TIPS MEKAP NATURAL ALA KOREA DARI MAK ANDAM KIRI

Cantik! cantiknya. Bersihnya kulit dia. Licinnya kulit dia. Semua nampak macam anak patungla!! Setiap kali kalau kita tengok drama Korea, K...

Cantik! cantiknya. Bersihnya kulit dia. Licinnya kulit dia. Semua nampak macam anak patungla!! Setiap kali kalau kita tengok drama Korea, K-Pop, mahupun Deabaking!! dengan simple make up, dorang kelihatan sangat cantik dan kulit nampak sangat bersih. Semua menjejes air liur nak kan Oppa dalam drama tu. Eh! Nak kulit macam tu. Percaya tak? Lelaki Korea pun pakai mekap. Sebab tu kulit dorang nampak sangat sempurna. Masa Bella pergi Korea, Bella memang nampak kulit dorang kebanyakannya licin tanpa masalah sebab cuaca disana dan pemakanan dorang yang sangat eat clean. Sayur adalah hidangan utama. Kurus Bella masa Travel ke Korea. Tapi, kulit dorang tak glowing. Korang tengok glowing bersinar - sinar tu, mestilah effect mekap. Jadi, Bella amat berbesar hati nak kongsikan dengan korang ilmu dan TIPS MEKAP NATURAL ALA KOREA DARI MAK ANDAM KIRI. Terus kebabom kalau korang gunakan Tips ini. 

LAMAR WEDDING PUSAT PERKAHWINAN

cara mekap, mekap ala korea, baju pengantin cantik, mekap cantik, mak andam kiri

Kaki melangkah laju menuju ke deretan rumah kedai yang nampak macam biasa. Tercari - cari juga mana Lamar Wedding ni? Rupanya di tingkat atas. Panjat tangga, tekan butang, buka kasut salam diberi. Tu dia!! Detail tau setiap pergerakan Bella cerita. Bila masuk, wah!! indahnya pelamin!. Teruja Bella sebab dalaman Lamar Wedding ini, memang sangat cantik! Tersusun berpuluh - puluh pasang baju yang wow dan pelbagai warna. Paling penting up to date dan mengikut trendy sekarang. Mak oi! Cantik sungguh.

cara mekap, mekap ala korea, baju pengantin cantik, mekap cantik, mak andam kiri

Nama pun Mak Andam Kiri. Mestilah senonim dengan pengantin. Jadi korang jangan risau. Lamar Wedding ini memang pusat setempat buat pengantin. Terbaik! Semua ada tersedia. Tinggal pilih yang sesuai dengan bajet dan tema korang saja. Bella teruja dengan gaun - gaun meleret dan cermin besar yang terdapat dalam butik ni. Cermin sangat penting ok buat pengantin. Bila tanya orang mesti semua akan kata cantik. Bila ada cermin besar macam ini. Ha! memang puas hati. Boleh nilai sendiri.

KELAS MEKAP MAK ANDAM KIRI

cara mekap, mekap ala korea, baju pengantin cantik, mekap cantik, mak andam kiri

Masuk ke bilik khas untuk belajar mekap. Wow! Lengkap. Cukup lengkap. Ini pun sudah bersepah selepas kawan - kawan Bella buat onar dalam bilik ni. Kalau tak memang kemas. Clean and Clear. Patutlah kelas ini tidak dibuka kepada ramai peserta. Sebab ia amat exclusive dan terhad. Dapat banyak kali bertentangan mata dengan Mak Andam Kiri dan kalau banyak soalan boleh tanya direct. Tapi soalan korang haruslah berkaitan dengan look dan mekap yang sedang diajar, senang terus nak terangkan sambil buat contoh. Jangan soalan yang merepek ok.

