APA YANG MENARIK DI TOKYO DISNEYLAND?

24 January

Tokyo Disneyland tak perlu diperkenalkan lagi. Masa kecil - kecil memang kalau tengok kartun Disney permulaan dan perakhiran kartun mesti ada istana Disney kan? Wujud tau istana tu. Mana - mana Disneyland pun ada istana tu. Untunglah kalau mak ayah korang kaya. Baru tengok sekali dua dekat Youtube or TV kartun Mickey terus dapat g tengok yang real. Bella dah kertu baru dapat pergi. APA YANG MENARIK DI TOKYO DISNEYLAND? Cantiknya Disneyland ini macam masuk ke alam kartun Disney! Ada lagi ke yang menarik? jemputlah baca sampai abis. 

tips ke tokyo disneyland, main di tokyo disneyland, apa yang menarik di tokyo disneyland?

BAYARAN MASUK KE TOKYO DISNEYLAND 

Sebelum Bella cerita dan membebel lebih panjang. Soalan ini adalah paling hot. Sebab bajet ada barulah boleh masuk kan? Kang plan macam - macam tengok alamak bajet sipi - sipi pula. Tak cukup. Dah sedih. Jadi sebelum plan lebih jauh, ketahuilah korang. Resit dekat atas tu sebagai bukti. 26,400yen!! Tapi, ini untuk Disneyland dan Disneysea untuk keesokan arinya dan untuk dua orang. Kalau Disneyland saja, seorang 7,400yen kalau ikut rate sekarang dalam 280myr lebih kurang lah yer. Mahal!! Bagi Bella memang mahal. Itu seorang tau. 


tips ke tokyo disneyland, main di tokyo disneyland, apa yang menarik di tokyo disneyland?

BELI MANA TIKET TOKYO DISNEYLAND?

Tiket masuk sebenarnya boleh beli online. Dapat diskaun tau kalau beli online. Ada juga third party yang tolong jualkan. Tapi Bella tak yakin plus tak nak ada apa - apa masalah plus tak nak kena tipu plus cuaca tak baik. Yes! Banyak sangat kemungkinan yang Bella fikirkan. Langkah berjaga - jaga dan banyak plan kena buat. Masa Bella nak pergi tu, Japan baru saja dilanda taufan dan banjir paling besar. Hari - hari Bella berdoa semoga masa Bella pergi keadaan pulih seperti biasa. Alhamdullilah. Masa Bella sampai tu, Japan macam takda apa berlaku je. Pantasnya dorang buat kerja. Kesan ribut dan banjir macam longgokan bangunan runtuh dan longgokan sampah sikit pun takda. Sebab tu Jepun amat dikagumi.

Jadi setelah kira segala kemungkinan, Bella beli terus secara walk in di kaunter. Bella dari Osaka masa ni. Turun bas, terus masuk Tokyo Disneyland. Cuci muka, gosok gigi dan tukar baju saja. Kami pergi masa musim luruh. Sejuk jugalah. Muka maintain cun. Peluh pun tak. Tapi Bella tak cadangkan korang buat macam Bella. Penat! Bella pergi kejap sangat Jepun. Tu yang sangat terkejar - kejar. Tapi tak touch and go. Memang dapat menghayati jugalah. 

tips ke tokyo disneyland, main di tokyo disneyland, apa yang menarik di tokyo disneyland?

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN BELI TIKET TOKYO DISNEYLAND DI KAUNTER

Beli tiket walk in atau di kaunter ini pun Bella nak highlight kan. Sebab ada kebaikannya dan keburukannya juga. Kebaikannya :-
  • Korang boleh tengok kalau barisan terlalu panjang, maknanya orang dekat dalam terlalu ramai. Lebih baik jangan masuk. Waktu menunggu untuk suatu permainan mesti sangat lama. Pilihlah masa dan waktu yang sesuai untuk pergi. Waktu cuti dan public holiday silalah jangan pergi. 
  • Bolehlah simpan tiket comel ni sebagai kenangan. Kah2x.
  • Boleh tengok cuaca. Kalau buruk lebih selamat jangan pergi. 
Keburukannya :-
  • Harga tetap. Online ada diskaun.
  • Beratur panjang untuk beli.
  • Buang masa.
Itu saja. Jadi terpulang. Ada yang kata, kalau apa saja yang boleh stand by dari Malaysia, baik stand by je. Beli saja dari Malaysia. Jimat masa. Tapi kalau cuaca buruk, jadi rugi baliklah kan?

tips ke tokyo disneyland, main di tokyo disneyland, apa yang menarik di tokyo disneyland?

