MEKAP BERKUALITI TIDAK SEMESTINYA MAHAL MARK MALAYSIA BUKTINYA

Perempuan dan Kecantikan memang tak dapat dipisahkan betul tak? Bila dapat hadiah atau dapat beli mekap idaman, rasa macam dapat cinta yang...

Perempuan dan Kecantikan memang tak dapat dipisahkan betul tak? Bila dapat hadiah atau dapat beli mekap idaman, rasa macam dapat cinta yang hilang. Gitew punya seronok. Itulah sebab, bila Bella dijemput untuk menemui Mark Malaysia, Bella macam tak fikir panjang, terus setuju nak join. Mark Malaysia? bila Bella dengar nama Mark ni, Bella tak sangka ia sebenarnya adalah rangkaian terbaru daripada Avon.  Biar betul nama dia Bella rasa sangat memikat, eksklusif, elegant, cantik dan mahal betul tak? Bila Bella sampai sana, baru Bella tahu. Wow!! Terbaik la Avon. Banyak sangat peningkatan yang telah dibuat. Sekarang korang semua mesti setuju yang MEKAP BERKUALITI TIDAK SEMESTINYA MAHAL MARK MALAYSIA BUKTINYA. 


MEKAP BERKUALITI TIDAK SEMESTINYA MAHAL MARK MALAYSIA BUKTINYA


Bella melangkah masuk ke perasmian mekap terbaru Avon yang diilhamkan dari seni  untuk Gaya berimpak tinggi iaitu Mark! Jom Bella bawa korang bertemu dengan Mark. Mark adalah rangkaian makeup terbaru dan boleh dikatakan juga ialah jenama mekap terbaru yang akan memberikan kuasa dan warna baru  atau juga boleh memberikan semangat baru kepada pencinta mekap terutamanya wanita. Bella yakin, dengan Mark ini, korang mesti tak sabar-sabar nak berkarya dan membuat gaya tersendiri menggunakan make up Mark. Diinspirasikan dari seni dengan produk inovatif dan formula tahan lama ia telah dilancarkan pada 1 September 2018 jadi hari ini dia datang nak cuba kehebatan mekap Mark.

MEKAP BERKUALITI TIDAK SEMESTINYA MAHAL MARK MALAYSIA BUKTINYA

Pelancaran yang sangat-sangat meriah bagi Bella. Ia juga menunjukkan dan memberi kebebasan kepada semua pengunjung untuk mencuba semua range produk terbaru Mark. Rugi siapa yang tak datang. Bagi Bella, makeup ni sama je macam kita buat seni lukis. Tapi make up adalah seni dalam mencantikan wajah kita. Ia penting untuk menjadikan kita lebih cantik dan nampak lebih menarik. kadang-kadang ia juga membuatkan kita lebih yakin untuk sesuatu majlis. Penting juga dalam memberikan first impression kepada orang yang baru kita jumpa. Betul tak? jadi bagi Bella makeup ini adalah penting. Tapi, tak semestinya yang mahal dan berjenama. Mekap berkualiti dan dijamin kandungan yang digunakan itu penting.

MEKAP BERKUALITI TIDAK SEMESTINYA MAHAL MARK MALAYSIA BUKTINYA

Bella memilih untuk mencuba rangkaian lipstik atau gincu yang terbaru daripada Mark! ia sangat mengagumkan dan Bella sangat tak sangka ia adalah daripada rangkaian Avon. Lipstik terbaru ini telah dicipta dalam pelbagai warna, bentuk dan tekstur yang amat menarik. Ia juga melambangkan yang Avon tidak mahu ketinggalan dalam mengikut trend kecantikan dan ia amat menepati citarasa golongan wanita masa kini. Mark menginspirasikan Bella untuk lebih mencuba dalam berkarya dan mencipta entiti diri sendiri. Bagi Bella, Mark mempunyai segala yang penggemar mekap perlukan untuk menginspirasikan diri. Mark terdapat pelbagai jenis gincu yang mengubah warna serta-merta hinggalah kesemburan wajah yang menyempurnakan mekap. Bella suka!


MEKAP BERKUALITI TIDAK SEMESTINYA MAHAL MARK MALAYSIA BUKTINYA

Jujur Bella cakap dulu, Bella macam memandang rendah pada brand makeup Mark ini sebab Bella rasa macam ia kurang berkualiti dan akan merosakkan kulit muka Bella. Tapi bila Bella Cuba, rangkaian terbaru mekap Mark ini, terus persepsi Bella pada mekap jenama Avon ni berubah! Contohnya bila Bella cuba Liquid Lip Lacquer Matte, ia bukan sahaja terasa ringan tetapi ia juga tahan lama di bibir. Kawan - kawan Bella pun setuju dan teruja untuk terus menggunakan rangkaian mekap terbaru Mark ini. 


MEKAP BERKUALITI TIDAK SEMESTINYA MAHAL MARK MALAYSIA BUKTINYA

MEKAP BERKUALITI TIDAK SEMESTINYA MAHAL MARK MALAYSIA BUKTINYA

Sekarang ada lebih sebab untuk korang dapatkan rangkaian mekap Mark. Sekarang ini Mark ada promosi istimewa Mark hanging cosmetics pouch dengan pembelian mana-mana 3 barangan Mark. Mark hanging cosmetics pouch ini Kalau korang beli harga biasa adalah RM49.90, tapi dengan pembelian mana-mana barangan Mark, korang boleh dapatkan dengan harga RM12.90 sahaja. Cantik kan? tapi pouch mekap Bella special sikit sebab ada nama. Sayang nak guna tau. 


MEKAP BERKUALITI TIDAK SEMESTINYA MAHAL MARK MALAYSIA BUKTINYA


Jadi apa tunggu lagi? korang tak nak rasakan ke perubahan terbaru yang dilakukan oleh Avon dalam mencipta rangkaian produk mekap terbaru iaitu Mark? Macam Bella cakap sebelum ini, MEKAP BERKUALITI TIDAK SEMESTINYA MAHAL MARK MALAYSIA BUKTINYA. Maklumat lanjut :-


WEBSITE :- AVON.MY
INSTAGRAM :- AVONMY
FACEBOOK :- AVONMY
03-7965 7100 | TOLL FREE: 1-800-22-2866 (AVON)
OPERATING HOURS: 8.30AM - 6.00PM; MONDAY - FRIDAY (EXCEPT PUBLIC HOLIDAY)
AVON COSMETICS (MALAYSIA) SDN. BHD. (12757-D) AJL 93001
LOT 13A, JALAN 219, SEKSYEN 51A, 46100, PETALING JAYA, SELANGOR


Mekap adalah ekspresi, jadi pilih rona mengikut keberaniaan dan mood. Merah tanda hebat, unggu bak rebel atau kombinasikan untuk sentuhan unik. Selamat berkarya.

You Might Also Like

0 ulasan

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.