TIPS MEKAP NATURAL ALA KOREA DARI MAK ANDAM KIRI STEP 1 - PRIMER 

cara mekap, mekap ala korea, baju pengantin cantik, mekap cantik, mak andam kiri

Asas, langkah awal adalah menyapukan primer ke muka. Mak Andam Kiri gunakan Primer jenis Burberry. Mak Andam Kiri bagi Bella satu titis kecil saja untuk disapukan ke muka sebelum memulakan mekap. Walaupun hanya setitis kecil, tapi dapat menyapu keselurahan wajah Bella. Nampak sangat la muka Bella kecil. Hehehe. Primer ini bertujuan mengekalkan mekap dekat wajah. Bagi tahan lamalah mekap tu cite dia. Mak Andam Kiri pakai brand mahal. Bella beli dekat Althea Korea je. Ok juga. Selain dari tahan lama, mekap jadi sangat - sangat smooth. Gambar dekat atas nilah Primer Burberry. Korang boleh Google untuk imej yang lagi jelas.

TIPS MEKAP NATURAL ALA KOREA DARI MAK ANDAM KIRI STEP 2 - KENING


cara mekap, mekap ala korea, baju pengantin cantik, mekap cantik, mak andam kiri

Bukan biasa - biasa tau. Lukis kening pun ada teknik dan gaya. Bella masa dalam kelas ni, memang rasa susahla nak ikut tips dari Mak Andam Kiri untuk melukis kening. Bella perasan yang kening Bella ni. tebal sebelah. Buntu betul masa Bella nak lukis bagi sama dan bagi nipis. Nasib Auni tunjuk dan betul kan. Lepas Auni dah baiki sebelah, sebelah lagi pula nampak pelik. Bella habis banyak masa untuk baiki kening Bella. Nasib menjadi. 

cara mekap, mekap ala korea, baju pengantin cantik, mekap cantik, mak andam kiri

Mak Andam Kiri gunakan gam kening ni. Lepas korang lukis kening, gunakan gam ini untuk memberikan impak atau kesan kening itu akan bertahan. Dia takkan berlari 100m walaupun korang lasak. Kecualilah korang pergi lap atau gosok kening tu kan. Bella pertama kali tengok gam kening ni. Mak andam kan.. mestilah lengkap. Tapi, bagi Bella, untuk kening Bella tak perlu kot. Bella rasa cukuplah ia terukir. Dia nak berlari 100m Bella tak kisah. Hahaha. Bella rasa, kening Bella still consider ok la. 

cara mekap, mekap ala korea, baju pengantin cantik, mekap cantik, mak andam kiri

Nampak tak? Cara penggunaan gam kening ni? Kena tekan kuat sikit bagi kening betul - betul terletak cantik selepas dibentuk. Bella macam heh sakit tak tu? Model kata tak sakit pun. Hahaha. Over tau Bella. Caranya korang kenalah tarik dan naikkan kening tu supaya effect muda jelita dekat muka korang. Jangan mendatar atau ke bawah. Nanti nampak kertu. Hahaha. 

cara mekap, mekap ala korea, baju pengantin cantik, mekap cantik, mak andam kiri

Lepas dah bentukan dengan cantik, sesuai dengan bentuk muka, letakkan concealer untuk menutup lebihan bulu kening di bawah dan diatas kening. Bagi Bella, part ni memang susah sebab Bella terpadam kening yang Bella dah lukis sebelum ni. Alamak!! Tak biasalah katakan. Mak Andam Kiri kata, takpe, gelapkan je balik dan gosok dengan berus. Perghhh!! buang masa sungguh ko ni Bella. Kena buat semula.

cara mekap, mekap ala korea, baju pengantin cantik, mekap cantik, mak andam kiri

Masing - masing dengan kening yang terukir indah. Ini wajah mereka sebelum yer. Sebelum mekap. Kening je yang dah siap. Dorang dah berpose - pose bagai. Bella masih dengan berus. Tak siap lagi. Tapi sebenarnya, Tips melukis kening ni, korang boleh sesuaikan dengan kretifviti korang. Lepas join kelas Mak Andam Kiri ni, Bella ubah sikit cara melukis kening ni, dengan cara yang Bella rasa paling selesa dan senang. Masa jumpa Mak Andam Kiri buat kali ke-2, dia cakap kening Bella jadi! Ya! Paling penting korang kena tahu asas dan teknik yang betul untuk melukis kening saja. Bella dah faham dan tahu, korang boleh ubah mengikut kefahaman korang. Bella takda pun gam kening. Bella aplikasikan teknik yang Bella belajar dengan barang yang sudah ada dirumah saja. Legala cikgu kata jadi. Hehehe.

