SUAMI MENANGIS GARA - GARA TEDDY PRANK

28 October

Selalunya susah sangat nak fikirkan hadiah dan kejutan untuk lelaki. Maklumlah, Lelaki suka apa je? Dulu kalau baru - baru kawen boleh lah janji nak bagi ciuman ke, pelukan setengah jam ke, sekarang dah tak laku. Kah2x. Jadi kena fikirkan cara lain. Bella dah kawen 7tahun. Apa je yang Bella tak buat bagi suami kesayangan gembira? Lagilah pula setiap tahun ada 2 kejutan yang kena fikirkan. Hari jadi dan hari ulang tahun perkahwinan. Fikirkan yang 2 benda ni pun boleh mereng tau. Lagilah pula semua hadiah Bella dan pernah bagi. Handphone, Sportrim, Perfume, Baju, seluar, Psp, wallet, semua bendalah yang suami impikan. Sekarang ni, idea sudah hilang. Ulang tahun bakal tiba. Nasib ada Teddy Prank! SUAMI MENANGIS GARA - GARA TEDDY PRANK.


Bella pun macam antara dua. Nak bagi atau tak. Hadiah dan kejutan macam ni selalunya khas untuk perempuan saja kan? Tapi, bila ada yang bagi dekat ayah dia, dan ayahnya menangis! Sebab Teddy Prank, Jadi Bella yakin, HB Bella yang nampak garang tapi berhati tisu tu pun mesti menangis terharu. Kalau dia tak menangis siap dia.

Bella pun rancang untuk bagi awal bukan masa hari ulang tahun. Kebetulan tahun ini kami pergi bercuti awal sempena hari ulang tahun kami. Ini terpaksa dilakukan sebab HB tak tahan sejuk. Jadi segalanya sudah jadi "in advance". Percutiaan Bella memang selalunya stail yang penat. Itinerary padat memang tak ingat. Bella pula, bila masa travel memang penuh bertenaga dan kalau boleh nak penuhi dan tak nak skip langsung itinerary. HB pula terpaksa ikut sambil mengangkut bag yang berat. Seriously berat. Jadi penat dia berganda. 

HB tabah je bawa bag sambil sekali sekala bagitahu Bella jalan perlahan sikit atau tolong skip mana - mana tempat sebab dia nak balik hotel dan sudah tak larat. Tambahan pula, kami tak makan. Melihatkan kesungguhan ini juga Bella bertekad untuk memberikan kejutan ini bila kami tiba di Malaysia. Tanda terima kasih dan tanda betapa Bella hargai dia menemani Bella dengan susah dan payah. 

Masa Bella dekat Jepun lagi, masa tengah travel lagi, Bella bermain whats app saja untuk mengaturkan kejutan untuk suami Bella ni. Bella punyalah takut kantoi, sampai termimpi - mimpi HB baca whats app Bella tu. Nasib Semuanya alhamdullilah berjalan lancar. HB pula cuti dah habis, Touch Down saja dekat Klia terus siap - siap pergi kerja. Muka penat giler tak boleh nak sorok.

Paling penting semuanya berjalan lancar dan SUAMI MENANGIS GARA - GARA TEDDY PRANK. Berjaya!! Cuma ia menangis melalui icon sajalah. Kalau dia nangis pun, Bella tak nampak, sebab bukan Bella yang hantar. Apa - apa pun, terima kasih sangat - sangat Teddy Prank. Gubahan bunga yang sangat cantik. Bella ingatkan dapat 3 kuntum bunga ros saja. Rupanya dapat 5 kuntum! Sangat berbaloi. Sangat puas hati. Sangat - sangat recommended untuk korang tempah.

Kelainan yang bukan saja perempuan yang suka, tapi kaum lelaki pun mesti suka. Paling terbaik, dapat percuma belon, percuma kad dan percuma penghantaran di sekitar KL!! Pakej dorang ambilkan gambar dan video lagi.  Maklumat lanjut, korang boleh tengok di :-

http://www.wasap.my/60197564019
FaceBook :- Teddyprank4u
Instagram :- Teddyprank

#teddyprank #surprisedeliverykl #surprisedeliverymurah #surpriseplannerkl


You Might Also Like

3 ulasan

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

MY DIET DAIRY

MY STORY EVERYDAY

MY TRAVEL HISTORY