NILAI RM5 DI RUMAH RONALD MCDONALD (RMHC)

Bila kita bercakap mengenai nilai matawang kita yang semakin merundum mengikut keadaan  ekonomi semasa, kita akan terasa yang nilai Rm50 da...

Bila kita bercakap mengenai nilai matawang kita yang semakin merundum mengikut keadaan  ekonomi semasa, kita akan terasa yang nilai Rm50 dah macam Rm10. Pergi pasaraya, nak penuhkan troli dengan berbekalkan hanya Rm50 bagaikan mimpi. Lagikan pula dibebani dengan SST. Kalau Rm50 nilainya terasa sangat rendah dan sikit. Lagikan pula nilai Rm5. Kecil sangat kan? Budak sekolah rendah belanja sehari pun Rm5. Mungkin juga ada yang lebih. Tapi, Awas!! Bella bukan nak bercakap mengenai politik. Bella nak kongsikan NILAI RM5 DI RUMAH RONALD MCDONALD (RMHC). Rm5 ini menjadi sangat bernilai dan sangat meringankan beban. 


SESI MEDIA SEMPENA KEJOHANAN GOLF AMAL RMHC

RMHC, RUMAH KEBAJIKAN, RUMAH PERCUMA, PERTOLONGAN,DERMA, RUMAH PERCUMA, BANTUAN, BANTUAN SAKIT

Baru-baru ini, Bella dan Kelab Blogger Ben Ashaari berpeluang memenuhi jemputan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald untuk satu sesi berkenaan pembinaan Rumah Ronald McDonald kedua di HUSM, Kelantan. Tapi, sebelum Bella terangkan dan kongsikan dengan korang tentang NILAI RM5 DI RUMAH RONALD MCDONALD (RMHC), Bella nak tanya, korang tahu tak? Pernah dengar tak mengenai Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC)? Korang mesti ingat McDonalds, ingat ayam goreng, burger, ingat makan jer kan? Jangan malu atau segan, Bella pun macam tu. Seriously? McDonald ada Persatuan Kebajikan sendiri? Tak tahu pun!! 


LATAR BELAKANG RONALD MCDONALD HOUSE CHARITIES (RMHC) MALAYSIA


RMHC, RUMAH KEBAJIKAN, RUMAH PERCUMA, PERTOLONGAN,DERMA, RUMAH PERCUMA, BANTUAN, BANTUAN SAKIT


Mesti ramai yang baru tahu dan sebelum ini tak pernah tahu pun wujudnya RMHC. Padahal, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) telah ditubuhkan pada Februari 1990 sebagai sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan dengan misi untuk mewujudkan, mendapatkan dan menyokong program yang dapat meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Malaysia. Sejak 28 tahun lalu, RMHC Malaysia telah memberi impak positif dalam kehidupan lebih 20,000 kanak-kanak melibatkan Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan dengan dana berjumlah lebih RM 20 juta.

PROGRAM - PROGRAM YANG DIUSAHAKAN DIBAWAH RMHC

RMHC, RUMAH KEBAJIKAN, RUMAH PERCUMA, PERTOLONGAN,DERMA, RUMAH PERCUMA, BANTUAN, BANTUAN SAKIT



Pelbagai program dan Inisiatif-inisiatif RMHC lain yang akan dilaksanakan pada tahun ini termasuklah program Kembali-ke-Sekolah melibatkan kira-kira 20,000 pelajar dari keluarga berpendapatan rendah dengan pemberian kelengkapan sekolah yang baharu untuk sesi persekolahan 2019; program ‘Gift of Smile’ yang menaja kanak-kanak untuk melalui pembedahan sumbing bibir; dan pembinaan lebih banyak Bilik Sensori Ronald McDonald untuk kanak-kanak istimewa. Paling terbaru adalah pembinaan Rumah Ronald McDonald yang ke 2 di Kelantan. Alhamdullilah. Bella suka dan tabik dengan semua usaha yang telah dilakukan oleh RMHC ini. 



RUMAH RONALD MCDONALD PERTAMA DI PPUKM

RMHC, RUMAH KEBAJIKAN, RUMAH PERCUMA, PERTOLONGAN,DERMA, RUMAH PERCUMA, BANTUAN, BANTUAN SAKIT

Rumah Ronald McDonald ini dibina bertujuan untuk beri kemudahan tempat tinggal sementara untuk keluarga pesakit kanak-kanak yang mendapatkan rawatan di hospital – contohnya macam penyakit kanser, leukimia, saraf dan lain-lain lagi. Ia amat membantu. Bayangkanlah perkara macam tu terjadi pada kita sendiri, anak kita sakit, mestilah nak berada dekat je dengan anak, sampai ada yang mungkin sanggup tidur kat surau hospital, dalam kereta, atau sewa hotel sebab risau. 

Bila ada Rumah Ronald McDonald dalam kawasan hospital, bukan ke senang nak tengok anak, tak perlu stress fikir duit sewa hotel dan dapat tidur kat tempat selesa. Hanya dengan RM5 sahaja. Nampak tak? RM5 bila dibawa ke Pasaraya nilainya amatlah kecil, tapi NILAI RM5 DI RUMAH RONALD MCDONALD (RMHC) terasa amat bermakna dan bernilai. 