TIPS MEKAP NATURAL ALA KOREA DARI MAK ANDAM KIRI STEP 3 - FOUNDATION


cara mekap, mekap ala korea, baju pengantin cantik, mekap cantik, mak andam kiri

Inilah foundation yang Mak Andam Kiri gunakan. Brand Naturator. Bella baru pertama kali dengar. Selama ini Bella memang tahu jenis cecair saja. Bella tak pernah tahu ada foundation yang dalam bekas krim ni. Bella memang tak pakai krim muka. Jadi segala bentuk bekas yang macam ni, Bella sangkakan ia adalah krim muka. Foundation ini pula, memang A! sekali pakai terus jatuh hati. Bukan Bella saja tau. Semua yang pakai suka dan beli. Jangan tak tahu. Bella pun beli satu set. Best sangat.

cara mekap, mekap ala korea, baju pengantin cantik, mekap cantik, mak andam kiri

Mak Andam Kiri kata, kalau guna foundation ni, takyah pakai UV protection pun takpe. Sebab ia dah dilengkapi dengan UV protection. Cara pakai pun senang sangat. Calitkan keseluruh muka. Calitkan dekat kawasan yang bermasalah lebih sikit. Bella sejenis sayang mekap. Bella calit sikit - sikit je. Sampai semua tegur. Bella dah pakai foundation ke belum? Ya ampun, nampak sangat sebelum dan selepas memang flawless gitew. Lepas tu, korang nampak span tu? Dap dap kan dekat muka bagi rata. Bella paling suka masa dap dap span ini ke muka untuk ratakan foundation. Ada bau wangi. Mak Andam Kiri kata foundation tu wangi. Lama Bella dap sebab ketagih bau wangi tu. Adoi bila nak siap mekap Bella ni. Dah lah nipis.

TIPS MEKAP NATURAL ALA KOREA DARI MAK ANDAM KIRI STEP 4 - SHADING

cara mekap, mekap ala korea, baju pengantin cantik, mekap cantik, mak andam kiri

Mak andam kiri menunjukkan berus yang betul untuk buat shading. Bella selama ni memang main belasah je gunakan berus yang memang sudah ada dalam bekas shading Bella tu. Memang besar gedabak. Shading pipi memang Bella selalu fail sebab bercapuk. Tengah mesti pekat. Kadang kadang tak nampak sangat. Normally Bella memang jarang sangat buat shading sebab kita pakai tudung. Tertutup abis la shading Bella semua. Gaya tudung Bella plak jenis yang kulup tak nampak muka sangat tu, HB yang suka. Bella nak lilit gaya lain dia tak bagi. Huh! 

cara mekap, mekap ala korea, baju pengantin cantik, mekap cantik, mak andam kiri

Tapi, dengan berus dan shading powder yang sama, bolehlah buat mancungkan hidung. Ha yang ni Bella memang selalu buat sebab hidung Bella kembang semangkuk. Cuma tak tahan lama. Makan pedas sikit, berpeluh tang hidung, kembang balik. Kah2x. Tapi is ok. Janji dah ambil gambar dekat seluruh majlis kan. So, ok la. Shading ni selama ni Bella memang ikut tutorial saja. Kadang - kadang jadi, kadang - kadang tak. Bila Bella dah join kelas ni, baru Bella tau. Shading Bella capuk sebab base mekap Bella yang nipis. Base mekap pun tak rata dan kemas, macam mana shading nak kemas. Lepas tu, main belasah je masa pakai. Bila korang nak mekap ini satu je, korang kena rajin blend. Malas, memang bercapuk. 

cara mekap, mekap ala korea, baju pengantin cantik, mekap cantik, mak andam kiri

Model ini dah sedia kurus kan? Bila buat shading lagi nampak berbentuk tirus. Kalau korang nak tahu, untuk gunakan berus shading ni, korang kena mula dari atas tulang pipi dan ke bawah. Blendkan. Kalau pekat sangat takpe. Kalau pudar tambah. Pastikan pilih powder shading yang lebih gelap. Jangan cerah plak. Tak nampak la.

