JOM KITA KE MALAYSIA HALAL EXPO 2019

JOM KITA KE MALAYSIA HALAL EXPO 2019.  Korang tahu tak yang Kementerian Pembangunan Usahawan dengan kerjasama agensinya, SME Corporation Ma...

JOM KITA KE MALAYSIA HALAL EXPO 2019. Korang tahu tak yang Kementerian Pembangunan Usahawan dengan kerjasama agensinya, SME Corporation Malaysia (SME Corp Malaysia) akan menganjurkan Ekspo Halal Malaysia 2019 pada 24 hingga 26 Januari bagi mempromosi produk dan perkhidmatan halal Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia. Kenapa Bella ajak dan rasa kita semua mesti singgah dan pergi ke Ekspo Halal Malaysia 2019 ini? Korang baca sampai abis ok?


Inilah antara sebabnya. Berbagai aktiviti menarik sepanjang Ekspo Halal Malaysia 2019 iaitu :-

  • Pameran
  • Padanan perniagaan oleh SME Corp Malaysia
  • Facebook Live bersama wakil kementerian dan agensi
  • Sesi perbincangan ringkas
  • Penyampaian Anugerah Cabaran Inovasi Islam
  • Sesi business matching. 
Turut dinyatakan akan diadakan juga pameran sebanyak 320 booth yang mempromosikan produk dan perkhidmatan halal oleh usahawan export-ready yang melibatkan enam bidang iaitu :-
  • Makanan dan minuman (F&B) 
  • Bahan ramuan
  • Bioteknologi
  • Kosmetik
  • Penjagaan kesihatan
  • Farmaseutikal serta logistik. 
Banyak sangat ilmu yang kita boleh dapat sambil - sambil cuci mata. Sebenarnya Ia juga sebagai persediaan untuk sukan Olimpik yang bakal dijalankan pada tahun hadapan di Jepun. Masa itu mestilah ramai atlet dan penyokong yang akan membanjiri Jepun, sebab Sukan Olimpik merupakan pertandingan sukan terkemuka didunia dengan lebih daripada 200 negara yang akan menyertainya. Mestilah permintaan makanan halal akan menjadi lebih tinggi. Betul tak?


Memanfaatkan reputasi Malaysia di seluruh dunia sebagai hab Halal global terkemuka, Ekspo Halal Malaysia 2019 yang bertemakan "Malaysia ke Jepun Untuk Olimpik 2020" memberi peluang kepada PKS Malaysia untuk mengeksport produk dan perkhidmatan Halal mereka ke Jepun. Acara ini bersedia untuk menyediakan PKS tempatan ke Sukan Olimpik & Paralimpik Tokyo 2020 (Tokyo 2020) dengan menyediakan komuniti PKS tempatan dengan peluang perdagangan dan rangkaian yang luas yang terdapat di pasaran Halal Jepun yang menarik dan terus berkembang, yang terus didorong oleh Tokyo 2020 yang akan datang.

Terdapat juga perkongsiaan ilmu (Knowledge Sharing).  Bagi usahawan pula, program yang paling di tunggu-tunggu adalah sesi business matching di mana terdapat 300 sesi padanan perniagaan dengan 20 pembeli dari Jepun dan syarikat besar dari negara Malaysia dan Jepun. Selain itu, sesi padanan ini dapat memperluaskan dan meningkatkan pasaran produk halal Malaysia ke Jepun.


Jadi usahawan jangan lepaskan peluang keemasan ini. Korang yang nak tahu produk halal yang bakal mewarnai Jepun pun mesti datang. Takdalah was - was bila sampai Jepun nanti. Masuk percuma tau. Bella pasti akan turut hadir ke Ekspo ini. Untuk makluman lebih lanjut bolehlah www.halal-expo.my.



You Might Also Like

5 ulasan

  1. Terbaik expo ni. Senang nak cari makanan halal kat jepun nnt

    ReplyDelete
  2. Jom ppergi ramai-ramai. Sempat lagi ni.

    ReplyDelete
  3. Bestnya ada ekspo macam ni kan Bella .. kalau dekat2 kakya dah terjah dah ni .. Semoga ekspo cam gini dapat memberi manfaat buat para usahawan dan juga pengunjung .. sama2 kita support industri Halal Malaysia .

    ReplyDelete
  4. tadi dah pergi, memang macam2 produk ada tau..dari pagi samapi petang..hahaa..dah membeli juga tadi..sebab produk tu sedap dan mudah dimasak..heheee..beli juga kosmetik tadi..kihkih

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.