RUMAH RONALD MCDONALD KEDUA DI USM


RMHC, RUMAH KEBAJIKAN, RUMAH PERCUMA, PERTOLONGAN,DERMA, RUMAH PERCUMA, BANTUAN, BANTUAN SAKIT

Rumah Ronald McDonald kedua yang akan dibina ni sepenuhnya hasil sumbangan syarikat-syarikat korporat dan orang ramai. Rumah seumpama ini akan dibina lagi di Kubang Kerian Kelantan pula. Sasaran untuk dana ini adalah 4juta. Jadi, Kejohanan Golf Amal Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) telah diadakan dan telah berjaya meraih RM440,000 untuk pembinaan Rumah Ronald McDonald baharu di Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) di Kubang, Kerian, Kelantan.

Rumah Ronald McDonald kedua yang akan dibina di Hospital USM di Kelantan ini, dijadualkan siap dan bersedia menerima kunjungan keluarga mulai suku pertama 2019. Rumah Ronald McDonald yang baharu ini turut menyediakan kemudahan yang selesa dan berpatutan untuk keluarga pesakit pediatrik yang mendapatkan rawatan perubatan tempoh masa panjang di Hospital USM atau lain-lain hospital berdekatan.

Apa yang lebih penting, Rumah Ronald McDonald yang baharu ini juga mampu memberi manfaat kepada mereka yang datang dari negeri-negeri lain di seluruh negara dengan bayaran yang amat minima iaitu serendah RM5 untuk membolehkan keluarga menggunakan kemudahan seperti bilik tidur, ruang makan, ruang permainan, dapur, ruang membasuh dan lain-lain lagi.

APA KATA MEREKA YANG SEDANG MENGINAP DI RUMAH RONALD MCDONALD 

RMHC, RUMAH KEBAJIKAN, RUMAH PERCUMA, PERTOLONGAN,DERMA, RUMAH PERCUMA, BANTUAN, BANTUAN SAKIT

Semasa sesi memperkenalkan Rumah Ronald McDonald ini, pesakit dan keluarga pesakit telah berkongsi pengalaman mereka menginap di Rumah Ronald McDonald ini. Sedih. Ayah sehingga menitiskan air mata apabila mengenangkan perjalanan ulang alik yang jauh dari rumah ke hospital sebelum diperkenalkan dengan Rumah Ronald McDonald ini. Sehinggalah doktor mencadangkan emak nya menginap saja di Rumah Ronald McDonald, barulah tugas dapat dibahagikan dan lebih mudah. Ayah menjaga kedua anak perempuannya di rumah, dah emak menemani anaknya yang sakit di Hospital.

Masa Amin (pesakit) berkongsi pengalamannya sendiri menginap di Rumah Ronald McDonald, ia memberitahu yang ibunya happy sahaja bersembang dan membawang dengan ibu - ibu pesakit yang lain. Anak - anak yang sakit juga seronok sehingga lupa yang mereka sedang sakit. Amin kata, Rumah Ronald McDonald sama dan selesa seperti menginap di hotel. Ia memberikan keceriaan kepadanya. Tapi, kebanyakkan kawan - kawan yang senasib dengannya ramai yang telah meninggal dunia. Bella bangga tengok Amin, sebab dia sangat kuat. Sekuat usaha ibu dan ayahnya. Semoga Amin sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dan sembuh sepenuhnya. InshaALLAH aminn. 

CARA UNTUK TURUT TERLIBAT DALAM USAHA BERSAMA RMHC MALAYSIA

RMHC, RUMAH KEBAJIKAN, RUMAH PERCUMA, PERTOLONGAN,DERMA, RUMAH PERCUMA, BANTUAN, BANTUAN SAKIT

Marilah kita bersama - sama memberikan lebih banyak senyuman dan kebaikan bersama dengan RMHC. Orang ramai dan pelanggan McDonald’s juga boleh turut serta dalam inisiatif yang dilaksanakan ini dengan memberi sumbangan menerusi tabung-tabung derma yang terdapat di restoran-restoran McDonald’s seluruh negara. Selain itu, sumbangan juga boleh dibuat menerusi pindahan bank atau online menerusi PayPal.

Maklumat lanjut mengenai derma :-  https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/.
Maklumat lanjut mengenai RMHC dan Rumah Ronald McDonald, sila layari https://rmhc-malaysia.my/.

Harapan Bella, semoga sasaran kutipan tercapai dan Rumah Ronald McDonald yang kedua dapat dibina dengan jayanya. InshaALLAH. Semoga yang memegang amanah, pegang betul - betul sehingga segala kebaikan terus bertaburan di negara kita ini. Buat penderma, dermalah seikhlas hati dan yakinlah dengan menderma takkan mengurangkan harta kita sedikit pun. Assalamualaikum. 

You Might Also Like

5 ulasan

  1. Kemudahan macam ni mmg sgt membantu terutama org2 kg,kkdg siap kena tipu lagi bila menunggu anak2 kat hospital huhuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul bagus sangat. Kena tipu? Kena tipu macam mana?

      Delete
  2. sedih bila video adik Amin tu. mmg kuat semangat macam ibu ayah dia.. btw, suka bc entri bella yg ni.. kipidap

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.