TIPS MEKAP NATURAL ALA KOREA DARI MAK ANDAM KIRI STEP 4 - LOOSE POWDER

cara mekap, mekap ala korea, baju pengantin cantik, mekap cantik, mak andam kiri

Bella selalu tengok tutorial orang pakai loose powder ni. Bella pun ada. Bella always tertanya - tanya. Apalah fungsi loose powder ni. Nampak takda beza pun muka. Sama je. Bella ada pun tak pakai. Rupanya dia akan membuatkan mekap kita nampak kena. Nampak sangat semula jadi cantik. Nampak macam flawless yang sempurna. Takdalah nampak terang sangat macam badut. Owh gitew rupanya. 

cara mekap, mekap ala korea, baju pengantin cantik, mekap cantik, mak andam kiri

Cara pakai dia pula, dap je keseluruh muka. Tapi jangan dap dekat shading. Bella sampai kening - kening Bella dap. Hilang lagi kening Bella. Tapi takpe, sebab loose powder ini senang nak sapu. Korang jangan takut - takut pakai. Pakai je macam tepung gomak. Bella pula, pakai sayang - sayang. Sikit je Bella dap. Masa pakai eyeshadow hilang semua bedak. Adoi. Bila Bella dah tahu, fungsi loose powder ini dekat muka Bella, Bella just pakai UV, loose powder dan pelembab bibir bila kuar dekat - dekat. Senang nak solat nanti. Pakai macam tu pun dah nampak ok. Berserilah sikit. Bella hanya nak hilangkan muka macam tak siap tu je. Hahaha. Nampak berseri sikit cukuplah. Korang boeh beli foundation dan loose powder yang best ini dekat Mak Andam Kiri tau. Dia ada jual.

TIPS MEKAP NATURAL ALA KOREA DARI MAK ANDAM KIRI STEP 5 - EYESHADOW

cara mekap, mekap ala korea, baju pengantin cantik, mekap cantik, mak andam kiri

Masa pakai eyeshadow Mak Andam Kiri gunakan blusher sebagai base sebab nak look ala-ala Korea kan? Look pinkish gitew. Cara pakai eyeshadow ikut kretiviti korang. Mekap look kali ini, Mak Andam suruh kami pakai eyeshadow gelap dihujung mata dan bucu mata tambahkan dengan warna silver. Memang jadi comel mata. Bella tengah cari beberapa barang mekap yang macam Mak Andam Kiri punya. Tapi Bella ada masalah malas keluar rumah.Hehehe. Tunggu laki cuti jela. 

TIPS MEKAP NATURAL ALA KOREA DARI MAK ANDAM KIRI STEP 7 - MASKARA

cara mekap, mekap ala korea, baju pengantin cantik, mekap cantik, mak andam kiri

Ini dah nak final step. Tapi muka Bella masih tak siap lagi. Kena pakai bulu mata palsu untuk menonjolkan mekap kita. Tapi korang harus tahu yer. Bella baru tahu ni lepas Google. Ada yang kata memakai bulu mata palsu haram. Ada yang kata pakai bulu mata palsu takpe, jangan sambung atau panjangkan. Bagi Bella yang dah was - was ni dan ambil pendekatan yang memakai bulu mata palsu ini haram, jadi Bella takkan pakailah. Walaupun, bila kita tak pakai bulu mata palsu, mekap nampak biasa - biasa, tapi biarlah. Janji diredhai. Redha Allah s.w.t tu yang penting. InshaALLAH. Yang baik tu ambil ok. Bulu mata Bella sendiri pun dah panjang sebenarnya. Jadi pakai maskara dan eyeliner cukup dah. InshaALLAH suami senyum lebar tengok. 

