WAJAH TANPA CELA DENGAN MURAD

Murad? nama orang ke ni? siapa yang pertama kali dengar, mesti akan ingat ia adalah nama seseorang. Tapi sebenarnya, produk yang Bella Sebu...

Murad? nama orang ke ni? siapa yang pertama kali dengar, mesti akan ingat ia adalah nama seseorang. Tapi sebenarnya, produk yang Bella Sebutkan ini adalah satu jenama antarabangsa yang tak perlu diperkenalkan lagi. Murad ini didatangkan dari USA, Los Angeles. Bella berkesempatan untuk mencuba 2 produk daripada jenama terkenal ini iaitu Outsmart Blemish Clarifying Treatment dan Nutrient Charged Water Gel. Ini adalah salah satu cara Bella, untuk mendapatkan WAJAH TANPA CELA DENGAN MURAD. Jom Bella ceritakan mengenai keistimewaan kedua-dua produk ini. Kenapa Bella pilih 2 produk ini daripada banyak produk yang ada.


MURAD BLEMISH CONTROL

Kawalan kerosakan kulit. Ia mengalahkan kerosakan yang menakutkan keatas kulit wajah kita. Ia juga bertindak sebagai perawat dan memberikan rawatan kepada kerosakan kulit wajah kita. Serum gel ini bersifat ringan dengan teknologi Penta Acid. Ia bertindak mengawal dan menghilangkan :-

  • Bintik hitam
  • Kawasan kulit berminyak
  • Bakteria yang merosakkan kulit muka kita
  • Mengurangkan kulit wajah kering 
  • Kerengsaan kulit
Murad Blemish Control ini juga cepat membersihkan kulit daripada kesan jerawat. Ia juga melawan jerawat yang mahu tumbuh.


Cara pakainya :-

  1. Picitkan sedikit ke jari.
  2. Letakkan nipis ke kawasan yang bermasalah terutama jerawat.
  3. Biarkan.
Sesuai dipakai selepas cuci muka bersih - bersih diwaktu pagi dan malam. 


MURAD NUTRIENT - CHARGED WATER GEL

Pelembab wajah semulajadi yang akan mengelakkan daripada wajah menjadi kering kerana ia mengandungi teknologi "Hydration-release" yang akan menyebabkan wajah kita akan sentiasa lembab dan bertahan kelembapan pada wajah akan terus bertahan. Bila kelembabpan pada wajah dapat dikekalakan, ia akan menyebabkan kulit wajah kita akan bertambah baik dan sihat. Ia juga akan menjadikan wajah kita lembut. Selembut kulit bayi. 

You Might Also Like

0 ulasan

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.