MENCARI MAKANAN HALAL DI JEPUN

Bella rasa mengembara dan melancong  adalah minat dan aktiviti yang menyeronokan. Bagi sesetengah orang pula ia adalah aktiviti yang wajib ...

Bella rasa mengembara dan melancong  adalah minat dan aktiviti yang menyeronokan. Bagi sesetengah orang pula ia adalah aktiviti yang wajib  dilakukan setiap tahun atau bulan sebagai aktiviti keluarga. Bagi Bella pula ia sudah menjadi suatu impian untuk memenuhi perjalanan hidup Bella dengan diselitkan pengembaraan ke seluruh dunia, terutama ke tempat yang Bella tak pernah jejak lagi. Pengalaman mengembara ke Jepun adalah satu pengembaraan baru yang amat menyeronokan. Tempat bersih, penduduk baik, maju, cuma makanan halal amat - teramat susah nak dijumpai.

MENCARI MINUMAN HALAL DI JEPUN

Malaysia Halal Expo 2019

Sepanjang dekat Jepun, air ni jela kami minum. Masa lapar, cari air ni. Alas la perut sikit. Air lain tak tahu halal ke tak. Tapi paling hebat, mesin gedegang dekat Japan ni, kuar air panas!! Ya ampun. Korang bayangkan, masa tengah tangan sejuk nak beku tu dapat pegang air panas. Dekat Jepun ini sajalah yang menyakinkan Bella untuk minum. Sampaikan setiap kali lalu di mesin air ni, memang kami akan telek dan perhatikan, ada tak air ini dijual.

Malaysia Halal Expo 2019

Ada juga yang mengambil inisiatif sendiri bawa minuman dan makanan halal dari Malaysia. Lapar nak kena jalan jauh pula. Susahkan? Bella setakat bawa benda kecil - kecil ok la. Bagi Bella wajib bawa kopi ke Japan, sebab kopi dorang tak sedap. Bella rela bagi banyak Space untuk baju ootd  Hahaha. Plus Bella lagi suka untuk mencuba makanan baru di negara orang. Pengalaman yang paling menyeronokan bagi Bella. Bukan senang nak dapat rasa. Tapi benda macam ni mana boleh paksa kan? Lain orang, lain caranya.

MENCARI MAKANAN HALAL DI JEPUN


Nak berseronok dalam mencuba makanan Jepun tak salah, tapi mencari yang halal dalam islam itu wajiblah kan? Bagi orang yang bukan islam, Halal itu adalah selain arak dan babi. Padahal cara dan penyediaannya juga diambil kira. Masa Bella dekat Jepun, memang penat cari makanan halal. Semuanya amat mahal dan tersorok. Lagi pula, agama Islam sangat minoriti dekat Jepun. Percayalah cakap Bella, walaupun korang jumpa senarai makanan halal di Jepun, tapi mencarinya tak semudah disangka. Makanan yang disenaraikan halal di Family Mart dan 7 - Eleven pula memang macam goreng pisang panas. Hot! Laku keras. Walaupun sekadar Onigiri.

MALAYSIA HALAL EXPO 2019 MEMUDAHKAN PENCARIAN MAKANAN HALAL DI JEPUN


Betapa susahnya cari kedai makan Halal, bila Bella dan HB jumpa signboard Halal, kami masing - masing memanjatkan rasa kesyukuran dan menjerit kegembiraan. Akhirnya dapat makan! Macam tu sekali tau. Korang patut bersyukur sebab Malaysia Halal Expo 2019 bakal diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre. Ia sebenarnya adalah untuk persediaan Olimpik 2020 nanti. Apa yang paling Bella suka sekali, Expo ini turut mengajak pengusaha produk Halal di Malaysia untuk bersama - sama menyertai memasarkan produk Halal di Jepun. Wow!. Kalau Bella ada produk sendiri dah lama Bella join sekali. Peluang terbaik ni untuk memasarkan produk buatan kita, atau lebih tepat buatan Malaysia ke Jepun. 


Ia adalah satu peluang keemasan yang tidak boleh dilepaskan. Dengan Adanya bantuan Kementerian Pembangunan Usahawan dan SME Corp Malaysia, mereka telah mempunyai stratergi sendiri untuk membantu usahawan tempatan membawa masuk produk Halal buatan Malaysia ke negara Jepun. Tujuan Expo ini memang untuk memasarkan produk - produk Halal ke Jepun sempena sukan Olimpik 2020 maknanya memang sudah ada jalan bagi pengusaha. Korang cuma tinggal sertai saja Expo ini.

JOM RAMAI - RAMAI KE EXPO 2019 



Tiba - tiba Bella rasa nak wujudkan produk makanan sendiri bila tengok peluang dan market luas yang menanti. Korang jangan risau mengenai status Halal pada produk makanan korang, sebab sijil Halal Jakim diiktiraf di Jepun. Market ini bukan terhad hanya kepada pelancong dari Malaysia sahaja, tetapi turut merangkumi pelancong dari negara islam yang lain.Korang yang nak datang singgah tengok produk makanan yang bakal menembusi pasaran Jepun pun boleh. Apa salahnya support product tempatan kan? Jomla kita beramai-ramai ke MHE 2019 (Malaysia Halal Expo) yang bakal mengegarkan Sukan Olimpik 2020 ini.  Untuk Maklumat Lanjut Sila lawati :

Facebook : Malaysia Halal Expo 2019
Lokasi : Kuala Lumpur Convention Centre
Tarikh : 24-26 Januari 2019

Semoga bermanfaat

You Might Also Like

3 ulasan

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.