cadangan
Kongsi Sikit
Tip
Tips kewangan
TIPS MENGAPAI IMPIAN BERCUTI KE SERATA DUNIA DENGAN SIMPANAN
15 September
Semua orang ada impian. Sesuatu yang sangat kita inginkan. Sangat mengharap ia akan menjadi kenyataan. Kadang kala impian ini bagaikan mimpi. Mimpi? Boleh ke kita mengapai mimpi? Bermimpilah jika itu boleh buat korang gembira. Lagipun mimpi dan berangan itu kan percuma. Tetapi, tidak semua mimpi dan impian hanya sekadar angan - angan dengan cara dan usaha yang betul ia boleh menjadi kenyataan. Sebab itu Bella nak kongsikan sedikit TIPS MENGAPAI IMPIAN BERCUTI KE SERATA DUNIA DENGAN SIMPANAN. Setakat ini Alhamdullilah, Bella dah capai banyak negara dengan simpanan. Yes. Simpanan sendiri.
Impian Bella banyak sebenarnya. Bella pun pasti, korang mesti banyak impian. Macam bermimpi. Hari - hari kita akan mimpikan sesuatu yang berlainan. Bella mengimpikan kehidupan yang serba mudah. Tidak perlu kerja. Tapi, segala - galanya Bella ada. Tapi awas!! siapa yang selalu bermimpi macam tu. Itu bukan impian ya. Itu angan - angan. Impian mestilah logik dan perlu tetapkan suatu masa yang kita akan jangkakan impian itu akan tercapai. Wallpaper di Screen telefon bimbit Bella jelas menunjukan impian Bella. Setiap kali terpandang, Bella akan berkata, inilah impian aku. Gambar di telefon bimbit Bella adalah gambar semasa Bella bercuti di Korea pada musim sakura. Gambar wallpaper ini akan sentiasa bertukar untuk mengingatkan Bella, banyak lagi tempat Bella tak terokai. Gitew!!
Impian Bella adalah untuk merantau serata dunia dan kalau boleh ke setiap ceruk bandar ataupun kampung sebenarnya. Tapi, buat masa sekarang, Bella capaikan apa yang dizinkan oleh suami Bella. Banyak faktor yang akan menyebabkan suami Bella tak izinkan. Keputusan dia sangat penting sebab dia yang akan menemani Bella. HB tak suka pergi negara yang sama dalam satu tahun. Jadi kenalah selang seli walaupun plan asal Bella nak ikut peta je. Cover Malaysia, Thailand, Indonesia dan semakin jauh. Jadi sekarang Bella kena langkah - langkah la negara yang Bella nak terokai tu. Owh kembali kepada tajuk asal. Berita baik, hari ini Bella nak kongsikan TIPS MENGAPAI IMPIAN BERCUTI KE SERATA DUNIA DENGAN SIMPANAN.
Bella pasti mesti ramai yang bercita - cita dan berimpian macam Bella. Mengembara ke serata dunia. Belajar benda baru. Merasai suasana baru. Terasa diri amat kecil dan asing. Mengembara bagi Bella adalah seolah - olah kita belajar mengenal diri sendiri. Bella akan meletakkan nama - nama negara yang Bella mahu pergi dan akan cuba sedaya upaya untuk mencapainya.
Impian Bella bagaikan menjadi kenyataan bila percutian Bella ditaja sepenuhnya oleh AirAsia. Bercuti Ke Korea tanpa perlu memikirkan masalah kewangan. Bella dapat menginap di Hotel mewah yang berlainan setiap malam. Makan apa saja yang Bella mahu. Balik dengan kenangan yang menyeronokkan. Masa itu terasa bagaikan Bella adalah manusia paling bertuah didunia. Tapi ini bukanlah impian yang tercapai. Ini sebenarnya adalah rezeki. Bila Bella dapat merasai dan berpeluang merantau jauh macam ni, semangat Bella untuk mengapai impian mengelilingi seluruh dunia semakin kuat. Kena kumpul duit ni. Bukan sentiasa bertuah kan?
Tapi nak kumpul duit ambil masa. Lambat. Kumpul sebulan rm300 pun kadang - kadang susah sangat - sangat. Tabung mengelilingi dunia tidak penuh - penuh. Asyik kena korek. Perasaan mahu mengelilingi dunia dan mengembara sentiasa menghimpit Bella. Lagi - lagi bila Bella terpandang Screen phone Bella. Impian yang Bella fikir hari - hari. Jadi perlulah ada target dan jalan penyelesaian. Bella mencari dan terus mencari. Akhirnya Bella diperkenalkan dengan ASB Loan.
Mungkin ada yang tidak setuju dengan cadangan Bella. Tapi inilah yang Bella buat dan Bella dan pergi semua negeri dalam Malaysia, Sabah dan Sarawak. Brunei, Myanmar, Macau, Hongkong, Jakarta, Bandung, Krabi, Phuket, Singapore dan banyak lagi. (Boleh tengok IG dan FB Bella kalau nak tahu.) Semua ini Bella kumpul dan menabung dengan ASB LOAN. Hah ???? Loan? Hutang tu. Bagi korang yang tak faham dan tak tahu nak pusing korang mungkin akan rasa terbeban dan macam tak logik sungguh. Betul tak?
Bagi Bella, ASB Loan ini bagus sebab ia bagaikan komitmen yang memaksa kita untuk menabung. Bukannya letak dalam buku atau tabung yang boleh dan senang keluar dan masuk duit. Itu dah salah. Tabung tidak akan penuh dan impian tak mungkin dapat dicapai. Teruslah impian tu menjadi mimpi. Simpanan ini, bukan saja korang boleh gunakan untuk melancong, semua jenis impian boleh tercapai kalau kena gayanya. Adik Bella, simpan dengan ASB Loan khas untuk kahwin. Target simpanan banyak mana, sampai masa. Tutup. Selamat Alhamdullilah dah pun. Anak pun dah seorang. Itu contoh lain. Impian dia berkahwin dengan cinta hati. Jadi. Tips ini untuk mengapai semua impian!
Bella nak cerita dan jelaskan banyak sangat, takut korang tak faham atau mesej penting tu tak sampai. Jadi, lebih baik korang WhatsApp atau call 019-2592191 Firdaus untuk maklumat lanjut. Dia akan ajar Tips dan tricks terbaik. Personal Banker yang boleh dipercayai. Telah menerima berbagai penghargaan dalam perkhidmatanya. Call atau whatsapp untuk pertanyaan atau untuk mendapatkan khidmat nasihat mengenai kewangan saja tau. Soal hati dan perasaan jangan yer. Kah2x. Kena gigit Bella tak tahu. Soal macam mana nak pusing buat jadi duit mengapai impian korang pun dia boleh tolong.
P/S :- Tambahan sikit sebab ramai yang menrungut kata ASB investment turun tahun ini. Tapi, kalau korang nak tahu. Ia adalah investment yang berisiko sangat rendah dan dijamin. Ia KHAS buat bumi sahaja. NON BUMI tak boleh ada ASB tau. Dorang ada Fixed Deposit sahaja. Interest paling tinggi untuk dorang adalah 3% sahaja. Korang nak melabur mana lagi yang no risk? Terpulang untuk korang fikir - fikirkan. Bella kongsikan saja.
Semoga bermanfaat. :)
1 ulasan
begitulah cara kami sekeluarga.. buat ASB loan.. nak simpan masuk bank sendiri konpem tak jadi...
ReplyDeleteTerima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.