KEINDAHAN BERWARNA KUNING DI FESTIVAL BUNGA CANOLA DI BUSAN

03 September

Korang tahu tak yang sebenarnya selain daripada keindahan bunga Sakura, korang juga boleh merasai dan menghayati KEINDAHAN BERWARNA KUNING DI FESTIVAL BUNGA CANOLA DI BUSAN pada musim bunga iaitu pada bulan April setiap tahun! Bella dah ceritakan secara kasar sebelum ini, dalam Instagram Bella siap ada video lagi. Tapi kali ini Bella nak ceritakan dengan lebih terperinci dan belanja korang gambar banyak - banyak. Boleh kan? Mana tahu ada yang kesini atau merancang ke sini. Boleh bayangkan macam mana keadaan disini. 

bercuti ke korea, bercuti ke busan, busan, korea, tempat menarik korea, tempat cantik korea

Bila Bella sampai ke tempat ini, jalan memang sesak. Ramai rupanya yang seronok dan suka bergambar dengan bunga canola ini. Bella dari jauh nampak warna kuning yang mengujakan memanggil - manggil Bella. Rasa hayunan kaki semakin laju. Rasa nak berlari pun ada. Sabar Bella. Sabar. Besar giler tu. Jap lagi sampai, berguling pun boleh. (Bella memujuk hati sendiri) . Festival ini memang acara tahunan yang diadakan setiap tahun dalam musim bunga. Masa ini, bunga Sakura ataupun bunga ceri dah nak abis dah.  Tapi cuaca tetap sejuk dan nyaman. 

bercuti ke korea, bercuti ke busan, busan, korea, tempat menarik korea, tempat cantik korea

Bella sudah semakin hampir dengan kekuningan yang tercipta dari ribuan pepohon bunga Canola. Bunga ini juga dikenali sebagai Yuchae oleh masyarakat tempatan. Sukar Bella nak terperincikan perasaan Bella masa ini. Perasaan yang bagaikan mahu menjerit melihat bunga yang Bella tidak pernah bayangkan pun dan Bella tak pernah tahu pun kewujudannya. Bunga ini macam tiada bau. Cuma, tanah disini ada sesetengah tempat sedikit lembab dan berair. Salah pijak, abislah kasut boot mahal korang kan? 

bercuti ke korea, bercuti ke busan, busan, korea, tempat menarik korea, tempat cantik korea

Festival Bunga Canola ini terletak berhampiran dengan bandar Gimhae. Bella kesini dengan menaiki bas yang disediakan. Tapi Bella baca, korang boleh juga kesini dengan menggunakan subway bergerak dari station Gupo menuju ke station Gangseo-gu office. Bila korang sampai saja ke Station Gangseo-gu Office, ada banyak petunjuk arah yang menunjukan cara korang hendak ke festival Canola ini. Tapi, dalam bahasa Korea la. Siapa yang pandai dan tahu bahasa Korea memang pandai. Hasil dari research Bella, Bella bagi panduan sikit la untuk korang ke sini.

Gunakan subway line 3 line yang berwarna orange kearah Daejeo dan turun di Gangseo-gu Office. Keluar sikit dan keluar exit 2.

bercuti ke korea, bercuti ke busan, busan, korea, tempat menarik korea, tempat cantik korea

Alhamdullilah !! dah sampai. Bella tak sabar nak berenang - renang di tengah - tengah bunga kuning ini. Ada lorong untuk memudahkan kita mendekati bunga canola ini ataupun untuk mengambil gambar. Info yang Bella dapat juga, bunga Canola ini boleh menghasilkan minyak masakan. Kandungan lemaknya sangat minimum dan sangat baik untuk menurunkan kolestrol dan menjaga jantung. Siapa pernah cuba masak menggunakan minyak dari bunga Canola ini? sedap tak? Bella tak pernah cuba lagi.

bercuti ke korea, bercuti ke busan, busan, korea, tempat menarik korea, tempat cantik korea

bercuti ke korea, bercuti ke busan, busan, korea, tempat menarik korea, tempat cantik korea

bercuti ke korea, bercuti ke busan, busan, korea, tempat menarik korea, tempat cantik korea


bercuti ke korea, bercuti ke busan, busan, korea, tempat menarik korea, tempat cantik korea


bercuti ke korea, bercuti ke busan, busan, korea, tempat menarik korea, tempat cantik korea

Wajah dan aksi kanak - kanak riang yang pertama kali dalam hidupnya memegang dan menyentuh bunga Canola. Petik tidaklah yer. Sayang bunga tu. Cantik - cantik nak petik. Walaupun pertama kali, aksi tidaklah tak senonoh, masih mengekalkan kesopanan dan kesusilaan gitew. Kecantikan bunga canola sukar diungkapkan sebagaimana cantiknya bunga sakura. Dua - dua ada kecantikkan dan keistimewaan tersendiri. Cuma Bella lebih menyukai dan mencintai warna pink. Rasa nak kunyah - kunyah je bunga sakura yang berwarna pink tu. Geram sungguh.

