Persediaan Barang Untuk Berkhemah

Siapa hobi dia pergi berkhemah?? Bella kali terakhir berkhemah adalah masa sertai Pengakap muda masa Sem 1 dulu. Agak lama. Lebih kurang 1...

Siapa hobi dia pergi berkhemah?? Bella kali terakhir berkhemah adalah masa sertai Pengakap muda masa Sem 1 dulu. Agak lama. Lebih kurang 10tahun lepas. Faktor tiada kawan yang hendak bersama - sama berkhemah dan juga alatan lengkap langsung tiada. Selalunya bila sertai perkhemahan ini, pihak penganjur akan sediakan segala - galanya. Jadi,buat apa Bella susah - susah hendak siapkan semua alatan. Kena bajet plak tu kan. Tapi,pada tahun ini setelah 10 tahun HB teringin hendak pergi Sungai Berkelah yang lebih seronok jika kita berkhemah. Kebetulan KBBA juga mengajak Bella berkhemah ke Taman Negara. Jadi, sekaligus kita buat persediaan untuk kedua - dua aktiviti ini. Bella terasa hendak berkongsi dengan korang PERSEDIAAN BARANG UNTUK BERKHEMAH sebab Bella rasa ia penting dan korang perlu tahu.

KHEMAH

persediaan berkhemah

Hendak pergi berkhemah mestilah kena ada khemah kan? Pelik tu kalau pergi buat aktiviti berkhemah tapi tidak ada khemah. Khemah ini sebenarnya banyak saiz. Saiz dan kualiti mestilah mengikut harga. Khemah ini penting masa hujan dan untuk perempuan salin baju la. Mekap? Apa ke giler berkhemah sambil mekap bagai? Penting juga untuk mengelakkan dari gigitan serangga. Bagi Bella penting sangat - sangat buat perempuan. Lelaki tidak apa lagi, tidak banyak sangat aurat hendak dijaga.

PELAPIK / TOUR MAT

aktiviti berkhemah

Pelapik ini juga perlu supaya badan kita tidak sakit bila baring didalam khemah. Walaupun kita berada didalam khemah tetapi bahagian bawah khemah agak nipis. Kalau korang dirikan khemah diatas kawasan yang salah, iaitu yang berakar atau berbatu, memang azablah korang tidur. Habis bangun keesokkan harinya badan korang sakit - sakit. Disinilah kegunaan Tour Mat ini. Selain bagi haba masa korang tidur, ia juga membuat tidur korang nyeyak. Baru seronok berkhemah. Terasa macam tidur atas karpet. Giteww..

Bag Tidur / Sleeping Bag

bekas tidur

Pengalas tempat tidur dah ada kan, Sleeping bag perlu juga ke? Pengalaman Bella, kalau dah ada sleeping bag, tidak beli tour mat / pelapik tempat tidur pun tidak mengapa, tapi kawan Bella dia takut Bella tidak selesa semua benda dia suruh Bella beli. Tapi sangat berguna sebab pelapik itu kitaorang jadikan pelapik untuk solat. Kebetulan HB Bella tidak mahu beli semua benda tu, dia kata nanti dia lapik dengan kain pelikat saja. Bila malam menjelma, Haaa kesejukkan sampai ke tulang. Baru tahu. Nasib Bella beli.

ALATAN MEMASAK DALAM API

persedian berkhemah

Ini adalah alatan tambahan:-
  • Puncho / baju hujan. 
  • Lilin memasak sebagai permulaan hidupkan api untuk membakar kayu.
  • Periuk memasak. Senanglah korang hendak masak maggi.
  • Ubatan. Lebih - lebih lagi minyak gamat. Serangga banyak dalam hutan.
  • Kain batik juga penting. Hendak membuang nanti, haaa xda kain batik satu alam nampak.
  • Barangan penjagaan diri.
  • Botol air.
BAG 

Bag yang sesuai juga amat penting. Bag untuk membawa barang-barang supaya tidak putis atau berat sebelah. Berkhemah tidak kan lah pergi sebelah rumah sajakan. Sebelum berkhemah mestilah trekking atau hiking dulu. Kecuali korang sekadar hendak berkhemah di tepi pantai. Selalunya orang berkhemah untuk mencapai ada menuju kejayaan. Eh, tidak adalah untuk menikmati pemandangan indah atau mencari tempat mandi yang jarang - jarang ditemui. Memang mencabar. Nanti Bella cerita Bella pergi mana ok. 


Tapi alatan yang beli senaraikan ini adalah untuk kegunaan peribadi sahaja. Macam Bella pergi hari itu. Kami ada ketua dan beberapa orang kaki hiking yang cukup peralatan. Korang yang tidak biasa hiking atau baru hendak mulakan aktiviti berkhemah ini, jangan memandai - mandai. Buruk padahnya. 


Owh, jangan dipandang remeh dengan pakain yang dibawa dan kasut yang dipakai. Itu juga amat penting. Jangan nanti koyak dan tapak tercabut pula.

Harap Bermanfaat

You Might Also Like

1 ulasan

  1. CCL dah lama pulak tak pergi bercamping ni ..last pergi masa zaman sekolah .btw good entri pada yang nak pergi camping boleh rujuk entri ni

    ReplyDelete

Terima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.