau jammed lagilah lama. Tapi klinik itulah paling dekat. Kami selalu pilih waktu pagi untuk check up. Bila dah kenal pasti klinik yang akan menerima korang barulah pergi.

Masa Bella pergi klinik kesihatan buat pertama kali, Bella memang blur habis. Jururawat yang jaga dekat kaunter tu garang ye. Janganlah buat blur2x ayam. Abis dia tinggikan suara. Masuk - masuk je kinik Masha-ALLAH ramainya orang! pergi kaunter pendaftaran, bagi ic terus pergi kaunter saringan. Lepas kena timbang berat semua, masuk ambil darah. OMG!!!! terkejut. Terus kena ambil darah.

cara buat buku pink kehamilan, buku pink, buku pink kehamilan

Tunggu memang lamalah. Tapi nak buat macam mana, redha jela. HB ambil cuti separuh hari. Tengok orang ramai sangat dia dah mula gelisah. Takut jadi cuti satu hari plak. Tunggu plak keputusan darah. Oh ya. Masa ambil darah, terus dia buat ujian HIV. Kawan Bella kata, untuk buka buku pertama kali kena bawa suami sebab suami pun kena test HIV. Tapi masa Bella tak ada pun. Bella je seorang kena. Ujian HIV dapat keputusan terus. Tapi ujian darah kena tunggu. 

Lepas dapat keputusan darah kena tunggu jururawat panggil. Alhamdullilah, jururawat Klinik Kesihatan Rawang sangat membantu dan baik. Buka buku pertama kali memang lama sebab jururawat nak menulis dekat dua buku pink. Buku yang kita pegang dan juga buku salinan dekat klinik. Bella dah bersedia bawa sijil nikah semua. Tapi jururawat tak minta pun. Mungkin muka Bella muka yang boleh percaya kot. Bukti Bella duduk Rawang pun jururawat tak minta.

Masa jumpa jururawat, dia akan periksa satu badan. Dia akan tanya semua pasal kesihatan kita. Bella jujur je bagitahu semua. Adik kata, kalau tak nak cerita panjang bagitahu je semua ok. Tapi buat apa nak menipu kan? Baik cerita je semua masalah kesihatan kita. Apa - apa berlaku kita juga nak kena tanggung. Paling penting takut kesannya dekat anak dalam kandungan. Jadi takpelah lama sikit pun takpe. Janji semuanya selamat dan sihat. 

cara buat buku pink kehamilan, buku pink, buku pink kehamilan

Bila dah selesai semuanya, jururawat akan bagi tarikh untuk temujanji seterusnya. Jadi bersiap sedialah untuk diambil darah tiap - tiap bulan. Keputusan darah tu panjang  Bella pun tak pasti apa yang doktor baca. Tapi paling penting adalah tekanan darah. Alhamdulillah, tekanan darah Bella dari awal sampai akhir ok je. Pernah nak jatuh tapi atas pagar je. Jadi Bella makan Obimin je sepanjang mengandungkan Afham sembilan bulan. Alhamdullilah. Makan Obimin pun kalau salah makan muntah. Tapi Bella baca kalau tukar ubat lain lagi teruk kesannya. 

Lepas tu jumpa doktor pula. Sebab Bella period tak tetap hospital minta doktor scan sekali lagi untuk pastikan tarikh kelahiran Bella. Doktor KK dapat tarikh yang sangat berbeza, jadi doktor kata mungkin terlalu kecil jadi doktor kata akan ulang scan sekali lagi masa datang check up bulan depannya.

Alhamdullilah semuanya selesai dan HB sempat cuti separuh hari. HB kata next appointment kita kena datang awal lagi, mungkin selesai lebih awal. Siaplah buku pink Bella. Gembiranya hati macam memegang buku bank dengan limit yang maksimum!!! Happy nya Alhamdullilah. Sebab sebelum ni doktor hospital asyik cakap je, jangan buat buku pink lagi banyak kali. Rasa macam sedih sangat masa tu. Bila dah berjaya mengengam sebuah buku pink rasa wow sangat. Bella siap buat poket kat belakang buku sebab banyak sangat surat yang berterabur. Hehehe. Kretif sangat tau. Harap korang dapat sikit gambaran macam mana proses check up dan CARA BUAT BUKU PINK KEHAMILAN. 

You Might Also Like

0 ulasan

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.