Aktiviti
Bajet
Bercuti
Selangor
Travel York
Tempat Unik The Kabin Kuala Selangor
26 March
korang!!! masih tercari - cari tempat berehat yang unik dan lengkap? Bella cadangkan korang ke Tempat Unik The Kabin Kuala Selangor. The Kabin. ini baru dibuka dan sedang diperbesarkan. Tapi, kalau korang pergi sekarang pun, keadaan The Kabin ini amat memuaskan dengan keunikkan biliknya yang dibuat daripada Kontena.Bila korang masuk kedalam biliknya korang tidak akan rasa kita berada didalam kontena. Cantik!!!
Sinilah The Kabin. Dekat. Dalam Malaysia sahaja. Apa yang paling penting bagi Bella, terjaga. Cantik, bersih dan pelbagai aktiviti dapat korang lakukan. Bella duduk sini rasa macam tidak mahu balik.Tidak puas. Menenangkan dan nyaman. Bila korang dari perjalanan ke sini, sepanjang perjalanan adalah kelapa sawit dan perkampungan melayu. Banyak juga gerai - gerai makanan enak yang korang akan jumpa.
Korang juga akan menyukai tempat ini kerana disini ada kemudahan WIFI. Semua senyum bila baca kan. Wifi sedikit perlahan bila korang didalam bilik dan kepantasan yang amat memuaskan bila korang lepak di cafe ini. Bila korang masuk sahaja The Kabin. Korang akan jumpa Cafe ini. Cafe pun simple dan kemas. Seronok apa, lepak sini, tepi kolam, main wifi sambil minum kopi. Asyikkk...
Disitu sudut didalam cafe ini terdapat ruangan membaca yang bagi Bella amat comel. Tapi, bila korang dah pegang HP, Bella tidak rasa ada yang akan capai buku sebelah tu, sebab Bella pun tidak tahu buku jenis apa yang disusun.Ahaks. Jadi, korang kena datang tengok sendirilah ya.
Apa erti percutiaan tanpa kolam renang. Baik tidur dekat rumah saja kan?. Bella puji sungguh - sungguh dengan kolam renang The Kabin ini. Bersih dan langsung tidak pedihkan mata. Klorinnya kurang. Pandai The Kabin uruskan kolam renang disini. Kolam renang ini terletak di tengah - tengah bilik penginapan yang disediakan. Bilik Bella, buka pintu terus nampak kolam renang. Memang seronok. HB pagi terjun, petang terjun, nasib saja malam kolam renang ini tutup.
Inilah bilik - bilik penginapan disini. Setiap daripadanya diberi nama yang pekerjanya senang hendak ingat. Bilik Bella namanya SANTOS. Sesuai buat yang ada anak, kongsi dengan kawan - kawan ataupun pasangan. Selesa.
Selain daripada terdapat tempat duduk di setiap untuk kita lepak - lepak, Banyak juga buaian yang digantungkan untuk kita bersantai. Memang amat membantu. Bella tengah hari pun lepak dekat sini. Lepak bilik walaupun sejuk, tiada kelainan. Baik lepak rumah. Hayati dan rasailah alam sepuasnya disini.
Facebook : The Kabin Malaysia
1 ulasan
Bestnya...teringin nak bawa anak anak pi situ
ReplyDeleteTerima Kasih sudi jadi kawan Bella anda amat Bella hargai.