TIPS MEKAP NATURAL ALA KOREA DARI MAK ANDAM KIRI STEP 7 - BLUSHER

cara mekap, mekap ala korea, baju pengantin cantik, mekap cantik, mak andam kiri


Finally!! Siap!!! Pakai blusher, atas shading. Sapu - sapu mekap berlebihan dekat muka tu. Look Korea yang sangat semulajadi. Bella balik jumpa HB, terus HB kata cantiknya. Barang mekap apa Mak Andam tu guna? Mekap sendiri ke? Bella kata haah. Mak Andam Kiri ajar, kami ikut. Bella pun cucuk la lagi. Cakap mekap yang Bella pakai ni, semua Mak Andam Kiri ada jual. Boleh beli. HB kata ok. Beli semua. Wow!! Bella pun terus order apa yang boleh dibeli dari Mak Andam Kiri. Tapi permintaan tinggi korang. Banyak item yang cepat abis dan laku keras. Bella sempat grab foundation dengan loose powder saja. Tapi tulah, ilmu kalau tak amalkan cepat hilang. Nak power kena mekap hari - hari. Bab eyeshadow je Bella cepat lupa. Lupa cara nak pakai. Lain - lain Alhamdullilah masih mekar diingatan sebab cara Mak Andam Kiri ajar, simple tapi result terbaik.

HASIL TIPS MEKAP NATURAL ALA KOREA DARI MAK ANDAM KIRI

cara mekap, mekap ala korea, baju pengantin cantik, mekap cantik, mak andam kiri

cara mekap, mekap ala korea, baju pengantin cantik, mekap cantik, mak andam kiri

cara mekap, mekap ala korea, baju pengantin cantik, mekap cantik, mak andam kiri

cara mekap, mekap ala korea, baju pengantin cantik, mekap cantik, mak andam kiri

cara mekap, mekap ala korea, baju pengantin cantik, mekap cantik, mak andam kiri

WOW!!! Adakah ini semua kawan - kawan dan mak - mak dari KBBA. Cunnya korang. Mekap Bella paling nipis. Sampai tak dapat kamera capture. Hahaha. Tak biasa mekap tebal. Mekap nipis sikit pun rasa rimas. Kelas belajar mekap yang terbaik Bella pernah join setakat ini. Senang ingat. Senang practice kan dekat rumah. Apa yang penting kami semua mekap sendiri! Terus comel lote. Ya ampun. Siapa nak belajar? Detail kat bawah. Seriously teknik yang diajar korang akan dapat dan cepat tangkap. Bella dah mekap sendiri 3kali semua jadi. Cuma tinggal lengkap 2 3 barang bagi betul - betul jadi look ni balik. Korang bolehlah belajar juga. Bertempat di :-


Lamar Wedding & Event Managemnt
No. 2A, Jln. Selaseh 18
Tmn. Selaseh Fasa 2
68100 Batu Caves.
📱Yati: www.wasap.my/60174562645
🌎Waze/maps: Sentuhan Bussaina, Taman Selaseh
👰Wedding planner, Event Management, Catering, Modelling Agency, Catwalk Class, Make-Up Class, Spa etc.

You Might Also Like

4 ulasan

  1. Wahh.... Bella dah pandai bikin kening. Seronok laaa kann belajar makeup ngan mak andam kiri. Makaseh kak Yati

    ReplyDelete
  2. Amboi cantik-cantik semua.. seronoknya belajar mekap dengan mak andam kiri..

    ReplyDelete
  3. Ouchh .. ai pun x de gambar sorang2 tu

    ReplyDelete
  4. Fuyooo semua dah macam anak dara dah bila mekap .. hahaha cunn sangat ni ..

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.