RASAKAN KELAINAN BARU DI KAWASAN REHAT DAN RAWAT PLUS

Kawasan rehat dan rawat (R&R) di lebuhraya yang dikendalikan oleh PLUS Malaysia Berhad di kebanyakan lebuh raya adalah tempat umum yang...

Kawasan rehat dan rawat (R&R) di lebuhraya yang dikendalikan oleh PLUS Malaysia Berhad di kebanyakan lebuh raya adalah tempat umum yang telah diketahui oleh semua orang. Tapi sekarang ini, Bella nak bagi korang lebih banyak sebab kenapa korang mesti berhenti di R&R PLUS ini. Sekarang, PLUS Malaysia akan mentransformasikan R&R lebuh raya ini kepada sesuatu yang lebih menarik. Korang patut RASAKAN KELAINAN BARU DI KAWASAN REHAT DAN RAWAT PLUS. Kelainan yang dibawa oleh PLUS untuk keselesaan kita. 


KEMUDAHAN - KEMUDAHAN DI R&R PLUS

R&R memang memudahkan perjalanan jauh kita sebenarnya. Bagi rehatkan pemandu dan enjin kereta. Pergi mana - mana mesti singgah R&R. Selain berehat, tandas juga menjadi tujuan utama semua pengguna jalan raya. Kadang - kadang dekat tandas pun sesak sangat.  Bagi umat islam pula, kemudahan surau yang disedikan di R&R ini selalunya lebih selesa dari stesen pam minyak.

Macam Bella R&R ini memang tempat wajib singgah setiap kali pulang ke Kedah. Perjalanan daripada Selangor ke Kedah hanya mengambil masa sekitar 4 jam itupun Bella akan berhenti di mana-mana R&R. Tapi itu Kalau hari biasa kalau waktu perayaan pula perjalanan ke Kedah akan mengambil masa sehingga 8 jam!! Haa.. giler tak singgah? memang dah jadi tempat wajib singgah lah. Sampai sesak semua R&R. Penumpang penat pemandu pun penat kereta pun panas. Jadi ingat, korang jangan paksa diri. Penat singgah. Biar lambat asal semuanya selamat sampai. Jangan terburu - buru. Paling penting korang singgah, korang akan dapat RASAKAN KELAINAN BARU DI KAWASAN REHAT DAN RAWAT PLUS. Tak rugi pun kan?


TRANFORMASI R&R PLUS

Pagi ini, Bella dah terpacak depan Persada Plus untuk mengetahui Tranformasi R&R Lebuh raya. Transformasi yang akan membuatkan R&R menjadi tempat yang wajib untuk disinggah. Bella pun tertanya - tanya, transformasi apa yang akan dilakukan untuk menjadikan R&R lebih baik. Bagi Bella, sediakan wifi yang laju macam kuda berlari pun dah kira hebat dah tu. Hehehe. Rupanya transformasi ini adalah dari segi penambahbaikan dan menaik taraf beberapa kawasan R&R yang terpilih. Maknanya bukan semua R&R ok. Pembayaran tanpa tunai juga diperkenalkan di R&R terpilih. Aplikasi Boost telah diperkenalkan di R&R Ayer Keroh (arah Selatan) dan Visa Paywave di R&R Dengkil (arah Utara). Dulu semua guna cash sahaja tau. 


PLUS JALIN KERJASAMA DENGAN JENAMA BESAR

Transformasi ini juga bukan setakat penambaikan R&R sahaja. Plus Malaysia Berhad juga telah memeterai perjanjian bersama 10 jenama utama makanan dan minuman sebagai salah satu langkah untuk merevolusikan Kawasan Rehat dan rawat (R&R) di lebuhraya.  Ia juga dilakukan dalam memenuhi permintaan dan citarasa pelanggan. Jenama tersebut adalah Starbucks, krispy kreme , Harold's Bread, Mohd Chan, famous Amos, A&W, Dunkin Donuts, MyNews Kenny Rogers dan line clear nasi kandar . Wah! bertambah hebatlah R&R selepas ini. 


JENAMA MAKANAN MENGIKUT PERMINTAAN PELANGGAN

Semua jenama makanan ini, adalah jenama yang disukai oleh masyarakat zaman kini dan mendapat permintaan ramai. Kita sedia maklum yang di R&R memang sudah terdapat berbagai gerai yang menjual makanan berat seperti nasi, mee, lauk - pauk, masakan panas dan macam - macam lagi. Tapi sebenarnya pelanggan mahukan makanan yang sekadar alas perut dan tidak terlalu berat. Jadi, bila wujudnya makanan yang lebih banyak pilih sebegini, mesti ramai yang lebih berpuas hati. Bella setuju dengan semua pemilihan jenama makanan ini. Memang semuanya terbaik. 


Jangan tak tahu, yang PLUS mengikuti selera pelanggan masa kini. Jadi, kesemua jenama ini juga, dipilih berdasarkan beberapa kajian dari segi kehendak pelanggan dan juga pasaran. Jadi, Plus membuat strategi untuk memberi fokus terhadap jenama - jenama yang mempunyai permintaan yang besar. Ini baru sikit tau, selepas ini PLUS akan berkolaborasi dengan lebih banyak jenama untuk beroperasi di R&R. Wah! mesti lagi meriah.


Korang pun setuju kan? Zaman sekarang ni, kalau sebelum makan, kamera kena makan dulu. Kalau setakat nak pos mee goreng. Benda tak rare. Jadi, budaya macam ini sebenarnya telah menjadi trend terkini dimana medan selera yang biasa bukan lagi pilihan. Korang sanggup berbelanja lebih untuk secawan air starbucks dari sepinggan mee goreng basah kan? Disebabkan budaya ini jugalah PLUS berevolusi kepada penyedia perkhidmatan. Dimana PLUS akan menyediakan pengalaman berbanding produk. 


Pengalaman di PLUS akan lebih menarik dengan kehadiran jenama - jenama makanan terkenal ini. Betul tak? Sebelum ini, jika singgah di R&R tiada siapa yang akan peduli. Tapi mungkin selepas ini, dengar saja R&R semua teruja sebab ada semua restaurant makanan kegemaran korang betul tak? Lepas ni, nak lepak R&R pun lebih seronok. Menjadikan R&R tempat berkumpul sebelum ke destinasi seterusnya pun makin havoc.


Bella dah cuba dan rasa semua restoran dan jenama makanan hebat ni. Semuanya sangat sedap dan memang sangat dikenali. Cuma Harolds Bread. Satu jenama baru yang Bella pertama kali dengar. Berkolaborasi dengan PLUS. Tapi, memang tidak mengecewakan. Semua makanan kek, biskut dan roti sangat menyelerakan. Lepas ini, korang kalau nampak restoran Harolds Bread ini di PLUS mesti singgah dan cuba semuanya, terutama Cheese Tart memang sangat sedap dan takkan cukup satu. Diharapkan PLUS Malaysia terus maju jaya dan terima kasih untuk pembaharuan ini. Bella suka makan, jadi Bella seronok sangat menerima berita ini. 

You Might Also Like

0 ulasan

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.