TIPS UNTUK NAIK SEMUA PERMAINAN DI TOKYO DISNEYLAND

Kalau korang nak naik semua rides, Bella dah study tipsnya tau. Antaranya :-
  • Korang seharusnya datang seawal mungkin. Lebih banyak masa korang dalam Disneyland ini.
  • Beli pass untuk dua hari terus. Macam Bella, memang beli dua hari. Tapi satu hari Disneyland dan satu hari lagi Disneysea. Sebenarnya boleh je korang gunakan kedua - dua pass untuk Disneyland saja, atau Disneysea saja.
  • Tidur dekat hotel Disneyland. Mahallah tapi. Bella hotel Legoland pun tak terpergi lagi. Lagilah Hotel Tokyo Disneyland ni. Bolehlah korang pergi paling awal, balik paling lambat.
  • Plan nak naik ride apa dulu. Kaji dekat website sebelum pergi. Bella tak sempat nak kaji apa pun. Maps sebelum masuk pun tak buka. Hahaha. 
  • Kejar Fast Pass. Dia macam siapa cepat dia dapat naik dulu. Tak jual tau. Tapi ikut time yang diberi. Ada 9 permainan yang menawarkan Fast Past ni. Bella tak sempat nak ambil pun. Abis. Sebab slow macam kura - kura. Penat wei. Penat naik bus 7jam dari Osaka pun tak hilang lagi. Nak lumba lari pula. Oh No!! Fast Pass ni korang kena study lebih cara nak guna. Bella tak guna. Jadi tak leh nak cerita lebih - lebih.
  • Download applikasi Tokyo Disneyland untuk tengok waktu menunggu sesuatu ride. Bella nak download dekat Japan. Tak lepas. Korang silalah download siap - siap dari Malaysia ok. 
tips ke tokyo disneyland, main di tokyo disneyland, apa yang menarik di tokyo disneyland?

MAKANAN HALAL DI TOKYO DISNEYLAND

Masa Bella sampai, hujan. Cuaca teramat sejuk. Sejuk giler. Kawan Bella kata sejuk sebab dia dekat dengan laut. Nasib Bella dah stand by baju hujan dari Malaysia. Dari pagar masuk ke dalam Disneyland saja kita perlukan baju hujan. Sampai dalam semua dah berbumbung. Sebelum masuk, kami makan dulu biskut dekat luar takut tak lepas. Sebab sebelum tu dah ada guard tegur. Kami simpan bag dalam loker dan gerak masuk dalam. Tapi Bella tetap bawa kopi 3 in 1 dan biskut dalam bag. Nasib lepas. Penting oo kopi. Lemau giler ni.

Bella kan tak planning. Masuk - masuk ke hulu hilir cari kedai makanan halal. Masuk kedai kebab. Macam. Eh halal ni. Dia jual ayam saja. Tapi macam ada perasaan tak sedap hati, kami kuar dari kedai dan Bella kata dekat HB kita cari nasilah. Masa ini lapar sangat, sampai lupa. Ayam pun bukannya halal. Sembelih macam mana?? Patutlah kaki mengajak keluar. Alhamdullilah.  

Bella dalam keadaan yang sangat penat. Ikut saja kaki melangkah. Masuk - masuk ada perarakan yang comel - comel. Orang ramai selalunya sedih kalau hujan perarakan ini cancel. Tapi Bella bertuahlah sebab perarakan ini tetap dijalankan walaupun hujan. Tapi Bella tak tengok! Sebab lapar.  Baik kita pergi makan dulu sementara semua orang tengah tengok perarakan. Restoran kebanyakannya kosong. Memang betul. Habis saja perarakan dan persembahan. semua orang serbu tempat makan.

Kami masuk ke sebuah restaurant yang comel dan disenaraikan sebagai restaurant halal. Bila Bella tengok menu, wow semuanya nampak sedap. Bella masih lagi bagitahu HB, Bella nak ayam. HB kata ok. Bella pun duduk jaga tempat. Masa duduk tu Bella terfikir. Eh! ayam. Terus Bella call HB cakap cancel. Order lasagna Seafood. Alhamdullilah. Nasib tersedar awal. Dah orang Japan tu macam buat muka. Kan dorang buat cepat. Sorrryyyy!! 

Air pula, HB beli air kopi O. Bella dah pesan. Susu jangan. Tu dia rasanya. Boleh demam. Tak sedap langsung. Nasib Bella bawa 3 in 1. Itu jela kitaorang makan seharian di Disneyland. Bella cadangkan korang bawa makanan sendiri at least roti ikan bilis ke, maggi ke, yang mengenyangkanlah. Tapi sorok - sorok sikit. Kopi jela buat kitaorang bertahan dan bertenanga. Hahaha. Bertenaga sangatlah. Semua show kami tidur. kah2x. 

Tempat solat tiada yang spesifik. Tapi dibenarkan untuk kita bersolat di information counter dibahagian pintu masuk Disneyland. Tempat yang teramat selesa disediakan. Korang bawa kompas untuk tengok dan pastikan kiblat. Bella download Muslim Pro dekat Iphone. Walaupun kuar iklan always tapi kebaikan app ni pun banyak. Hari - hari ada noti masuk waktu dan boleh kesan waktu solat mengikut lokasi. InshaAllah  sangat berguna. 

tips ke tokyo disneyland, main di tokyo disneyland, apa yang menarik di tokyo disneyland?

PERMAINAN YANG SEMPAT BELLA MAIN?