bercuti ke korea, bercuti ke busan, busan, korea, tempat menarik korea, tempat cantik korea

bercuti ke korea, bercuti ke busan, busan, korea, tempat menarik korea, tempat cantik korea

Pengunjung memang ramai. Terdiri daripada pelancong dan juga masyarakat setempat. Festival setahun sekali kan? Mestilah meriah. Masa Bella berjalan - jalan tu, bertemu dengan sekumpulan pelajar. Muka macam Melayu. Bila tegur, orang Indonesia rupanya. Mereka sedang sibuk memasang kamera untuk mengambil gambar keindahan bunga Canola disini. Malas nak ngangu mereka, Bella pun beransur ke tempat lain dan dari jauh Bella melihat payung - payung khemah dibuka. Apa tu? Perasaan ingat tahu yang membuak - buak, Bella berlari ke sana. Yer! Bella berlari sebab nak cerita kat korang la. Tips bila sampai ke Festival Bunga Canola. Betul. Ada benda best dekat sana.

bercuti ke korea, bercuti ke busan, busan, korea, tempat menarik korea, tempat cantik korea

bercuti ke korea, bercuti ke busan, busan, korea, tempat menarik korea, tempat cantik korea

bercuti ke korea, bercuti ke busan, busan, korea, tempat menarik korea, tempat cantik korea

Ia seakan - akan pasar yang menjual makanan dan hasil kraftangan masyarakat tempatan. Made in Korea. Paling penting ada makanan halal. Pergghh lega. Tapi Bella kenyang. Tambahan pula, Bella tak banyak masa. Kang beratur nak beli, makanan dapat, jelingan marah pun dapat. Jadi lepas Bella snap gambar dan tengok apa yang patut. Bella pun pergi ke kawasan bunga Canola tadi untuk menaiki bus dan ke destinasi seterusnya yang diaturkan oleh Korea Tourism (KTO) dan AirAsia - X.


bercuti ke korea, bercuti ke busan, busan, korea, tempat menarik korea, tempat cantik korea


bercuti ke korea, bercuti ke busan, busan, korea, tempat menarik korea, tempat cantik korea

Kawasan luar juga penuh dengan berbagai jualan. Makanan pun wangi semuanya. Maklumlah dibakar. Harumnya. Tak puas sebenarnya Bella nak menghayati keindahan dan kekuningan bunga Canola. Rasa nak datang lagi memang kuat. Buat klip video  "Bercanda dipasiran pantai, kita bersama memadu asmara, cinta setia". Romantik kan? Kalau ada rezeki HB pula. InshaALLAH, boleh repeat. 

bercuti ke korea, bercuti ke busan, busan, korea, tempat menarik korea, tempat cantik korea

Selamat tinggal bunga Canola. Walaupun Bella balik tinggalkan awak jauh beribu - ribu batu, kenangan Bella memegang dan menyetuh awak Canola, takda siapa boleh rampas. Jujurnya, tempat ini teramat cantik. Terasa bagaikan berada didunia asing yang kuning. Pengalaman baru yang korang mesti cuba. Kalau mak - mak yang datang ni, mesti dipetiknya buat benih nak tanam dekat Malaysia kan? Hahaha. Ok la. Nanti Bella belanja gambar menarik yang lain pula.

Semoga bermanfaat dan selamat bercuti.

Maklumat Penerbangan :-

KL ke Busan: 4x seminggu

KL ke Seoul: 2x sehari

AirAsia X merupakan syarikat penerbangan kos rendah yang pertama memperkenalkan Premium Flatbed dimana tetamu boleh mengharapkan untuk menikmati produk dan perkhidmatan premium seperti pilihan tempat duduk, keutamaan daftar masuk, keutamaan boarding, keutamaan ruang penyimpanan barang, Peruntukkan bagasi 40kg, percuma makanan, bantal dan selimut bagi pengguna premium.

AirAsia X telah dianugerahkan Syarikat Penerbangan Tambang Murah Premium Kabin Dunia dan Syarikat Penerbangan Tambang Murah Premium Seat di Skytrax Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Tahunan Bagi Tiga tahun berturut - turut iaitu pada tahun 2013 - 2015. Hebat kan?? Jadi jangan ragu - ragu untuk terbang bersama AirAsia.

You Might Also Like

1 ulasan

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.

MY DIET DAIRY

MY STORY EVERYDAY

MY TRAVEL HISTORY