Percayalah, walau laju macam mana pun korang, planning macam mana pun. Korang takkan dapat cover keseluruhan Tokyo Disneyland ini. Jarak dari satu ride ke satu ride pun jauh. Siap sesat - sesat. Lagi satu banyak permainan kanak - kanak. Macam mana korang main? Hahaha. Lagilah Bella yang takda planning apa - apa ni. Sibuk buat itinerary, sampai ter miss planning dalan Tokyo Disneyland ni. Permainan yang Bella sempat main :-
  1. Buzz Lightyear's
  2. Stitch Present Aloha (show) 
  3. It's A Small World
  4. Splash Mountain
  5. Pirates Of The Caribbean
  6. Country Bear Theater (show)
  7. Cinderella's Fairy Tale 
  8. Peter Pan
  9. Mickey's PhilharMagic (show 3D)
  10. Chip n' Dale's Treehouse
  11. Roger Rabbit's Car Toon Spin
Boleh dikatakan semua show yang kami masuk, kami tertidur! Kebanyakan permainan semua untuk budak - budak macam dekat fun fair je. Roller Coaster pun langsung tak seram. Korang naik je. Orang Japan lembut. Roller Coaster dewasa pun macam budak - budak je. Tapi dorang jerit sakan. Bella beria takut nak naik. Sekali nyesal. Takda apa pun yang mengerunkan. Hahaha. 

tips ke tokyo disneyland, main di tokyo disneyland, apa yang menarik di tokyo disneyland?

APA YANG MENARIK DI TOKYO DISNEYLAND?

Apa yang menarik yer? Cantik. Bersih. Rides tak best. Mahal. Eh! Hahaha. Kalau korang beli 2 day pass. Please masuk Tokyo Disneyland dulu, lepas tu baru Tokyo Disneysea. Kalau tak mesti rasa hambar. Semua teater kami tak sempat kejar dan tengok, kami sempat tengok show yang dibuat oleh patung saja.  Menariknya Tokyo Disneyland ini bagi Bella, satu je. Tempat dia sangat indah. Kalau pakai baju puteri rasa nak menari - nari dan berpusing - pusing. Memang cantik. Bagi Bella, yang lain sangat boring. Hahaha. Jujur.

Lainlah korang ada anak. Tokyo Disneyland, 100% sesuai dan seronok jika bawa anak bermain saja. Korang nak honeymoon manja - manja pun boleh juga. Tapi kalau nak have fun gila - gila memang tak. Tokyo Disneyland bagi Bella sangat bosan. Show guna patung yang digerakan. Beratur panjang - panjang ingat ada apa dekat Cinderella tu. Rupanya tempat ambil gambar saja. Orang Japan masuk sini pakai ala - ala puteri dan karektor kartun hanya untuk ootd! Omg!! Jadi kebanyakan rumah, bangunan, tempat cantik - cantik memang takda apa pun. Dorang beratur hanya untuk bergambar. Ya Allah! Kami tak baca. Beratur sama. Patutlah yang beratur semua bagaikan puteri dan sangat in character. Bawa epal dalam bakul, macam tu jela keadaan epal tu. Cermat je dorang. Kalau Bella separuh hari dah serabai dah. Silap - silap bakul pun tercicir. 

Siapa yang dah pernah pergi Disneyland lain, mesti akan rasa macam Bella rasa. Bella dah masuk HongKong Disneyland. Semua ride sama macam HongKong Disneyland. HongKong Disneyland seronok lagi Bella rasa. Banyak ride boleh main. Tak seramai disini. Sini penuh. Semua ride penuh. Tokyo Disneyland ini lebih kepada dunia kanak - kanak. Dewasa dan remaja silalah cari tempat lain. Fikirkan Rm300 yang korang leburkan dan ia membosankan. Kecuali korang macam HB Bella. Target dia nak cover semua Disneyland yang ada. Good luck baby. 

tips ke tokyo disneyland, main di tokyo disneyland, apa yang menarik di tokyo disneyland?

TOTAL PERBELANJAAN BELLA DALAM TOKYO DISNEYLAND

Setakat kiraan mengikut resit yang tersimpan, sebab guna kad HB banyak. Dia tak tahu bagi resit semua dekat bella ke tak. 

2850 + 1610 + 1555 + 322 + 690 = 7027yen = 265myr (Souvenir + Food + Drink)

So Total dua orang termasuk tiket = 21,899yen = 825myr (Mungkin mengikut rate semasa) 

Kalau tak beli keychain dan patung Disney comel - comel lagi murahlah citenya. Ok. Nanti Bella sambung pasal Disneysea pula. Semoga bermanfaat. 

You Might Also Like

2 ulasan

  1. Hahahha kelakar baca kisah bella . Tu mesti lapor gila sampak nak order je yerrrr

    ReplyDelete
  2. Thanks sharing bella. Boleh jadi panduan kalau nk ke sini nanti.

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

MY DIET DAIRY

MY STORY EVERYDAY

MY TRAVEL HISTORY